Rabu, 2 Februari 2011
KENYATAAN RASMI
PEMIMPIN PERKAUMAN SESUAI KELUAR KEADILAN
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar KEADILAN baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa KEADILAN meminggirkan masyarakat India.
Sebelum ini Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin menuduh KEADILAN mengabaikan masyarakat Melayu.
Tuduhan-tuduhan bercanggah ini membuktikan bahawa pemimpin yang masih terperangkap dengan mentaliti perkauman tidak sesuai berada di dalam KEADILAN yang merupakan parti politik pelbagai kaum yang progresif.
Ramai pimpinan KEADILAN telah menjawab tuduhan Gobala secara spesifik dan menafikan dakwaannya bahawa KEADILAN meminggirkan masyarakat India. Masyarakat sendiri dapat menilai dakwaannya hanya terbit selepas beliau kalah dalam pemilihan dan tidak dilantik menjadi Naib Presiden Parti.
Saya juga ingin membetulkan laporan Free Malaysia Today yang menyebut bahawa 40 peratus anggota KEADILAN adalah dari masyarakat India sementara Gobala pula menyatakan 90 peratus pimpinan KEADILAN adalah dari masyarakat Melayu
(http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/30/lets-debate-my-mp-status-gobala-tells-wan-salleh/).
Daripada 371,612 anggota KEADILAN, Melayu adalah 45 peratus, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus.
Sementara itu kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN untuk sesi 2010-2013 pula terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula 4 peratus.
Hakikatnya majoriti besar pimpinan KEADILAN dipilih menerusi sistem satu anggota satu undi, dan anggota KEADILAN jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi sebarang perkiraan perkauman.
Justeru, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobala yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti. Rakyat akan menilainya di dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan KEADILAN sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi KEADILAN
1 Februari 2011
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
GO GO...BALA....bala sudah pegi...kpala batu atas taruk..mic & ppp kasi taruk wuang dalam poket, sumua hukuman kasi tarik, kalu tarak kluar kalu, jel dalam masuk, itu pesion tarak dapat, nanti kalu nyalak serupa anjing tarak worang mau kasi wuang..ayooo saya cakap kalu pun sudah pusing2 srupa GO..GO BALA. poket dalam kalu wuang ada masyuukkkk. skrang sulah buleh tidur satu bantal sam itu BISUL ponya MP. satu worang melayu kasi cakap lagi satu worang india kasi cakap....lu dua worang bolih kasi tubuh satu NGOk.
kote...lah gobalakrisnen,,,walaupun aku bukan ahli parti keadilan tapi kau ni yang mabuk todi...asyik2 kata meminggirkan kaum india...apa hal kau ni...aku ni india juga tapi tak rasa terpinggir dah...orang semua pinggirkan kau bukan pasal pinggirkan orang india...bodoh punya orang!!!!
balik estet deh....
GObala adalah ahli politik paling lucu di Malaysia.
oi lintah darat..tak nk mintak rm 15k kat keleng ni ke ???
harharhars
go bala go
go bala go
lepas nih sesapa nampak org yg iras2 gobala kat tangga pudu raya mintak sedekah, sila bagi 10 sen
dia mungkin memerlukan bantuan oksigen
mudah2an lepas nih gobala akan kena penjara 5 tahun sebab dulu dia pernah lawan cakap polis
dia ni memang degil!
Catat Ulasan