Ahad, 15 Februari 2009

PPSMI: GAPENA BUAT LAPORAN POLIS - Mkini



Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".

Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) meperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

"Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

"Berasaskan kepada kehendak perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," laporan polis itu dipetik.


kah kah kah…. SIAPA YANG PAKSA MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS ?.... kah kah kah…

woit…. TAK KAN DAH LUPA KUT ?.... kah kah kah… TAK KAN TAKUT NAK SEBUT NAMA?..... kah kah kah

woit…. LUPA KE ? …. LUPA ? …. kah kah kah… MUNKEE TU IA LAH MADEY…. kah
kah kah….


BACA LAGI :



MCA MAHU MATEMATIK , SAINS GUNA BAHASA IBUNDA
– berita hairan



KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu bahasa ibunda digunakan semula dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Beliau berkata, kebanyakan murid di sekolah rendah ada masalah memahami dua subjek penting itu apabila diajar menggunakan bahasa Inggeris berikutan kekurangan pendedahan terhadap bahasa antarabangsa berkenaan.



kah kah kah…DULU SEMUA TAKUT….SEMUA MENIKUS...kkah kah kah...

kah kah kah SEKARANG DAH BANYAK ROSAK.... DAH TUNGKANG LANGKANG... BARU BERANI
….. kah kah kah

woit....SEMUA INI ADA LAH SCAM UNTUK PEnCETAK BUKU.... CARI SIAPA DAPAT KONTREK CETAK DALAM BAHASA INGGERIS ....kah kah kah

woit... NAK AJAR CAKAP SEPANYOL.... CUI BONO... SIAPA UNTUNG ...kah kah kah...

woit...FOLLOW THE MONEY.... IKUT KONTREK ITU... BARU TAHU KENAPA DASAR DILAKUKAN.... kah kah kah




10 ulasan:

Anak Chegu Pin Pangkor berkata...

Duit pemilihan beb bulan March advance dulu bila dah dapat LA
biasa lah pakage rasangan pemilihaan MKT UMNO

Unknown berkata...

Komen Tuan # MatAbdul on February 2nd, 2009 at 3:01 am:

http://www.kesturi.net/archives/357#comment-207


Salam semua.

Hujah kalian tentang PPSMI semuanya betul. Cuma saya melihat setiap orang yang bercakap tentang PPSMI ini sangat lurus. Maksudnya, hujah hanya berkaitan dengan isu bahasa. Saya ingin membawa sdra/sdri melihat sudut lain dalam isu ini.

Saya bekas pendidik. Saya melihat pelaksanaan PPSMI di sekolah. Saya juga pernah membuat kajian informal melalui pemerhatian tingkah laku calon PMR (semasa menjalankan tugas pengawasan peperiksaan) di sebuah sekolah (dibuka pada tahun 1909) yang terkenal dengan pengutamaan Bahasa Inggeris di Bandar Raya Ipoh ketika menjawab soalan Sains dan Matematik. Daripada 200 calon, hanya 2 (1%) yang merujuk sepenuhnya pada soalan berbahasa Inggeris, manakala 2 (1%) calon lagi merujuk kedua-dua bahasa dalam kertas soalan berkenaan (soalan dalam bentuk dwibahasa- BM dan BI). Selebihnya merujuk terus kepada soalan versi BM (Bahasa Melayu) . Kesimpulan yang dapat saya berikan: (1) calon / pelajar tidak yakin / tidak mampu? menjawab/memahami soalan dalam BI (Bahasa Inggeris), (2) Sekiranya soalan hanya dalam BI, ramailah calon yang tertonggeng.

Contoh yang saya berikan itu merupakan sekolah bandar, sekolah yang dulunya sekolah Inggeris, yang pelajarnya pelbagai kaum. Bagaimana sekolah di luar bandar yang kebanyakannya orang Melayu?

Sebenarnya isu inilah yang semua penentang PPSMI bercakap sekarang.

Perspektif lain yang saya maksudkan ialah kemungkinan-kemungkinan agenda lain di belakang PPSMI ini. Teori saya, PPSMI dicetuskan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi, khususnya orang-orang yang melihat ‘wang’ di sebaliknya. Pelaksanaan PPSMI akan menjana pendapatan yang sangat besar. Saya berikan contoh, apabila PPSMI dilaksanakan berbilion RM diperuntukkan oleh kerajaan setiap tahun untuk menyediakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Sekadar beberapa contoh

(1) Guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris diberikan komputer riba setiap seorang untuk digunakan sebagai alat pengajaran. Berdasarkan jenama dan keupayaan komputer yang dibekalkan itu harga runcit di pasaran tidak melebihi RM3,500.00 sebuah. Tahu berapa harga setiap unit yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah? RM8,000.00.

(2) Bersama-sama notebook diberikan juga LCD Projector dan meja trolly penyimpanan. Tak payah saya sebutkan harga LCD Projektor dan trolly itu, memadai saya sebutkan harga mangga (kunci) trolly berkenaan. Tahu berapa harga kontrak pembekalan sebiji kunci mangga tersebut? RM150.00. Jenama, rupa dan sais yang sama di pasaran runcit hanya RM16.00 (enam belas ringgit). Setiap sekolah berpuluh-puluh set yang perlu dibekalkan, seluruh negara entah berapa ratus ribu. Kiralah sendiri berapa banyak wang yang pembekal-pembekal tu kebas. Cukuplah dua contoh tu. Berpuluh-puluh lagi peralatan dan bahan bantu P&P yang berbentuk hardware dan software untuk PPSMI ini dibekalkan kepada guru dan murid/pelajar; setiap satu/jenis dengan harga yang tidak masuk akal! Satu lagi contoh. Dalam perkembangan PPSMI dilaksanakan juga program ICT di sekolah-sekolah. Program ini sangat baik, tetapi, ada TETAPInya. Pembinaan makmal ICT satu cerita, pengisian makmal ICT dengan 40 set komputer bagi setiap bilik satu cerita lagi. Yang saya nak sebutkan hanya satu benda kecil bagi melengkapkan ICT tersebut. Modem Rauter (jenama Aztech). Harga runcit benda kecil tu tidak lebih daripada RM280.00 harga semasa pada ketika itu (sekarang tak sampai RM200.00). tahu berapa harga pembekal? RM5,333.xx! Allahuakbar!

Siapakah orang-orang yang menjadi kaya raya dengan PPSMI dan ICT ini?

Saya percaya agenda ‘kekayaan’ melalui PPSMI masih belum selesai. Sebab itu pihak pembuat dasar dan yang meneruskan dasar PPSMI ini masih berdegil dengan tuntutan dan permintaan rakyat. Daripada RM31 bilion peruntukan Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2009 masih terlalu banyak untuk PPSMI. Bagi penyangak-penyangak itu, rugi besar kalau PPSMI itu dimansuhkan sekarang kerana peruntukan PPSMI itu tidak digunakan. Orang-orang yang berkepentingan inikah yang melobi kuat supaya PPSMI dipertahankan? atau pemegang duit yang berkuasa tentang dasar PPSMI ini ada share sama?

Wallahu Alam.

Unknown berkata...

Dulu siapa yang sanggup derhaka dengan mamak Madey...kalu tidak kena liwat!

Tanpa Nama berkata...

Salam. Buat laporan polis terhadap DBP siapa dapat projek buku bahasa Inggeris Sains dan Matematik. Dengar berita kaum kerabat Tun M sendiri. Gapena tidur lena lama sangat ber tahun lebih lama dari Badawi. Baru sedar tapi umur dah lanjut dah tak larat tulang empat kerat. Oi hampa umno mangkuk ayun !

Zolgoji, Batang Benar, N9

Tanpa Nama berkata...

aku juga pendidik. aku setuju 200% dgn hujah kutucyber.ppsmi dijalankan tanpa apa-apa kajian tapi setelah pelbagai kajian menunjukkan kegagalan ppsmi masih belum meyakinkan pemerintah untuk menarik balik perlaksanaannya. tidak lain tidak bukan hanya sebab RM.masa depan generasi muda jadi modal niaga

Tanpa Nama berkata...

Gasaklah dia orang TT. Sekarang Mandarin penting. American pun sedang belajar mandarin. Bakal jadi bahasa penting di dunia.

Kat Malaysia, orang masih terkial-kial dengan Englisn Language.

Ikut saya TT. Jom belajar Mandarin, jangan ketinggalan.

Tanpa Nama berkata...

Hro,boleh sapa2 tolong confirmkan betoi kah dgn mendpt markah 20 peratus sudah dikira lulus dlm subjek maths dan science dlm pmr yg lalu? Abu Ajelah

Tanpa Nama berkata...

Salam abang isham,

Kalau perang dengan orang putih,
habis mampus semua orang malaysia...

Perang saraf nak wat macam mana ?
Semua dah cakap orang putih.....
mi no spik ingelis......

Bodoh punya melayu......
Ada bahasa sendiripun tak boleh nak jaga,apalagi ekonomi !!!

Sudahlah AMENO !
50 tahun lebih dah membodohkan orang melayu....

Nasib baik khir johari dah mampus !!!
Kalau tidak,rakyat malaysia lagi bengap !!!

Tanpa Nama berkata...

ini baru cantik...kekeke...semua sudar bukak mata bukak mulut bukak telinga terbukak hati ke kena bukak hati?...kekeke

Unknown berkata...

Saya suka dengan kajian yg dibuat oleh kutucyber. Sungguh memberi keterangan yg amat jitu.

Walau sukar, saya amat menyokong jika Matematik & Sains diajar semula dlm bahasa melayu.....