Sabtu, 2 Julai 2011

TOLONG JANGAN TIPU MELAYU




UNTUK KEMENTERIAN MENARIK SEMULA RUU PPPKB 2010


Selaku Ahli Parlimen Titiwangsa, saya ingin menyatakan bahawa pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu bersyukur dan lega kerana RUU PPKB 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai.


Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menarik balik RUU ini daripada Parlimen dan kembali mengadakan perbincangan serta dialog dengan para pemilik dan pewaris tanah Kg Bharu dalam setiap usaha Kerajaan membangunkan Kg Bharu. Kementerian juga perlu mendapatkan persetujuan semua pemilik dan pewaris tanah dan yang lebih penting mendapatkan persetujuan Lembaga Pentadbiran MAS berkaitan pembangunan Kg. Bharu.


Lembaga Pentadbiran MAS yang telah wujud sejak tahun 1900 perlulah diberikan keutamaan berbanding Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tiada mandat rasmi daripada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu. Ahli Parlimen yang diberikan mandat secara sah melalui pilihanraya juga sepatutnya dilibatkan aktif bermula daripada peringkat perangkaan lagi untuk memastikan penyelesaian yang terbaik dan adil, terutamanya kepada pemilik dan perwaris tanah Kg Bharu.


Kementerian juga boleh melakukan apa-apa pembangunan melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sememangnya mempunyai kuasa yang sah dalam mentadbir tanah Kg. Bharu. Jika pembangunan Kg. Bharu memerlukan suatu Akta Parlimen maka pihak Kementerian perlu ikhlas dan telus untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah sebelum mengemukakan RUU yang baru.


Saya sangat berharap pihak Kementerian dapat merealisasikan slogan yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri berkenaan dengan era "Government knows best" atau "Kerajaan sahaja yang tahu yang terbaik" telah berakhir.

YB Hjh Dr Lo'lo' Datuk Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa



NOTA:

RUU PPKB 2010 = Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RUU PPKB 2010 = Rang Undang-undang Perbadanan Kampong Baru 2010?

ingatkan Apo.. siap ada rang undang-undang khas utk kampung baru ni yea punya la bersunguh nak merembat tanah ni..

Tanpa Nama berkata...

sebelum lu buka mulut citer pasal itu kebajikan lu pegi sweden dulu tengok apa mcm dia olg punya stail bikin perhitungan dgn rakyat. if u approach the way your medical system to tackle human problem sudah bnyk adverse effect. pakai holistik, ikut hukum alam. ni mcm kalu sampai bila pun tak abis. you are responding to corruptible bureaucracy with corrupt bureaucrats. soli, a doctor's place is to be with the patient and her fraternity to be really desrved as the great labourer. aiya, apa lu tau pasat social idealism bila kos pesakit manyak mahal? talk la about making hospital utk rakyat kat genting as suggested by tt.

Tanpa Nama berkata...

da taw melayu je makhluk paling senang ditipu kat malaysia ni,nk tipu sape lagi??beruk pon pandai tipu org taw


Loji Nuklear Scotland Terpaksa Ditutup Kerana Obor Obor
Jalan JFK Runway 4 Dipenuhi Penyu
Friendster Dilancarkan Semula Dengan Bantuan Facebook