Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 29 Julai 2009

KENYATAAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BEKAS MUFTI PERLIS



MAJLIS FATWA KEBANGSAAN KENA KELUARKAN FATWA ISA


Disiarkan pada Julai 28, 2009

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa mengenai ISA. Ini kerana isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama. Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan.

Penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan. Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum.

Hari ini rakyat berbagai pendapat tentang ISA, berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam Bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat. Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mufti kita hanya pakar dalam bidang nak menentu tarikh raya aidilfitri, halal haram, aurat, poligami, akidah terpesong dan membaca doa panjang atau baca Surat Yasin pada uacara rasmi kerajaan. Nak beri pendapat tentang ISA(Iblis Syaitan ACT) bukanlah dalam bidang kepakarannya. Mufti nanti kata dalam al-Quran tiada disebut ISA dan ISA itu perlu kerana kita boleh menjaga keamanan negara, lagipun gaji dan kerjaya mereka tidak akan dicabar atau dipersoalkan.Mereka dibayar gaji oleh kerajaan yang mempertahankan ISA. Buang masa minta pendapat Mufiti tentang ISA baik tanya Chandra Muzaffar atau Ezam kerana hujah mereka lagi original!

Tok Uban berkata...

Chandra Muzaffar atau Ezam?...depa tu dah sokong kerajaan BN...tak payah tanya..dah tahu jawapannya...Jawapan sebenarnya terletak pada pemerintah...siapa yang memerintah...sekarang ni kerajaan BN yang perentah...depa tak mahu hapuskan ISA...so...kita tunggulah mana-mana pemerintah yang nak hapuskan ISA.

Nunca Caminaras Solo berkata...

Pakar dalam bidang aurat? Kenapa ramai pemimpin dan isteri pemimpin yang masih nampak rambut berjambul.. Tok Peti pakar dalam hal-hal yang berkaitan ngan PR jek..

BN dah rekrut agama la pulak..

penanggah berkata...

klau mufti kluar fatwa pun tapi krajaan taknak ikut pun payah gak.. gua raso baik tak payah.. buang maso yo.. silap2 kontrak mufti pun tamat..

Tanpa Nama berkata...

...tk paham paham lgi ka .... semua mufti mufti malaysia tidur....nak harap kan sapa lgi.....sendiri mau ingat la......bro tukar tiub..lu jentik sikit bekas mufti perlis 2...membazir air liur je..

Tanpa Nama berkata...

majlis mufti negara malaysia adalah
cuntuh kpd kebengkerapan institusi
agama di dunia islam, seolah2 mere
ka berada di abad ke13.mereka adala
h alat penguasa yg tidak mempunyai
kewibawaan sebagai badan bebas yg
hanya bertangungjawab kpd amanah
allah saja.hentikan lah kebaculan
dan hipukerit ,rakyat sudah peka dgn apa saja yg berlaku, insaflah
wahai mufti2, jadikan diri kamu
cuntuh,sebagai ulama2 yg berani kerana benar.bukan sebagai syaitan
bisu,,,

.

Tanpa Nama berkata...

....mufti malaysia tidur ..cukup bulan dapat gaji...tidur zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Lee Copper berkata...

Mufti yang ada kat di Melaysia semuanya ulamak upahan.... ilmu sejemput macam janggut depa saja.

Tanpa Nama berkata...

fatwa muhyidin sokong umno masuk syurga. umno sokong isa .dah cukup la tu.

Tanpa Nama berkata...

Carik makang bang ...penceng mau jaga ...ISA syhhhhhhhhhh!!

Aku dok tunggu fatwa lilin nie pulak ..kempunan meleleh air liur aku dok tunggu

berok jakpor berkata...

kemah deme ri,kawe setuju ngan deme..idup bekas mufti..ek,bela nak pakoh pah?