Rabu, 21 Ogos 2024

PERANG NUKLEAR



Biden lulus strategi sulit 

nuklear fokus 

ancaman China -

 New York Times
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengemas kini strategi nuklearnya yang sangat sulit bagi menangani ancaman China yang semakin meningkat dan potensi kerjasamanya dengan Russia serta negara lain, lapor The New York Times, pada Selasa.

Kebiasaannya 'Nuclear Employment Guidance' disemak setiap empat tahun dan hanya boleh diakses sekumpulan pegawai pentadbiran terpilih kerana sifatnya yang sensitif.

Ahli Kongres juga tidak mempunyai akses penuh kepada garis panduan, yang memperincikan tindak balas AS sekiranya berlaku serangan nuklear.

Menurut The Times, rancangan strategi nuklear yang disemak pada Mac lalu, dilaporkan sudah diluluskan Presiden AS, Joe Biden.

Buat pertama kalinya, panduan yang disemak secara jelas menyebut strategi pencegahan untuk 'senjata nuklear China yang berkembang pesat', lapor The Times.

Dokumen itu juga menangani potensi serangan terkoordinasi membabitkan China, Russia, Korea Utara dan Iran.

Pada Jun lalu, Pengarah Kanan di Majlis Keselamatan Negara, Pranay Vaddi, memberitahu persidangan kawalan senjata, berdasarkan 'realiti era nuklear baharu', Biden memperluaskan dasar untuk menangani ancaman yang ditimbulkan oleh negara-negara ini.

"Dasar yang disemak menekankan keperluan untuk mengambil kira pertumbuhan dan kepelbagaian senjata nuklear China dan keperluan untuk menghalang Russia, China dan Korea Utara secara serentak," katanya.

Vaddi juga mendedahkan Washington sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan senjatanya bagi menangani keupayaan serangan musuh.

"Ini akan menandakan perubahan ketara daripada era pasca Perang Dingin, apabila AS memulakan usaha diplomatik untuk mengurangkan simpanan nuklear global.

"Russia, China dan Korea Utara semuanya mengembangkan dan mempelbagaikan senjata nuklear mereka pada kadar yang sangat pantas tanpa menunjukkan sedikit atau tiada minat dalam kawalan senjata," katanya.

Sementara itu, Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, semakan 'Nuclear Employment Guidance' sama sekali bukan rahsia, bukan juga tindak balas kepada mana-mana entiti, negara atau ancaman tunggal'.

Keupayaan nuklear China mendapat perhatian daripada pembuat dasar dan penyelidik di seluruh dunia di mana Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm melaporkan China meningkatkan senjata nuklearnya sebanyak 90 kepala peledak, menjadikan jumlahnya 500 setakat Januari.

Laporan itu juga mengunjurkan jumlah peluru berpandu balistik antara benua China pada masa ini sekitar 238 yang boleh mengatasi 800 peluru berpandu AS atau 1,244 peluru berpandu Russia dalam dekad akan datang.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, berkata jualan senjata AS kepada Taiwan menjejaskan suasana politik untuk meneruskan perundingan kawalan senjata.

Isu itu turut dibangkitkan oleh calon presiden dari Republikan, Donald Trump ketika perbualan dengan Elon Musk di mana Trump menyatakan kebimbangan mengenai China mengejar keupayaan nuklear AS.

Ini bukan kali pertama kerjasama ketenteraan antara Beijing dan musuh AS yang lain membawa kepada perubahan dalam dasar pertahanan.

Pada Mei lalu, Pengarah Perisikan Pertahanan di Pentagon, Leftenan Jeneral Tentera Udara AS, Jeffrey Kruse, memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat AS bahawa 'walaupun Russia dan China dalam pasukan tentera tidak boleh beroperasi, mereka pasti akan bekerjasama', mendorong angkatan tentera untuk mengkaji semula strategi mereka. -AGENSI

PERSEDIAAN

UNTUK PERANG

DUNIA KE 3

AMIN

PAKAI SENJATA

NUKLEAR

AMIN

KALAH JADI ABU

MENANG JADI 

ARANG

KHALAS

Tiada ulasan: