Sabtu, 18 Februari 2023

TANGKAP MUHYIDIN


Dakwaan seleweng dana Covid-19: SPRM sudah rakam keterangan Muhyiddin


KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri,  Muhyiddin Yasin dilaporkan sudah  diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  berkaitan siasatan membabitkan dana RM300 juta yang disyaki diterima oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Menurut sumber, Presiden Bersatu itu dikatakan hadir memberi keterangan berhubung kewangan partinya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Selain keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, SPRM juga dipercayai sudah merakam keterangan daripada beberapa pemimpin tertinggi parti Bersatu berkenaan kes yang sama sebelum ini.

Sehubungan itu, kertas siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima Bersatu daripada dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 dipercayai berada dalam fasa terakhir untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan sudah pun dilengkapkan dan keputusan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini sama ada saranan untuk mempertimbangkan pertuduhan atau tidak terhadap beberapa individu dalan kes ini,” kata sumber itu.

Terdahulu, dalam kenyataan awal pada 1 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah mengesahkan beberapa akaun milik parti Bersatu  telah dibekukan bagi membantu siasatan lanjut.

Azam berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram seperti didakwa.

SPRM menjalankan siasatan dalam kes ini di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Sebelum itu, Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim menjelaskan, SPRM mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk menyemak mana-mana akaun parti politik di negara ini.

SPRM memulakan siasatan itu disebabkan dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa telah diseleweng oleh kerajaan PN ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

MUHYIDIN

DISIASAT

AMIN

INI TERBAIK

INI BAGUS

AMIN

JADIKAN INI

TRADISI  NEGARA

AMIN

TIAP KALI 

KERAJAAN 

BERTUKAR

TANGKAP DAKWA

PERDANA MENTERI

AMIN

INI CARA TERBAIK

MELAWAN RASUAH

AMIN

CARA TERBAIK

LAWAN SALAH

GUNA KUASA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Kita selalu tangkap dulu baru sembang sembang, ini sembang sembang sampai ke malam tapi tarak tangkap kah kah double standard kah kah kah, Kes Kecik pun tangkap dulu, sumbat lokap dulu bukan tak biasa kah kah dunia kayangan begitu begini lah kah kah apa pun kalau dah tahu musuh tangkap tangkap dulu kah kah kah jangan buang masa simpan ular, ketuk.kepala sebelum ular patuk kah kah ada satu ular tua cari peluang lagi

Tanpa Nama berkata...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember mengarahkan pelancaran 5G dikaji semula kerana "tidak dilakukan secara telus, tanpa proses tender yang betul." DNB menafikan dakwaan itu. "Kerajaan tubuhkan syarikat untuk berurusan dengan syarikat telekomunikasi tetapi mereka tiada keyakinan terhadap entiti kerajaan itu," kata Johari.



mintak kj5G dgn tsmy udah2 la tu... nie bangnon dgn gobind dutt pulak nak sambung balik... pungkrak, udah2 la politik oiii... korang reti skandal je oiii...

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin kata SPRM panggil utk beri kenyataan bukan sebagai saspek. Muhyiddin yg kata bukan SPRM kata mcm najib kata Obama kata ..... bukan Obama yg kata