Rabu, 18 Mac 2026

BERITA BAIK DARI IRAN


PERANG

DITERUSKAN

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK DUNIA

AMIN

TUTUP 

SELAT HORMUZ

HARGA MINYAK 

NAIK MENDADAK

AMIN

RAKYAT SUSAH

BARANG MAHAL

AKAN MARAH

AMIN

PELUANG UNTUK

HASUT RAKYAT

TURUN TURUN

TURUN KE JALAN

KHALAS


Iran tolak syor redakan ketegangan, gencatan senjata dengan AS

DUBAI: Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei, menolak syor mengurangkan ketegangan atau gencatan senjata dengan Amerika Syarikat (AS), ketika Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani disahkan terkorban dalam serangan Israel.

Pegawai kanan Tehran yang enggan identitinya dikenali memaklumkan syor itu disampaikan negara perantara melalui Kementerian Luar Iran.

Beliau berkata, Motjaba ketika menghadiri mesyuarat dasar luar pertamanya sejak dilantik ke jawatan itu memaklumkan, sekarang bukan masa sesuai untuk berdamai, selagi AS-Israel tidak ditundukkan dan menerima kekalahan serta membayar pampasan.

Pegawai itu tidak memaklumkan sama ada Motjaba yang belum pernah muncul di media atau televisyen sejak dilantik ke jawatan itu, menghadiri mesyuarat berkenaan secara fizikal atau dalam talian.

Sebelum ini, AS dilaporkan memberi justifikasi berubah-ubah susulan tindakannya bersama Israel menyerang Iran, selain bergelut untuk menjelaskan asas perundangan bagi memulakan perang baharu.

Perkara itu terserlah menerusi surat peletakan jawatan Ketua Pusat Pencegahan Keganasan AS, Joseph Kent, kepada Presiden, Donald Trump, menyatakan Iran tidak menimbulkan ancaman segera terhadap republik itu, semalam.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Tertinggi Iran mengesahkan Ketua Keselamatannya, Ali Larijani, terkorban dalam serangan dilancarkan Israel.

Selain Larijani, serangan dilancarkan pada malam Isnin lalu, itu turut mengorbankan anak beliau yang juga timbalannya, Alireza Bayat.

Pembunuhan bersasar itu berlaku lebih tiga minggu selepas perang AS-Israel ke atas Iran dan berkembang menjadi konflik serantau dengan pantas, tanpa sebarang petanda akan reda dalam masa terdekat.

Larijani, yang menerajui majlis berkenaan sebagai Setiausaha, menjadi antara tokoh paling kanan yang disasarkan sejak hari pertama serangan dilancarkan AS dan Israel.

Beliau juga secara umum dianggap sebagai antara tokoh paling berkuasa di Iran, selain menjadi orang kepercayaan kepada bekas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, serta penggantinya, Mojtaba.

Allahyarham dikenali kerana memiliki reputasi pragmatik dalam menjalin hubungan dengan pelbagai puak dalam sistem pemerintahan serta diplomat asing.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel turut membunuh seorang lagi pegawai tertinggi yang mengetuai militia sukarelawan Basij dan memainkan peranan besar bagi keselamatan dalam negeri, Gholamreza Soleimani.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi video dimuat naik di media sosial, berkata: "Hari ini saya 'memadamkan' dua nama pada kad sasaran dan anda boleh lihat masih banyak yang berada dalam senarai ini".

Sementara itu, seramai 12 mangsa maut akibat bedilan peluru berpandu Iran ke Israel yang turut menyebabkan siren amaran serangan udara berbunyi di seluruh pusat komersial Tel Aviv dan bandar berhampiran sepanjang semalam.

Bunyi dentuman kuat akibat pintasan pertahanan udara turut didengari hingga ke Baitulmaqdis.

Kementerian Kesihatan Lubnan semalam, merekodkan lebih 900 orang maut sejak Israel melancarkan serangan ke atas negara itu, pada 2 Mac lalu.

Kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpangkalan di AS, HRANA, pula melaporkan lebih 3,000 orang terbunuh di negara itu, kelmarin. – REUTERS




Tiada ulasan: