Jumaat, 20 Mei 2011

BANTUAN DI PERLUKAN




NOTA:


merdeka review adalah laman pro rakyat
yang telah sama sama bangun berjuang
untuk mendirikan kerajaan rakyat

laman dwi bahasa ini memiliki garis pemberitaan
yang tepat dan melawan!

justeru adalah sehat jika laman seperti ini
terus berjalan serentak dengan puluhan dan ratusan
laman dan blog yang mensasarkan pena mereka
tepat kepada musuh jantung musuh

nota:
ronasina adalah kartonis resmi laman ini
hafiz zainuddin adalah salah seorang dan penulis/kolumis di merdeka revire

BANTU MANA YANG BOLEH!













MEDIA KITA


BERI BANTUAN PADA ME$RDEKA REVIEW

MerdekaReview | May 19, 2011 12:13:33 pm

Meskipun MerdekaReview hanya membuka edisi bahasa Malaysianya pada Julai 2009, namun pada hakikatnya MerdekaReview telah wujud sejak Ogos 2005 dengan edisi bahasa Cina. Dengan kata lain, MerdekaReview telah beroperasi untuk lima tahun, dan bakal menyambut ulangtahun keenam pada Ogos yang akan datang. Malah, semangat pasukan kami semakin berkobar-kobar untuk menghadapi PRU ke-13.

Namun demikian, pasukan editorial MerdekaReview dimaklumkan pada saat-saat ini, bahawa penaja-penaja tidak akan lagi menyuntik dana untuk melanjutkan hayatMerdekaReview. Ketua Pegawai Eksekutif MerdekaReview, Ngeow Yin Ngee telah cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan suntikan dana, namun gagal. Maknanya, MerdekaReviewterpaksa menamatkan operasinya pada 31 Mei 2011.

Hampir enam tahun MerdekaReview mencurahkan usaha untuk membangunkan media internet, dan kami enggan akur dan pasrah begitu sahaja. Kami mengharungi segala rintangan dan cabaran, termasuk halangan untuk membuat liputan kerana tidak diberi passmedia, kami pernah diserang hacker, ditohmah dan dilontar pelbagai tuduhan dan sebagainya. Dan kami tetap berjaya mengharungi segala-galanya!

Menjelang ulangtahun keenam, bilangan pembaca kami semakin melonjak, dan pasukan editorial kami disertai wartawan baru. Kami menubuhkan edisi bahasa Malaysia dua tahun lalu, sungguhpun pada skala yang kecil, namun dengan tenaga manusia yang terbatas, kami cuba sedaya-upaya untuk menyajikan liputan berita mahupun analisa yang tajam dan pedas. Pada masa yang sama, bahagian pengiklanan kami juga memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan.

Kami tidak sanggup melihat usaha enam tahun ini dikebumikan dalam sejarah. Kami masih menaruh harapan untuk terus berada di gelanggang media, dalam senario politik yang semakin mencabar pada hari ini.

Tulisan kami mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak, malah barangkali semua pihak - khususnya pemerintah dan pembangkang yang menganggap kami sebagai lidah musuh, apabila kritikan dilontarkan kepada mereka. Kami sedar bahawa ia sesuatu yang sukar untuk "berkecuali", dan mengetengahkan pandangan yang melangkaui kepentingan kepartian. Namun itulah idealisme kami untuk mengkritik atas prinsip dan kebaikan masyarakat keseluruhannya.

Namun kami yakin, bahawa usaha ini akan mendapat restu daripada pembaca, kalau bukan semua. Kami akan terus mendedahkan kebenaran, berjuang untuk kebebasan media, dan mengkritik segala pencabulan terhadap hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.
Kami membuat cubaan terakhir, dan mendoakan cahaya harapan di penghujungnya. Selamatkanlah MerdekaReview!

Kami memerlukan kos perbelanjaan kira-kira RM60,000 sebulan untuk mengekalkan skala operasi yang sedia ada. Kami merayu agar pembaca:
• Menderma untuk MerdekaReview, agar kami mengatasi rintangan ini.
• Menjadi penaja atau mencarikan penaja untuk MerdekaReview (jangka panjang).
• Menulis artikel kepada MerdekaReview, atau media lain, untuk menyeru agar sokongan disuntik kepada MerdekaReview. (editorial_bm@merdekareview.com)
• Menyebarkan maklumat ini secara luas.

Anda boleh derma melalui akaun bank berikut:

Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)
EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)
Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)


Daripada: Chang Teck Peng, Chan Wei See, Lim Hong Siang, Chen Shaua Fui, Neo Chee Hua, Chan Kim Ming, Ong Vic Kee, Leong Khong, Saw Siow Feng, Jerry Kwan, Heng Sai Cheng

5 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Minta maaf aku ada isteri 2 anak 8, pencen RM720...nak TELAN apa?

Aku pun dah nak mati ni...kah kah kah..kah kah

Tanpa Nama berkata...

GEMPAR!!

SAH BERITA INI TAK MASUK TV3/4..

Penduduk bawa ular sawa jumpa MB Perak-MALAYSIAKINI

Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI di Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurut TV Selangor, tindakan itu bagi menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampungan setinggan itu.

“Kita bawa ular sawa supaya menteri besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S Subramaniam.

Tanpa Nama berkata...

apsal nak tolong cina..kite melayu pon cina sekat ekonomi kite..orang kedai berniaga je paham dan ade pengalaman macam mana dorang x dapat stock barang dr pembekal cina..sedih bro..aku bukan ape..dorang ni same je..bile kite susah die xnak bantu..die siap sekat ekonomi kite..ni pengalaman orang berniaga bro..niaga kedai beskal je pon da dorang sekat, kena cari stock kt orang putih lak.betol ni bro.

Tanpa Nama berkata...

Cina dan Melayu sama..ada yg korup ada yg baik.

Pegi baca analisis2 MerdekaReview.. Penulisan2 mereka bernas, lain dari penulis2 melayu.

Kebencian meyempitkan pemikiran. Jgn terkongkong dgn pemikiran jajahan utusan, harian metro.

Tanpa Nama berkata...

Boleh kasi derma,tapi mesti check betul-betul sama M.R. ada kaitan dengan puak gerombolan tak? Jika tidak bukan pahala yang aku dapat, bala pula yang aku dapat.Kah..Kah..Kah.