Selasa, 8 Februari 2022

AZAM BAKI JANGAN LETAK JAWATAN

 



Penganjur adakan protes lagi jika tiada tindakan terhadap Azam Baki

LEBIH 80 individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki bulan lepas diheret polis kerana melanggar perintah mahkamah untuk berhimpun di Kuala Lumpur tetapi ia tidak akan menghalang mereka melakukannya sekali lagi bagi mencari keadilan, kata penganjur perhimpunan.

Pengasas bersama Undi18 Qyuira Yusri berkata pada masa ini, mereka sedang menyusun semula strategi dan akan mengadakan lebih banyak protes tidak lama lagi, sehingga Ketua Pesuruhjaya Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ditahan bagi menjawab dakwaan yang dikaitkan dengan pembelian saham.

Pergerakan #TangkapAzamBaki disokong oleh 33 kumpulan masyarakat sivil dan 11 pertubuhan politik yang turun ke jalan raya di Kuala Lumpur pada 22 Januari.

Walaupun amaran keras daripada polis terhadap perhimpunan itu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di stesen LRT Bangsar bagi menuntut penahanan Azam, yang terpalit dalam kontroversi pembelian saham dalam syarikat tersenarai awam. 

Penganjur protes juga mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Azam dan SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Proses perancangan sedang berjalan sambil kami menyusun strategi bagi langkah seterusnya, membangkitkan kesedaran massa susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki,” kata Qyuira kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak semestinya perhimpunan kerana sebelum ini terdapat beberapa jenis tindakan seperti menghantar memorandum, petisyen, penglibatan awam, bantahan dalam talian dan sebagainya.

Katanya, buat masa ini kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk menangkap Azam, sebaliknya sibuk memanggil mereka yang menghadiri perhimpunan 22 Januari itu.

“Kami perlu bersedia untuk menggerakkan semua sumber kita untuk memastikan semua yang hadir, termasuk penganjur, mendapat bantuan guaman,” katanya.

Azam menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu berhubung dakwaan perdagangan proksi tidak mengikut undang-undang selepas mengaku membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau.

Saham yang didakwa dimiliki Azam ialah 2.15 juta dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, serta 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada tahun yang sama dan 1.02 juta saham pada tahun berikutnya. Ketika itu Azam adalah pengarah siasatan SPRM.

Pada sidang media 5 Januari lalu, Azam berkata saham itu dibeli oleh adiknya Nasir menggunakan akaun dagangannya (Azam), dan kemudian dipindahkan semula kepada Nasir, menyebabkan beliau tidak mempunyai faedah kewangan.

Beliau juga berkata sudah memaklumkan kepada pihak atasan mengenai pembelian itu dan mereka tidak membangkitkan sebarang kebimbangan.

Berdasarkan penjelasannya, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang “membersihkan” ketua pesuruhjaya itu daripada salah laku, walaupun terdapat gesaan untuk siasatan luar yang bebas.

Ketua SPRM menafikan sebarang salah laku, manakala Suruhanjaya Sekuriti berkata Azam mempunyai kawalan ke atas akaunnya pada masa pembelian saham itu. – 8 Februari, 2022.


 TAHNIAH

AZAM BAKI

AMIN

JANGAN LETAK

JAWATAN

AMIN

INI BAIK UNTUK

SUASANA POLITIK 

JALAN RAYA

AMIN

LAGI ANGKUH

LAGI DEGIL

AZAM BAKI

LAGI MOLEK

AMIN

LAGI SENANG

NAK HASUT

ORANG RAMAI

TURUN KE JALAN

AMIN

KHALAS

AZAM BAKI

KITA JADIKAN

IKON BARU

AMIN

AZAM BAKI

GANTI NAJIB

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: