JADIKAN KES INI
SEBAGAI CONTOH
AMIN
CONTOH UNTUK
JADI PELAJARAN
PADA SEMUA
AMIN
BUKA KEMBALI
KES 8 MATI
BASIKAL LAJAK
DI JOHOR
KHALAS
Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh – Peguam
KUALA LUMPUR – Individu mabuk yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan mangsa lain maut boleh dituduh membunuh berdasarkan peruntukkan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan.
Peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan berkata, seksyen itu menyatakan walaupun tertuduh mendakwa tidak mempunyai niat khusus untuk membunuh mangsa, namun masih boleh dituduh membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ujarnya, tertuduh telah melakukan suatu perbuatan yang amat berbahaya dan diketahui bahawa perbuatan itu hampir pasti menyebabkan kematian, tetapi tetap melakukannya tanpa sebarang alasan yang sah untuk mengambil risiko tersebut.
“Dalam kes ini tertuduh mengetahui dalam keadaan tidak selamat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah namun masih mengambil risiko memandu.
“Perlakuan tertuduh memandu laju dan memotong di dua garisan berkembar yang berselekoh menambahkan risiko dan menyebabkan orang yang dilanggar akan mati.
“Kuasa membuat dan merangka pertuduhan terletak kepada pihak pendakwa raya berdasarkan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, namun pada pandangan peribadi saya, pelaku boleh dituduh membunuh berdasarkan peruntukkan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Muhammad Hasif turut membuat perbandingan nahas tersebut dengan kejadian seseorang membuang objek berat seperti peti sejuk dari tempat tinggi, sebagai contoh dari tingkat 10 bangunan di tempat awam.
Jelasnya, walaupun tidak ada niat khusus untuk membunuh sesiapa, tetapi pelaku pasti dapat menjangkakan hampir pasti akan menyebabkan kematian jika menimpa orang awam di bawah.
“Untuk pengetahuan pembaca, bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun hingga 40 tahun,” katanya.
Penjelasan Muhammad Hasif itu susulan pertanyaan daripada pelbagai pihak sama ada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian mangsa lain boleh dikenakan hukuman mati.
Ia susulan kejadian seorang penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, 33, maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira pukul 11.40 pagi kelmarin.
Amirul Hafiz maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.
Siasatan awal polis mendapati, pemandu berkenaan memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak di atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Faceboo


Tiada ulasan:
Catat Ulasan