Ahad, 9 Oktober 2011
TUNAI 8 TUNTUTAN BARULAH PRU13
TUNAIKAN INI DULU
NOTA:
sila baca surat dari permbaca ini
terang jelas
jika sesiapa memiliki pandangan sila ajukan
terima kaseh atas penerangan ini:
SURAT DARI PEMBACA:
salam tt, ni keputusan majlis fatwa: Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia, Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.
Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.
Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja. Keterangan/Hujah: Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi.
Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .
Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari.
Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.
Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.
Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah : تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.
By Anonymous on SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT on 10/9/11
JANGAN LUPA 8 TUNTUTAN
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Penggunaan dakwat kekal TIDAK akan dilaksanakan KERANA dakwat kekal TIADA tanda HALAL jakim.
Penggunaan dakwat kekal dibantah oleh ahli UMNO (united malasian new order)
PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL AKAN MENYEBABKAN UMNGOK KALAH DLM PRU.
Maka, cadangan penggunaan dakwat kekal TIDAK diterima, terima kasih.
lu nanti dengar pula umarak carma akan kate itu ethanol bahan alkohol, haram! ke ke e urgh kah kah najisss mughalazah ptuii!! 1 msia kena samak geng!! terrmasuk samy..
dengar ckp tt cukup la: jika gerombolan kalah tarak guna undi-mundi.
pr lak mcm anjing menyalak bukit cheh! jawabnya ke jalanraya!!!! zalim dan munafiq tak payah ajak bincang-mincang. cincang je lumat-lumat!! cukup Allah bagimu bukan indelible ink...porahhhh!kg baru pun boleh tergadai.
belajar camne mubarak kena buku dgn ruas..dia org cuma satu mahasiswa mampos, kita tuya, kugan, beng hock, amir, sarbani... memang melayu pegi mamposs laa!!sori tt, gue pinjam lu punya nada. gue tau lu tak muleh tolerate itu badak...mat sabu kata tunggu badak buat keputusan baru boleh pakai itu dakwat..jgn lupa rakyat kafir batu gajah pakai darah pd bunting lalu diarak ke jalanraya!!!tak mcm di lynas. melayu? melayu kena tunggu fatwa-fatwi umarak kah kah kah when wisdom has no place in badak, u talk-talk about fatwa n indelible ink?? pundrak mundrak la lu...
ok, kita tengok what's next..itu silver nitrate gram quicksilver nama kuda lone ranger,woi lagi haram kah kah kah campur lak dgn ethanol aka brandi?
gue kesian la tenguk ini bani melankoli religi. puluhan tahun diazab konsain agama yg menafikan maqasid syarie..tetiba hari ini citer dakwat dari yindia ayo ayoyo...tindik kat idung gi baik la, pakai stapler.....
Ada tak dalam Quran isu haram guna dakwat kekal??
Semasa hayat nabi Muhammad dakwat kekal dah ada ke? Ek elehhh! Janganlah fatwa disamatarafkan dengan wahyu Allah!
Ada tak dalam quran kata bini PM boleh tunjuk rambut dan aurat? ada ke? bodoh piang punya jebon.
Catat Ulasan