Isnin, 23 Januari 2023

UMNO KAKI RASUAH KATA PAS


Parti sogok pengundi tiada hak tuduh PAS, kata ketua penerangan


UMNO tiada hak menuduh PAS menyogok pengundi kerana parti Melayu tersebut lebih terkenal dalam melakukan amalan sama, kata ketua penerangan parti Islam itu Khairil Nizam Khirudin.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan presidennya Abdul Hadi Awang yang kini diserang pelbagai pihak atas kenyataan berhubung sedekah kepada pengundi semasa pilihan raya umum lalu.

“PAS tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi, berbanding pihak lain yang terkenal dengan amalan politik wang sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya, dan tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara ini.”

Walaupun tidak menyatakan “parti lain” itu sebagai Umno, Khairil secara khusus merujuk kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Zahid dilaporkan berkata PAS bersikap hipokrit kerana mengkategorikan sogokan itu sebagai sedekah sedangkan ia dipanggil rasuah apabila dilakukan Umno.

Mengulas lanjut, Khairil percaya PAS tidak pernah mengamalkan rasuah seperti itu dan pelaku yang memberi sedekah kepada pengundi seperti disebut Hadi tiada kaitan dengan calon parti.

“Adapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau PAS sebagai sebuah parti yang bertanding,” katanya dalam kenyataan disiarkan lidah pengarang partinya, Harakahdaily.

Beliau juga mengulangi kenyataan Hadi, peraturan pilihan raya hanya menyekat sumbangan calon dan wakil calon kepada pengundi.

“Tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.

Hadi dikecam pelbagai pihak ekoran kenyatannya pemberian wang tunai wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah.

Kenyataannya pada Sabtu di Kuala Pilah itu bagi menyelar Umno kerana memfailkan petisyen berhubung sogokan yang didakwa berlaku sewaktu kempen pilihan raya di Terengganu.

Sogokan itu didakwa dilakukan dengan agihan wang agihan wang melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa bermula 15 hingga 17 November, 2022, beberapa hari sebelum PRU15.

Petisyen difailkan Umno Terengganu pada 3 Januari itu untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, menurut Pengerusi Umno Terengganu.

PN pula mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi tersebut. – 23 Januari, 2023.

GEROMBOLAN

KEPALA RASUAH

YANG LAIN

IKUT SAMA

AMIN

SEMUA PARTI

BUAT DEAL CARI

DANA UNTUK

PARTI

AMIN

ADA KUASA 

BERI TOWKAY

KONTREK

AMIN

TOWKAY ULUR

DANA UNTUK

YAYASAN

AMIN

SEMUA PEMIMPIN

PARTI ISLAM 

PARTI KAPIR

ADA YAYASAN

UNTUK TOWKAY

SALUR DANA

AMIN

INI TEKNIK NAK

LARI DARI SPRM

KAH KAH KAH

BUKAN MASUK

POKET SENDRI

TAPI

 MASUK YAYASAN

AMIN

SILAP ZAHID

DIA NGAP DUIT

YAYASAN BAYAR

KAD KREDIT

KANTOI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mula lah tuduh menuduh kemudian kafir datang, satu guna ayat Arab satu guna bahasa Melayu, kah kah kah siapa lebih hebat, rasuah atau sedekah, siapa dapat Cui Bono? Siapa untung ?