Rabu, 18 Mac 2026

SAPA MAZA ? DAPA TAK AMBIL POT



WOIT

SAPA MAZA?

DAP TAK AMBIL

POT LAAAA

KAH KAH KAH

DAP DAH ADA

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

DAP DAH ADA

UMDAP

KHALAS


Timbalan Menteri iring OKT, bagaimana undang-undang negara akan dihormati?

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) turut mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), M Kulasegaran bersama Arun Dorasamy di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, pagi tadi.

Menurut beliau, seorang Timbalan Menteri khususnya yang terlibat dalam portfolio undang-undang tidak seharusnya bertindak sedemikian.

“Jika orang seperti M. Kulasegaran boleh menjadi Timbalan Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, bagaimanakah sistem Undang-Undang Negara akan dihormati?!

“Reformasi jauh sekali!!,” katanya dalam satu hantaran ringkas di media sosial, hari ini.

Tindakan Kulasegaran itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak hari ini termasuk pakar undang-undang dan pemimpin parti dari blok kerajaan kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap keadilan sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia.

Ia juga dibimbangi bakal memberi tekanan kepada majistret yang menjalankan tugas.

Tambahan pula, Arun tiba di mahkamah dalam keadaan bebas serta tidak bergari sedangkan seorang lagi aktivis, Zamri Vinoth tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi dalam keadaan bergari dan dikawal ketat.

Sedangkan kedua-duanya dituduh mengikut pertuduhan yang sama iaitu Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana membuat kenyataan dengan niat menyebabkan atau mungkin mencetuskan kegentaran awam.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Arun dan Zamri yang dituduh secara berasingan di dua mahkamah berbeza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: