Gomez dakwa Abu Zahar, Borhan cuba sembunyikan sesuatu
SIKAP tidak ambil peduli Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Panel Perundingan dan Rasuah Borhan Dolah berhubung dakwaan terhadap ketua pesuruhjaya agensi rasuah itu, Azam Baki adalah satu cubaan menyembunyikan sesuatu, kata Edmund Terence Gomez.
Gomez yang juga bekas ahli panel perunding SPRM melahirkan rasa terkejut selepas kedua-dua pihak itu mengambil tindakan berdiam diri terhadap perkara tersebut walaupun terdapat dakwaan berat yang ditujukan kepada pegawai kanan agensi antirasuah itu.
“Saya tidak boleh bercakap untuk ahli lembaga penasihat yang lain tetapi biar saya katakan ini…Ya.
“Nampaknya ada penyembunyian dan nampaknya ada cubaan Abu Zahar dan Borhan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap salah laku Azam, walaupun isu ini semakin serius,” kata pensyarah ekonomi dan politik Universiti Malaya itu dalam satu wawancara dengan The Malaysian.
Gomez mengulas mengenai perkara itu ketika ditanya sama ada beliau mengesyaki sebarang cubaan untuk mengetepikan dakwaan serius terhadap Azam.
Gomez berkata, tindakan pengerusi lembaga dan panel tidak mengambil peduli, serta sikap berdiam diri Azam sendiri menimbulkan terlalu banyak persoalan.
Beliau berkata walaupun integriti Azam dipersoalkan, namun beliau tidak melakukan sebarang percubaan untuk membersihkan namanya kepada umum yang didakwanya menimbulkan lebih banyak keraguan.
“Persoalan yang mesti kita tanyakan kepada Abu Zahar ialah mengapa dia tidak memanggil Azam untuk menjelaskan dirinya dahulu dan kedua membuat kenyataan umum untuk membela diri?
Integriti ketua pesuruhjaya telah dipersoalkan, bukan sahaja oleh saya tetapi juga sebelum saya juga kerana perkara itu telah dibangkitkan di Parlimen beberapa kali dan ini telah dibincangkan dalam domain awam.
“Mengapa dengan Azam itu, selepas perkara ini dibincangkan secara terbuka, tidak memberi penjelasan. Kenapa ketua pesuruhjaya tidak memanggil sidang media untuk menjelaskan atau memberi pendapatnya?
“Sikap berdiam diri ketua pesuruhjaya itu sendiri amat membimbangkan. Pastinya pengerusi lembaga penasihat juga harus sedar tentang perkara ini.
“Semua petunjuk membuktikan bahawa seolah-olah ada yang cuba dilindungi. Saya bimbang perkara itu berlaku di sini. Pada fikiran saya, itulah satu-satunya kesimpulan yang boleh saya buat.
“Satu kenyataan yang sangat kuat untuk dibuat tetapi saya bimbang kenyataan itu perlu dibuat kerana tidak ada percubaan untuk meminta ketua pesuruhjaya bertanggungjawab,” kata Gomez.
Pada Isnin, Gomez letak jawatan anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM sebagai membantah apa yang disifatkannya sikap acuh tak acuh Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Abu Zahar Ujar dan pengerusi PPPR Borhan Dollah berhubung maklumannya mengenai dakwaan terhadap Azam.
Beliau mendakwa wujud “konflik kepentingan” melibatkan pegawai tinggi agensi antirasuah serta hubung kait antara perniagaan dan penguat kuasa.
Azam didakwa mempunyai jumlah saham yang besar dalam syarikat tersenarai awam dan dipercayai tidak mengisytiharkan pemilikannya.
Gomez berkata ia adalah pengabaian serius terhadap tugas negara daripada Abu Zahar dan Borhan kerana tidak memanggil Azam bagi meleraikan dakwaan itu.
Beliau mengakui kelemahan struktur sebagai sebahagian daripada masalah itu.
“Jika pengerusi lembaga penasihat tidak boleh bertindak secara bebas tanpa rasa takut atau pilih kasih, apa yang perlu dikatakan?
“Jika pengerusi panel pencegahan rasuah tidak boleh bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan cepat, apa kata ini tentang struktur semasa?
“Itulah isu yang lebih besar yang juga perlu kita teliti, yang merupakan hasil daripada kontroversi ini yang sedang kita hadapi. Masalah serius di sini perlu kita tangani,” katanya.
Azam dikatakan memiliki 1.9 juta saham dalam Gets Global Berhad setakat 30 April 2015 serta 1.029 juta saham setakat 31 Mac 2016.
Beliau juga didakwa mempunyai 2.156 juta saham dalam Excel Force MSC Berhad sementara adiknya memiliki 3.728 juta saham dalam Gets Global.
Jelas Gomez, media ada peranan mustahak untuk memastikan pihak yang berkuasa menjawab tuduhan terhadap Azam. – 3 Januari, 2022.
2 ulasan:
Enche TT, muka manusia memang sukar nak diramal samada ada ati dan kapala hotak adalah seperti air muka manusia tu. Inilah yang digambarkan oleh air muka ketua sprm tu. Masa dia pegang jawatan timbalan ketua kelihatan bukan main bersih dia tu dan tegas dalam memberantas rasuah. Kesian kat dia jugak bila dia tidak dinaikkan pangkat sebagai ketua oleh mamak kutty sebaliknya menaikkan latifah koya. Ramai tentunya tertanya-tanya nape dia dinafikan kenaikkan pangkat. Mungkin mamak kutty tau latar belakang dia tu sebagai perasuah juga. Hanya bila mamak kutty bukan lagi PM, baru dia ni dinaikkan pangkat oleh kerajaan haram tu. Sekarang kita boleh spekulasi kenapa tetiba begitu banyak kes dakwaan rasuah ke atas peminpin PH diketengahkan selepas dia ni naik pangkat dan peminpin kerajaan haram dileoaskan atau buat dek je... Haramjadah betul diaorang ini.. kuasa digunakan sebagai mainan mereka ke atas sesiapa yang tidak disukai atau dihapuskan..
Cilaka betul dan munafiknya mereka ini. Cakap tak serupa bikin... mulut bercakap bagai malaikat ati berkelakuan bagai setan jahanam. Luar berpakaian dan berolok-olok bersembahyang 5 kali sehari tetapi dalam ati betkelakuan berasuah bagai setan iblis...
jang...si gomeh ni kapir harbi...abu zahar , borhan, azam baki ni melayu isle isi sorga....kenapa melayu isle ni tak amik port pasal rasuah ....mkin dalil hukum rasuah takda dalam Quran...cuba tanya lebai ayam katek, ustaz mat deerih atau duta khas salam pantai timur
Catat Ulasan