Rabu, 18 Mac 2026

RASUAH DAH JADI AGAMA DAN BUDAYA


KENAPA HAIRAN

BUKAN PEKARA

BARU 

BUAT TAK SEDAR

AMIN

KEPALA SPRM

AZAM BIN BAKI

TIMBALAN PM

ZAHID BIN HAMIDI

TERLIBAT RUSUAH

KES SALAH 

GUNA KUASA

 TAPI BEBAS

AMIN

RUSUAH DAH JADI

AGAMA & BUDAYA 

CARI MAKAN

CARA CEPAT KAYA

AMIN

HANYA SATU

 JAWAPAN TURUN 

TURUN TURUN

KHALAS




SPRM kesan penyelewengan dana derma, infak semakin meningkat


KUALA LUMPUR: Penyelewengan membabitkan dana awam seperti derma dan infak kebajikan dilihat semakin serius dalam masyarakat susulan peningkatan kes pengurusan dana yang tidak telus serta disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Perkembangan itu didedahkan selepas lebih lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kutipan bantuan kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk pertubuhan yang mengutip sumbangan atas nama Palestin.

Selain NGO, individu termasuk pempengaruh media sosial juga dikesan aktif mengutip dana dan infak daripada orang ramai kononnya bagi tujuan kebajikan.

Ketua Rasuah  SPRM, Azam  bin Baki, berkata pelbagai modus operandi dikesan pegawai penyiasat selepas kertas siasatan dibuka terhadap pihak yang disyaki terbabit.

Beliau berkata, aktiviti kutipan dana awam atau crowdfunding kini semakin berleluasa, sekali gus membuka ruang kepada penyelewengan berikutan ketiadaan mekanisme semak dan imbang yang telus.

"Ramai beranggapan dana awam hanya membabitkan dana kerajaan, namun dalam siasatan SPRM, badan seperti NGO kebajikan yang menyeleweng dana daripada masyarakat juga boleh dikenakan tindakan.

"Siasatan mendapati pihak terbabit biasanya memperoleh keuntungan segera sehingga mencecah jutaan ringgit melalui dana yang disumbangkan kepada NGO berkenaan. Malah, sejumlah besar dana dikesan dipindahkan ke akaun peribadi yang dipercayai milik pengurusan tertinggi badan terbabit.

"Situasi ini amat menyedihkan kerana orang ramai menyumbang atas nama kebajikan dan agama," katanya.

Azam bin Baki berkata, aktiviti itu turut berkembang pesat dengan kewujudan platform media sosial seperti TikTok dan Facebook yang memudahkan kutipan dana dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Tahun ini sahaja, BH melaporkan sekurang-kurangnya empat NGO berkaitan bantuan kemanusiaan disiasat SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana.

Pada 25 Februari lalu, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bersama jawatankuasa sebuah masjid dan sering menganjurkan tajaan berbuka puasa diserbu SPRM selepas tiga individu termasuk pengerusi dan bendahari ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu membabitkan program sumbangan makanan asas bernilai kira-kira RM5 juta.

Pada 5 Februari pula, seorang setiausaha sebuah NGO terkenal yang sering memperjuangkan nasib penduduk di Asia Barat, khususnya Gaza, Palestin, ditahan SPRM kerana disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

Sehari kemudian, seorang pendakwah bebas direman bersama Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan serta dakwah di negeri ini kerana disyaki bersubahat dalam penyelewengan dana dianggarkan RM1.3 juta.

Pendakwah bebas ditahan

Sebelum itu, SPRM Kedah turut menahan reman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki bersubahat menyalahgunakan kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran bagi mengumpul dana sebuah institusi pendidikan dan dakwah.

Pada Januari lalu, seorang bekas pengerusi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan salah guna wang RM207,000 yang dikutip bagi misi kemanusiaan di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin kira-kira tujuh tahun lalu.

Tahun lalu, SPRM turut mendedahkan siasatan terhadap sebuah badan kebajikan di Melaka susulan dakwaan penyelewengan dana awam sebanyak RM26 juta.

Dalam kes membabitkan Aman Palestin, NGO yang mengutip sumbangan atas nama penderitaan rakyat Palestin itu disiasat secara besar-besaran, dengan beberapa pegawai kanannya didakwa atas pertuduhan pecah amanah, penipuan dan pengubahan wang haram.

SPRM juga membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin serta beberapa syarikat lain membabitkan jumlah RM15.8 juta sebagai sebahagian daripada siasatan dakwaan penyelewengan RM70 juta oleh NGO terbabit.

Pada 2024 pula, pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah, ditahan serta direman SPRM berhubung dakwaan salah guna dana yang dikumpulkan melalui platform derma awam seperti JomDonate.

Mereka kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyeleweng dana derma melebihi RM1.52 juta yang dikumpulkan bagi tujuan kebajikan.



Tiada ulasan: