Ahad, 11 Disember 2022

KATAK SABAH ?


Kedudukan 4 wakil Parlimen di Sabah akan ditentukan undang-undang, kata Muhyiddin

KEDUDUKAN empat wakil rakyat Bersatu yang bertanding di bawah tiket Gabungan Rakyat Sabah akan ditentukan undang-undang anti lompat parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, kata Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, presiden Bersatu itu turut meluahkan kekecewaan dengan tindakan kepimpinan negeri yang enggan menunjukkan kesetiaan kepada parti.

“Saya kecewa dengan sikap mantan kepimpinan Bersatu Negeri Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang telah meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu. Lebih-lebih lagi kemenangan mereka dalam PRN yang lalu adalah atas logo PN.

“Saya percaya ahli-ahli Bersatu di negeri Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada di dalam Bersatu yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan,” kata Muhyiddin.
Semalam, Ketua Menteri Sabah Hajiji Nor yang juga pengerusi GRS, mengumumkan keputusan sebulat suara pemimpin Bersatu Sabah untuk meninggalkan parti tetapi kekal di bawah GRS.

GRS sebelum ini terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Organisasi Bersatu Nasional Sabah bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk mentadbir Sabah.

Empat ahli Parlimen GRS dari Bersatu ialah Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Matbali Musah (Sipitang), Armizan Mohd Ali (Papar) and Jonathan Yassin (Ranau).

Manakala, 14 adun Sabah Bersatu adalah Hajiji (Sulaman), Masidi (Karanaan), Isnin Aliasnih (Klias), Fairuz Renddan (Pintasan), Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Rubin Balang (Kemabong), Samad Jambri (Labuk), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Ruddy Awah (Pitas), Abdul Ghani Mohamed Yassin (Nabawan) dan Adun lantikan Amisah Yassin dan Jaafari Walliam.

DUN Sabah masih belum menggunapakai undang-undang anti lompat parti dan kerana itu wakil rakyat negeri boleh keluar daripada parti, tetapi ahli Parlimen dikaitkan dengan Bersatu yang bertanding atas tiket GRS mungkin tertakluk kepada undang-undang tersebut.

Muhyiddin turut mengumumkan Dr Ronald Kiandee sebagai ketua Bersatu Sabah dan ketua perhubungan Perikatan Nasional Sabah. – 11 Disember, 2022.

WOIT

INI KATAK KE

PENYU 

MENGIKUT AKTA 

IBRAHIM ALI

KAH KAH KAH

ATAU EMPAT

EKOR SESUMPAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: