Selasa, 15 Ogos 2023

RAYUAN CEPAT SAMPAI


Muhyiddin dibebaskan kes salah guna kuasa, AGC fail rayuan petang ini


Peguam Muhyiddin yakin mahkamah akan batal pertuduhan lain


PASUKAN peguma bela Muhyiddin Yassin yakin semua pertuduhan lain yang dikenakan terhadap presiden Bersatu itu akan dibatalkan.

Hisyam Teh Poh Teik yang mengetuai pasukan pembelaan berkata tiga tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) yang dihadapi Muhyiddin juga diyakini akan batal, susulan beliau hari ini dilepas dan dibebaskan atas empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.

Ini kerana pengubahan wang haram tersebut bergantung kepada pertuduhan predikat (utama) iaitu empat tuduhan salah guna kuasa ke atas Muhyiddin.

“Dalam beberapa hari ini, pasukan peguam akan berjumpa dan membincangkan mengenai tiga tuduhan AMLA.

“Paling penting, pertuduhan utama telah dibatalkan pagi tadi,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas prosiding hari ini. 

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkait program Jana Wibawa.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Hakim itu berkata empat pertuduhan terhadap Muhyiddin yang menyatakan suapan bagi sekutunya Bersatu tidak mendedahkan suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM.

Muhyiddin, ketika itu perdana menteri dan presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff untuk parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022, mengikut AMLA. – 15 Ogos 2023.

KAH KAH KAH

WOIT

NAMPAK TAK

BAGAIMANA CEKAP

DAN CEPAT

RAYUAN SAMPAI

AMIN

INGAT TAK

KES BUNUH

ALTANTUYA

AMIN

RAZAK BAGINDA

KAWAN BAIK NAJIB

DI BEBAS

 SAMPAI

SEKARANG

PEGUAM NEGARA

TAK RAYU

AMIN

BIASANYA KES

BUNUH AKAN

ADA RAYUAN

AMIN

KES GUA 

AKTA HASUTAN 

CABUK PUN

DI RAYU TAK

CUKUP BERAT 

HUKUMAN

AMIN

KES GUA

SAMPAI 

KE MAHKAMHAH

RAYUAN PUTRAJAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: