Sabtu, 11 November 2023

AMAL JARIAH AGAMA BUDDHA


Ribuan banjiri tokong di Miri dapatkan beras percuma


TOKONG Buddha Hwa Kwang di Miri, Sarawak sesak ketika ribuan penduduk daripada pelbagai kaum dan agama membanjiri rumah ibadat itu bagi mendapatkan kampit beras 10kg percuma sempena majlis pengagihan sumbangan amal awal hari ini.

The Borneo Post melaporkan berlaku sedikit kekecohan berikutan tempoh menunggu lama yang menyebabkan orang ramai berasak-asak ke depan.

Majlis itu bermula pada jam 10.30 pagi namun ramai yang tiba seawal jam 4 pagi bagi memastikan mereka menjadi antara yang terawal mendapatkan beras.

Kakitangan tokong dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Umban Dana, 62, dari Rumah Chabu di Lepong Ajai, Sungai Liam berkata, dia menaiki bas dan berjalan beberapa kilometer dalam hujan untuk sampai ke tokong tersebut.

“Saya menaiki bas sebelum 7 pagi dan tiba di tokong sebelum 8 pagi. Saya menunggu sebentar sebelum mereka membuka pintu pagar untuk membenarkan kami memasuki kawasan tokong.

“Lutut saya sakit tetapi selepas dapat sekampit beras, saya gembira,” kata Dana dipetik sebagai berkata The Borneo Post.

Dana berkata kampit beras 10kg itu boleh menampung kehidupan keluarganya sekurang-kurangnya dua minggu.

Julaihi Adam, 58, dari Kampung Lusut, Taman Tunku berkata, dia tiba di pintu pagar tokong itu pada jam 6 pagi.

“Saya datang awal kerana saya tahu ia akan menjadi sangat sesak. Sekampit beras itu boleh menampung keluarga saya untuk seminggu dua, tetapi saya bersyukur,” katanya.

Jurucakap tokong tersebut, Lee Eng Pin berkata pihaknya mula mengagihkan beras dari rumah ke rumah pada 2020, ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

“Ia dimulakan oleh mendiang Master Phang Soon Tong, yang meninggal dunia tahun lepas akibat sakit.

“Sejak 2020, pengagihan beras diteruskan sebagai sebahagian daripada program kami untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami berjaya mengedarkan kira-kira 600 kampit beras 10kg setiap tahun sejak itu.

“Tahun ini, kami memutuskan untuk melakukan pengagihan di tokong kami dan menggandakan jumlah beras daripada 600 kampit kepada 1,200 kampit, di mana 600 daripadanya dibeli daripada dana kami dan separuh lagi disumbangkan oleh orang ramai,” katanya. – 11 November, 2023.


AMAL JARIAH

AGAMA BUDDHA

AMIN

SEMUA AGAMA

MEMBAWA AJARAN

SAMA UNTUK BUAT

BAIK ANTARA

KITA SESAMA KITA

AMIN

MEMBUAT BAIK

MEMBUAT AMAL

BUKAN MONOPOLI

MANA MANA AGAMA

KHALAS

Tiada ulasan: