Ahad, 16 Februari 2025

SUARA PEMBELOT



Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air

STANBUL: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat negara itu dari tanah air mereka.

"Sesiapa yang berfikir boleh memaksakan 'Tawaran Abad Ini' yang baharu atau memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka adalah tertipu," katanya pada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-38 di Addis Ababa, Ethiopia, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Abbas menegaskan bahawa "seruan untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka dan memaksa mereka berpindah hanyalah taktik mengalihkan perhatian daripada jenayah perang, genosid dan kemusnahan di Gaza, serta jenayah peluasan penempatan dan cubaan merampas Tebing Barat."

"Satu-satunya tempat bagi 1.5 juta pelarian yang tinggal di Gaza untuk kembali adalah ke bandar dan kampung mereka yang asal, dari mana mereka diusir pada 1948, selaras dengan Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa "amalan kolonial Israel memerlukan tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang kebangkitan kuasa ekstremis yang mahu menamatkan penyelesaian dua negara."

Abbas turut menyeru sokongan terhadap "persidangan keamanan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di PBB pada pertengahan Jun."

Sidang kemuncak itu bertujuan menggerakkan usaha antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan global terhadap negara Palestin, memperoleh keahlian penuh PBB, dan melaksanakan penyelesaian dua negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, menurut Abbas.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, baru-baru ini mencadangkan "mengambil alih" Gaza dan memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran sambil menjadikan wilayah itu sebagai "Riviera Timur Tengah."

"Tawaran Abad Ini" yang diumumkan Trump pada 2020 sebagai cadangan menyelesaikan konflik Israel-Palestin menerima kecaman meluas dari dunia Arab dan masyarakat antarabangsa.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, sekali gus menghentikan perang genosid Israel yang telah meragut lebih 48,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan wilayah itu. – BERNAMA-ANADOLU

MAMAT INI

PEMBELOT

AMIN

DIA KLIM 

PRESIDEN

PALESTIN

KAH KAH KAH

TANYA DIA DAN

SIAPA PILIH DIA

KAH KAH KAH

ASKAR DIBAWAH

MAHMUD ABBAS

JADI MATA MATA

DAN SPY UNTUK

ZIONIS ISRAEL

AMIN

HAMAS ANGKAT

SENJATA LAWAN

ISRAEL

AMIN

MAHMUD ABBAS

ANGKAT SENJATA

LAWAN SAPA YANG

LAWAN ISRAEL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: