Rabu, 10 Januari 2024

TAK SEDAR. DIRI


Ngeh syak insiden kebakaran mungkin ada kaitan kenyataan 28 Disember

AHLI Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham percaya kejadian yang didakwa sebagai khianat dengan api yang berlaku di rumahnya di Ayer Tawar awal pagi tadi, mungkin berpunca daripada kenyataan media yang dikeluarkannya pada 28 Disember tahun lepas.

Ngeh berkata kenyataan media itu adalah bagi menjawab cadangan kerajaan persekutuan untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang diketuai bekas ketua hakim negara Zaki Azmi untuk mengkaji konflik antara Undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan, dengan kesemua 11 ahli jawatankuasa tersebut adalah beragama Islam.

Menurut Ngeh, beliau mencadangkan supaya pakar Perlembagaan bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa itu supaya mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

“Saya secara khusus menyatakan bahawa pandangan orang bukan Islam berhubung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan diambil kira. Tidak pernah pada bila-bila masa saya mengatakan bahawa mereka campur tangan dalam Undang-undang Islam atau perkara-perkara berkaitan Islam.

“Saya juga mencadangkan supaya wakil daripada Badan Peguam Malaysia dilantik kerana ia adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan kepentingan dalam apa-apa perkara berkaitan undang-undang negara kita,” katanya dalam sidang media di Manjung hari ini, sambil menambah bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang bergaduh atau berselisih faham dengan sesiapapun, sebelum kejadian kebakaran itu, hari ini. 

Ngeh berkata ketika menjawab kenyataannya itu, beberapa pemimpin politik menuduhnya mencampuri urusan Islam dengan memutarbelitkan kenyataan media dan memfitnahnya, serta mengelirukan rakyat khususnya masyarakat Islam.

Beliau berkata mereka menuduhnya mencadangkan untuk melantik pakar perundangan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-undang Islam, serta “campur tangan dalam perkara mengharmonikan Mahkamah Syariah oleh pakar undang-undang bukan Islam”.

“Apabila saya menyedari cadangan saya telah dimanipulasi bagi menimbulkan sikap tidak bertolak ansur dan kebencian oleh sesetengah individu, saya telah memohon maaf dan menarik balik cadangan saya. Kita tidak boleh membiarkan kumpulan ini memanipulasi emosi orang ramai.

“Kita mesti menggalakkan perbincangan matang dalam semua perkara. Saya tidak pernah anti-Islam, ia dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Pada 30 Disember lepas, media melaporkan Ngeh, yang mencetuskan kontroversi berhubung cadangannya untuk memperkasakan sistem Mahkamah Syariah untuk orang Islam memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa orang bukan Islam dimasukkan dalam jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan persekutuan bagi menggubal undang-undang Islam.

Sebagai ahli Parlimen, Ngeh berkata beliau berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang diajukan kepadanya dan membantu golongan yang tidak berupaya dan tertindas, dan kadang-kala beberapa masalah sosial melibatkan isu agama.

Ngeh berkata beliau memaafkan pihak yang menyebabkan kebakaran kereta, rumah malah mencederakan keluarganya jika mereka telah termakan penipuan dan hasutan orang lain untuk membenci dan melakukan keganasan.

“Sebagai peguam selama 38 tahun dan sudah 33 tahun dalam perkhidmatan awam, saya tahu hidup ini tidak akan pernah senang jika kita terlibat dalam jenayah dan sentiasa dalam ketakutan. Saya menyeru mereka untuk membuka lembaran baru, menjadi warganegara yang baik dan tidak menimbulkan kebimbangan kepada keluarga anda.

“Ahli keluarga anda menyayangi anda dan apabila anda terlibat dalam jenayah, ia menyebabkan mereka sakit, tidak dapat tidur malam dan kebimbangan yang tidak berkesudahan,” katanya.

Sementara itu, Ngeh berkata beliau tidak menerima sebarang ugutan dalam bentuk panggilan telefon mahupun mesej sebelum berlakunya insiden hari ini, selain menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis sedang giat memburu individu yang disyaki melontar bom molotov cocktail ke rumah Ngeh di Ayer Tawar, dalam kejadian awal  pagi tadi, sehingga menyebabkan sebuah kenderaan terbakar. – Bernama, 10 Januari, 2024.

YB DAP INI

MEMANG DIBENCI

AMIN

YB  INI 

CHINA CHINA

TAK SEDAR DIRI

AMIN

NAK CAMPUR

HAL MELAYU ISLAM

AMIN

YB INI AKAN

GANTI LEBAI

KIT SIANG 

AMIN

SUKA KACAU

NAIKKAN MARAH

MELAYU ISLAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: