KUALA LUMPUR 29 Sept. Tarikh Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Apa sudah jadi dengan upacara tengok anak bulan di Telok Kemang? Ini adalah tradisi turun temurun. Inilah pembudayaan Melayu. Sama juga macam Tangga Bradley di Kuala Krai. Ianya wajib dinobatkan sebagai artifek budaya dan sejarah.
Tanpa meneropong anak bulan magic hari raya hilang. Membuat yang lama bukan ertinya tidak maju. Membuat yang baru bukan semestinya tanda moden. Selalu bertukar tanda tidak ada jati diri. Tradisi ialah kekuatan bangsa. Bangsa tanpa tradisi tidak melahirkan tamadun.
Selasa, 30 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Haha,orang tengok anak bulan bukan sebab tradisi. Cuma nak menentukan hari masuk bulan baru sahaja.
Kalau dah ada cara baru, mengapa nak terperap.
awal ko bangun blogging ... selamat berpuasa hari ke 30. selamat hari raya idilfitri.
kalau ikut kalenda cina 29/9/2008 adalah 01/09/2008 iaitu hari pertama untuk bulan 9,,,bermaksud anak bulan sudah muncul,,,cara pergiraan ini telah puluh puluh abab bangsa cina gunakan,boleh kita terap pakai cara kira bangsa cina ni?? anak bulan sudah ada ia tak pergi mana mana,,cuma cuaca di malaysia yg menyebab kan tak nampak anak bulan syawal ni,ini boleh di buktikan di tanah arab anak bulan telah nampak lepas mahgrib 29/10/08,,,ini di sebab kan cuaca kat sini tak mendung,awan talak ,hujan pun talak,,maka orang arab pun raya dulu lah satu hari lebih awal,,,bukannya orang arab lebih kuat sembahyang dan diberi bonus untuk raya awal satu hari,,cuma fakta cuaca yg menyebabkan nampak tak nampak tu,,,mungkinkah umat islam seluruh dunia pakai cara pergiraan bangsa cina ini untuk menentukan bilakah boleh nampak anak bulan syalwal,,,????? kan bagus umat islam seluruh dunia merayakan hari yg mulia ni pada hari bulan yg sama,,,apa macam saudara Blogger penulis,,,,,,
malam ni saya pun akan bertolak balik dari dubai ke padang lalang untuk beraya bersama keluarga kesayangan saya terutama anak bini saya yang telah aku tinggalkan selama 6 bulan ,,,
selamat berpuasa untuk satu hari lagi kepada seluruh umat islam di malaysia tak kira fahaman politik,tak kira pendatang ka, penumpang ka, yang suka 46 atau 69 ka,kito rayo dulu,lepas raya kito hamtam balik apo yang kita tak puas hati di ruang yang disediakan oleh TUKAR TUIB ini,,ka,ka,ka,,,,
Dino tak balik raya sama bini yg tengah cari cari dia ka,,, mudah mudahan Dino akan balik ya....
Kat Eropah dan Arab raya Selasa brader...
Selamat HariRaya...
Monco
Brader Sham!
Salam Idulfitri Dari Singapura!
Rinduku kekampong halaman diPerlis tak tertahan
apakan daya kaki tak sampai...
beraya di singapur sajalah!
Semoga Lebaran ini memberi erti buat lho brader!
salam
Aku tak setuju langsung dengan Penulis. Masa aku dalam latihan tentera dulu, aku heran apa pasal navigator aku dok seksa aku ambil sight untuk astro navigation guna saxtant, sedangkan kapai aku dilengkapi dengan Global Positioning System, gyro compass, radio direction finder dan bermacam macam alat pandu arah. Hari hari la aku kena ambil bulan, bintang dan matahari buat panduan pelayaran hingga nama nama bintang yang beribu tu lagi aku ingat dari nama minah minah simpanan aku dimerata port. Apabila aku mula bekerja dan pikul tanggungjawab jaga harta kerajaan yang bernilai tinggi ini tiba tiba letrik kapal aku terputus, elok pulak magnetic compass aku rosak (bocor). kedudukan ditengah laut cina selatan, keliling sama saja, maka aku pun keluarkan sextant dan mula menembak bintang bintang kekaki langit hinggalah aku sampai dengan tepat ke kuantan. Bayangkan kalau aku tak pandai guna sextant dan bintang/bulan, dah tiba taiwan agaknya dengan MP Mp ameno. Sejak tu bila awek minta gambar aku dengan bangganya posing guna saxtant, bukan GPS.....tradisi beb....gerek....kesimpulanya, kalau nak berilmu tu biarlah tahu dengan masak, ILMU PENERANG HIDUP..memang tepat sekali, tradisi melahirkan tamadun ayat yang saya tahu tapi tahu tahu nak tulis macam Bro isham, dia memang terer mengayat. Lagipun, cuba rujuk semula ayat Quran yang sebut pasai anak bulan, dia cuma kata kaki langit dan bulan. kita kena la selidik semua dari maksud tersirat dan tersuratnya.
Navy pencen
Sedih, sungguh sedih. Tangga Bradley telah dilupakan dari bahan geografi dan sejarah neagra. Anak Kelate sendiri tak tahu di mana tangga Bradley. sedangkan data Tangga Bradley menentukan bila anak-anak dara Kota Baru nak menyelak kain ke paras peha putih melepak di musim banjir di Kota Baru.
Anak bulan Teluk Kemang juga dah tak nampak kerana teropong Pak Lebai tersilap hala. dan jerebu dari stesen janakuasa TNB dan kilang refinery Shell dan Esso mengkelamkan permandangan di ufuk.
Maka banyak lagilah tempat-tempat melihat anak bulan. Hampir 50 tempat barangkali termasuk KL Tower dan menara UMS di Teluk Sepanggar. Pelik dan ajaib haram tidak ada sebarang laporan audit tentang kerja-kerja melihat anak bulan yang pernah diterbitkan.
Apa hukumnya menipu dibulan rammadhan dan setiap kali menjelang Zulhijjah?
Ramai yang bergelar dengan macam-macam gelaran tapi kerja menipu kepada lebih 18 juta umat Islam Malaysia.
kalau dah memnag kira hisab baik cakap terang-terang. Janaglah bohong seluruh Malaysia dengan menagtakan ada aktiviti melihat anak bulan. Tapi tidak ada sebarang ekrja audit.
Dan satu lagi Pejabat Penyimpan Mohor ni perlu mendapat pengiktirafan SIRIM ISO 9000 atau apa2 sajalah siri ISO untuk memastikan mereka menepati satu piawai yang munasabah. BUKAN BACA SKRIP semasa rakaman dan diedarkan ke semua stesen TV dan radio.
Bhkan begitu tok-tok Mufti?
Kita tanya Mufti Perlis hal ni pulak.
Bro
tengok anak bulan mesti, walaupun kita dah hisab awal2..
ianya bukan tradisi atau nak menentukan masuk bulan baru saja.
yahoo..(bukan yahoo.com) tapi gumbira..sebab cuti panjang..,apa kah tempat lihat anak bulan bakal menjadi monumen sejarah??
Salam aidilfitri, teruskan perjuangan berblog.
Ada sapo tanya tak zaman Nabi Muhammad dulu ada pakai teropong tak untuk memastikan tarikh aidilfitri. Kini zaman moden sains boleh pasti 'till the last second' bila misalnya transit planet akan berlaku. Sains buat kiraan tepat lalu teropong canggih memastikan fenomena transit itu berlaku dan ia berlaku meskipun kiraan telah dibuat beberapa tahun sebelum tansit terkini itu berlaku. Kiraan sains menggantikan mata untuk menentukan kejadian sesuatu fenomena itu. Bagi sains lihat anak bulan itu bukannya sesuatu yang istimewa. Kita melihat anak bulan, banyak kali tak jumpa kerana cuaca di jalur tropika menang penuh dengan awan, kabut, jerebu, hujan dan sebaginya. Kenapa nak buang masa melihatnya. Pakai kiraan kan mudah tidak menggelisahkan kita ternanti-nanti bilo nak raya. Nak raya haji tak pula lihat bulan adakah bulan itu 'represent' atau benar-benar anak bulan bagi hari yang ke-12 atau ke-13. Sama juga waktu sembahayang kita pakai kiraan sains tak payah melihat betolkah matahari itu dah condong seperti yang dikehendaki sunnah.
Tapi kita amat loghat untuk melihat anak bulan pada awal dan berakhirnya Ramadan. Entahlah tradisisi itu baik atau tidak.Wallah Waalam
Salam eidul fitri jang!
Saudara Isham
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Apa nak jadi cuba bayangkan
dalam hikayat 50 tahun lagi
jiran selinap tuntut kawasan
Teluk Kemang bukit tradisi
Intai ke sana intai ke sini
sudah hilang bukti tak jumpa
sebab teropong sudah dimati
hilang pegangan berputih mata
rasanya yang disabdakan maksudnya, puasalah bila kamu melihat anak bulan.. bukan kalau kamu kira bila akan nampak anak bulan.... puasa lah...
nak berlagak dengan ilmu moden... nak banding pulak dengan rasulullah... hahahah...
Catat Ulasan