Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 2 Julai 2011

SELAMAT TINGGAL DARI ORANG YANG BAIK



JANGAN KAU TANGASI


bila kau membaca berita ini
jangan kau tangisi
bila kau membaca berita ini
jangan kau bersedih

semuanya telah terlambat
semuanya telah terlewat

peluit telah didenar
loceng telah berbunyi
bangsi telah ditiup

keretapi itu telah bergerak
keretapi iti telah meninggalkan stesen

jangan kau tangisi lagi
jangan kau bersedih lagi

lihat lah muka dalam cermin
lihat dan amatilah diri sendiri
sedar dan sedarlah


bila kau lihat muka dalam cermin
pasti kau akan senyum puas

kau masih lagi orang yang baik
kau masih lagi orang berbudi
kau masih lagi orang yang warak

kerana itulah negara tergadai
kerana yang baik
kerana yang berbudi
kerana yang warak
tidak melakukan apa apa


AKAN DIRUNTUHKAN



KAMPUNG MELAYU TERGADAI – berita hairan

Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah.

Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas.

Pengerusi TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Kerajaan Pusat perlu campur tangan supaya kampung itu tidak dibangunkan dengan cara yang boleh menjejaskan pemilikan tanah oleh orang Melayu yang pasti tidak mampu membeli hartanah atau rumah lain di negeri ini kerana harganya tinggi.

“Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga perlu menyemak kembali pembangunan di kawasan itu supaya tidak menjejaskan jumlah penduduk Melayu, termasuk memantau urusan jual beli tanah di antara pemilik tanah dan pemaju,” katanya.

Penduduk, Osman Jaafar, 74, berkata pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira penduduk awal menyebabkan banyak kampung Melayu terhapus dan penduduknya terpaksa berpindah.


SELAMAT TINGGAL TANJONG PAGAR - meloya

Tepat pukul 11 malam ini, perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat selama-lamanya.

Setelah hampir 80 tahun beroperasi, kini perkhidmatan yang menjadi sisa-sisa lambang penyatuan ‘sebuah’ negara suatu ketika dahulu hanya tersimpul rapi sebagai lipatan sejarah.

Kereta api terakhir, ‘membawa’ semua memori suka-duka perkhidmatan KTMB kembali semula ke tanah besar Semenanjung.

Suasana di stesen agak riuh rendah sejak pukul 5 petang apabila ia diserbu oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar detik-detik bersejarah hari ini dan membeli cenderamata KTMB.

Bagaimanapun putaran lagu Salam Terakhir nanyian Allahyarham Sudirman Arshad sepanjang petang ini menambahkan suasana pilu terhadap orang ramai dan kakitangan KTMB di stesen itu.

NOTA:

lihat dan fahami
makna dua berita ini

lihat dan sedari
apa yang tersurat

lihat dan sedari
apa yang tersirat


NOTA:
siapa sebenarnya jual tanah melayu ini?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak TT. Saya ada idea. Tatau la boleh diterima atau tak. Untuk perhimpunan 9 Julai ni, apa kata kita semua guna stail Gandhi yang membawa mesej keamanan. Saranan saya, semua orang yang datang berhimpun pada 9 Julai ni boleh beli bunga di kedai bunga dan berarak dengan bunga di tangan. Bila kita jumpa pak polis, atau abang PEKIDA, PERKASA dan konco konconya, kita bagi lah dia bunga ramai ramai.

Saya ni terpengaruh tengok cerita Tamil je Pak TT. Kalau x terima jangan gelakkan saya. Kah kah kah.

sby berkata...

pemimpin united malay national organisation tak guna satu sen pun

Tanpa Nama berkata...

siott tul la sham...
bersih pya pasal..lu pya blog dah kna blok dek admin opiss gua, pas tu siap kuar surat x boleh amik cuti 7 sampai 11 julai..alasan x nak org gomen terlibat dgn bersihhh... mati kutu la gua camni.. x leh nak aksess blog lu tiap pg sblm start kejer..terjejaslah produktiviti gua sbb x boleh nak kah kah kah..tiap pagi...4 ur info..satu opis gua baca lu pya blogg tiap pagi...heheheh...gua la yg pengaruh.....

--org gomen--

Melayu Kena Sokmo berkata...

Sopan santunnya Anon 4:18. Nak beri bunga kat Pak Polisi... rasanya tak sempat beri bunga, air water canon dan gas pemedih mata akan melayukan bunga tersebut. Kalau nak beripun benda lain yang lebih sesuai dengan perangai ganas penguasa yang taksub mempertahankan tembolok pemimpin korupsi. Di negara (kroni di dahulukan, rakyat pergi mampus) ini, rakyatnya terlalu berlemah lembut kepada penguasa yang sering bertindak tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan. Sampai kiamatlah kamu semua akan dibuli dan ditindas, jagalah hanya periuk nasi kamu sebelum periuk nasi kamupun akan dikebas oleh pemimpin korupsi yang bernafsu makan terlalu besar sehingga mengalahkan dinosour itu.

Tanpa Nama berkata...

Idea bagi bunga bagus, tetapi jangan bagi wangi-wangi takut mereka pengsan bagi aje bunga-bunga sekentut,bunga tahi ayam,bunga bangkai tentu mereka umno/bn berasa bangga.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah juga kepada Raja Gopal yang menjadi pemandu kepada kepala keretapi yang terakhir dari Tg Pagar Singapura. Wajah gembira dan glamour Pak Kaduk apabila ayamnya menang bertarung, tetapi malangnya kampung pula tergadai oleh bijaksana Pak Menteri + Monggolia beliau. Janji glamour, tak mengapa sampai bilapun si Melaya akan terus bodoh....

Tanpa Nama berkata...

jangan perbodohkan diri sendiri, umno tidak pernah kenal jasa rakyat, umno hanya kenal cara rembat duit rakyatdan tipu rakyat, barang Naik semuka kerja umno untuk tindas rakyat, umno hanya kenal cukung kaya sahaja, rakyat umno tak kenal.

Tanpa Nama berkata...

org milayoo sendiri yg jual sbb hadap benar pilih eee jadi kalipah sunnah-wal-rasuah! ee pertama ialah parameswara kepala kutty. gue lagi sedih jika tt pergi dulu tinggalkan kita semua. dia la peninggalan derita bara itu tapi dia juga api yg menyala utk anak muda. Chin Peng kata ..senjata ampuh hari ini yg paling ampuh masih lagi tak bisa menyahkan nafsu manusia demi maruah dan keadilan. namun puisi pak samad tetiba jadi senjata membarakan bara itu...ordinan dharurat kelmarin dan hari ini dalah propaganda semata tentang kita yg kononnya para terrorist. jgn lupa bagaimana bush cuba menghalalkan serangan ke atas iraq. begitu la juga kita akan dimaniulasikan kononnya kominis! banggang! jika masih banggang memang layak pun diucap selamat jalan milayoo! sebelum itu jgn la biarkan pak samad menangis lagi demi demokrasi yg kita cemuhi. what we ask is simply to be clean.susah sanggat ke nak basuh berak yg terpalit tu? woit, zaman ciber ni tak laku dah main propaganda lapok tu...

Tanpa Nama berkata...

"All you need is love." -The Beatles