Sabtu, 11 November 2023

GUNAKAN BAHASA MELAYU DI PUTAR JAYA


Perkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, perniagaan – Ahmad


KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan I,  Ahmad Maslan berkata, bahasa Melayu perlu diperkasakan sebagai bahasa ekonomi dan perniagaan di negara ini.

Menurut beliau, bagi mencapai matlamat tersebut, usahawan tempatan sepatutnya berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa Melayu.

“Itu perlu dibuat dahulu antara usahawan Melayu dengan usahawan kaum lain, itu yang sepatutnya dilakukan sesama kita di dalam negara.

“Apabila berniaga dalam bidang e-dagang, sektor pembinaan, kita perlu menggunakan bahasa Melayu,” katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Seminar Bahasa Tonggak Perpaduan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Beliau menambah, usaha itu perlu dilakukan secara bersepadu bukan sahaja oleh DBP, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi malah turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Apabila kita melihat trend yang berlaku di negara kita, jika mereka menjadi ahli perniagaan maka terus berubah dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

“Saya kira ia tidak perlu begitu, sepatutnya bahasa Melayu terus jadi bahasa ekonomi dan perniaagaan,” jelasnya. – 

INI LANGKAH

BAIK

AMIN

UNTUK BUKTI

SILA UBAH NAMA

PRECINT

 DI PUTAR JAYA

AMIN

GUNAKAN 

BAHASA MELAYU

AMIN

IKAN BUSUK

MULA DI KEPALA

AMIN

TANAH MELAYU

ROSAK BERMULA

DARI UNITED MALAYS

NATIONAL 

ORGANISATION

KHALAS

Tiada ulasan: