Rabu, 18 Mac 2026

DR SAM BAKAL PM MALAYSIA ?


DR SAM MEMILIKI

AKADEMIA UNGGUL

AMIN

UNTUK JADI PM

WAJIB TUNJUK

KETRAMPILAN

PIMPINAN

AMIN

WAJIB BANYAK

BERSUARA

WAJIB BANYAK

KELUAR PENDAPAT

AMIN

WAJIB PANGKAH

PANDANGAN MUSUH

DAN AJU PENDAPAT

SENDIRI

KHALAS


Kuat di Pantai Timur, 'Malay Belt' belum dapat tabal Dr Sam jadi PM - Bendahari PAS

KUALA LUMPUR: Sekadar kuat di Pantai Timur dan kawasan dikenali sebagai 'Malay Belt' belum mampu untuk Perikatan Nasional (PN) dapat merampas Kerajaan Pusat.

Perkara itu dinyatakan Bendahari PAS,  Iskandar Abdul Samad, yang turut mengakui sekiranya PN menang semua kerusi di kawasan itu sekalipun belum cukup untuk menabalkan Dr Ahmad Samsuri selaku Pengerusi PN sebagai Perdana Menteri.

"Pemilihan Dr Sam (Ahmad Samsuri) sebagai Pengerusi PN dilihat oleh ramai sebagai isyarat bahawa beliau bakal menjadi calon PM (Perdana Menteri) ke-11 bagi PN. Akhirnya negara berkemungkinan mendapat PM dari Pantai Timur.

"Tidak dapat dinafikan PN terutamanya PAS memang kuat di sana. PAS juga kuat di Kedah dan di beberapa bahagian di Perak. Tetapi sekadar kuat di Pantai Timur dan 'Malay Belt' belum menjamin PN dapat merampas kerajaan Pusat. Menang semua kerusi di sana belum lagi dapat menabalkan Dr Sam sebagai PM," katanya melalui Facebook.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS dilantik sebagai Pengerusi PN menggantikan Presiden BERSATU,  Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Tambah Iskandar, negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah akan terus dianaktiri oleh Kerajaan Pusat walaupun 99 peratus pengundi di sana menyokong PAS dan PN.

"Orang Kelantan, Terengganu dan Kedah mungkin bangga kerana mereka kuat dan banyak duit tetapi jika PN di negeri-negeri lain lemah dan miskin, mereka tetap akan menjadi negeri-negeri pembangkang selepas PRU akan datang.

"Jadi kalau hendak Dr Sam jadi PM, PN terutamanya PAS mesti juga kuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Sabah," katanya.

Menurut Iskandar lagi, dalam zaman di mana semua kerja 'interconnected' atau saling berhubung antara satu sama lain, PN dan PAS tidak boleh lagi bekerja sendirian atau 'in silos' tanpa mengambil kira orang lain.

"Kita tidak boleh berbangga dengan apa yang kita miliki atau apa yang kita capai walhal kawan-kawan kita terkapai-kapai.

"Kegagalan kawan-kawan kita juga akan menyebabkan kegagalan kita di peringkat yang lebih besar," katanya.

Tiada ulasan: