Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 24 November 2011

KAUM BURUH - KULI BATAK KAYAKAN TOWKAY




MAMPOSSLAH KALAU SOKONG LAGI













MTUC ADALAH PERHIMPUANAN DESAK KERAJAAN BATAL PINDAAN AKTA KERJA 2 DISEMBER - minsider

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam, Selangor pada 2 Disember ini — tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja 1955.

Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontrak bagi tenaga kerja.

Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi berkata masa dan lokasi telah pun diputuskan semalam.

“Kita memutuskan untuk mengadakan pada hari kerja, selepas waktu kerja di dewan Seksyen 19 Shah Alam,” kata beliau.“Kami memutuskan untuk mengadakan 2 Disember, selepas waktu kerja supaya orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin kesatuan boleh berhimpun selepas waktu kerja,” katanya memberi sebab kepada pemilihan tarikh itu.

Sebelum ini beliau berharap agar perhimpunan itu dapat diadakan pada 3 Disember sebagai simbolik kepada dua piket sebelum ini yang berlangsung pada 3 Oktober dan 3 November lalu.

“Kami menjangkakan kehadiran sekitar 3,000 orang, kami juga menjemput pertubuhan dan pemimpin sivil agar sertai perkhimpunan ini... MTUC akan menyampaikan mesej yang jelas mengenai pindaan terbaru membabitkan Akta Kerja ini,” kata beliau lagi.

NOTA:
kaum buruh telah mula sedar
gulungan pekerja mula sedar
ini petanda baik
ini tandanya gerombolan sedang diasak
ini tandanya gerombolan mengambil yang mengkayakan pemodal

pindaan ini akan:
tak ada lagi overtime
tak ada cuti sakit
tak ada epf
boleh dibuang bila bila masa
tak ada dakwa dakwi

betul ke?
tak ada dakwa dakwi?
kenapa?

kerana semua pekerja akan jadi buruk kontrek
semua menjadi pekerja sambilan
tidak ada lagi pekerja tetap

buruh kontrek takada hak


tujuan pindaan ini ilah untuk memastikan
keuntugan maksima untuk kaum pemodal

kalau ini ini tak faham lagi
mapooooslaaaaaaa


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

facebook 'Parlimen Malaysia memerlukan suara Isham Rais'.kitaorang nak ko jadi menteri penerangan.siapa sokong sila LIKE

Tanpa Nama berkata...

Anon : 12:58 PTG

Apakah anda fikir Isham Rais layak jadi menteri ?

Ketika ini dia bercakap untuk kebaikan dan kesalamatan semua orang, kita faham dan sokong saranan yang diucapkan atau yang ditulis dalam blog ini.

Aku percaya ramai dikalangan pembaca amat bersetuju dengan cadangan, pandangan, kritikan dan peringatan yang diusulkan oleh lelaki yang bernama Isham ini.

Tapi boleh ke orang ini bercakap seperti apa yang dia lafaskan sekarang apabila dia dilantik sebagai menteri penerangan ?

Atau dia akan ikut jejak langkah seperti Zul bisul ?

Anwar Ibrahim adalah pengkritik paling lantang dizaman muda beliau tapi setelah diberi jawatan oleh Tun Mahathir apakah Anwar menjadi pengkritik lagi atau penyangak sehingga dia terpaksa disingkirkan?

Sekarang Anwar sudah waras tidak mahu jadi penyangak lagi tapi bertekad mahu jadi penyelamat pulak. Apakah anda mahu menyokong atau menentang nya ?

Aku sokong lelaki bernama Isham Rais ini menjadi pencacai NGO pro demokrasi sepanjang hanyat. Anak melayu perlu dididik menjadi hebat, bijak, berani.

Tanpa kehadhirannya anak muda yang jantan jadi bacul, pengecut, dayus.

mek berkata...

tanpa nama semua,

tak usah gaduh2.
Isham Rais pun tak hingin nak jadi menteri.
tak gitu tt?

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

bodoh!!

nak berpiket buat la waktu kerja! kasi lumpuh terus.

nak asak, asak la betul2.

kalau setakat piket lepas waktu kerja ingat ada respon ke?

baik duduk rumah pukul telo.

Tanpa Nama berkata...

golongan pekerja kena sedar bahawa selama ni mmg mereka semua telah dipergunakan untuk mengkayakan tuan2 empunya syarikat. berbagai-bagai alat, proses dan prosedur syarikat telah dimanipulasikan untuk memastikan golongan pekerja akan sentiasa berada di bawah dan dimanipulasi. sistem gred pekerja di dicipta dan dimanipulasikan agar golongan pekerja sentiasa dipecah dan diperintah. inilah yang tuan2 empunya syarikat mahu. keep the workers fighting with each other so that they can go to the bank laughing.

they want obedient workers. people who are smart enough to run the machine and do the paperworks but dumb enough to possibly accept the increasingly shitier jobs, reduced benefit, longest hours etc.

but do you know what they dont want? they dont want a population of workers capable of critical thinking. this is against their interest.

wahai kaum pekerja! kamu semua telah dirompak sejak lama. dirompak oleh sistem yang akan memastikan kamu semua berada di bawah. tuan2 empunya sistem ini akan memberitahu kamu semua bahawa kamu semua memerlukan sistem ini untuk terus hidup. inilah penipuan yang besar. kamu tidak memerlukan sistem ini. sistem ini yang memerlukan kamu untuk terus menyokongnya supaya ia terus hidup.

Tanpa Nama berkata...

Ce lihat dan selidiki betul betul udang undang ini jika terlaksana dah jadi macam undang undang FIRAUN....rakyat marhain pergi mampossss golongan kaya dan kroni goyang kaki..satu untuk kau dua untuk aku...apalagi korbankan LEMBU LEMBU ini pada PRU akan datang jika tidak mahu jadi KULI BATAK.

Tanpa Nama berkata...

Jadi 'orang politik' sekarang adalah satu proffesi. tempat cari makan. lancau lah kalu orang cakap untuk berjuang. Tuiiii!

Batu Tepi Jalan berkata...

http://batutepijalan.blogspot.com/2011/11/spr-perhabis-wang-rakyat.html

Tanpa Nama berkata...

TT lebih lagi dari layak nak jadi menteri...kalau dia nak..lama dah boleh

tapi itu bukanlah tujuan hidupnya...

TT adalah menteri pemikir/ ahli falsafah/ seniman dan budayawan

menyamakan TT dgn zul bisul, samalah spt menyamakan bob dylan dgn mawi...

memang susah bani melayu ni...
tak apalah biarlah gelap semuanya
biar hancur..biar lebur...biar terjual tergadai semuanya...angkara kebangangan bani melayu yg tak boleh berfikir dan sangat suka ditipu sepanjang hidupnya...sepanjang zaman

Tanpa Nama berkata...

Aku nk isham jd Menteri Pertanian...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Takde cuti sakit takde overtime utk pekerja.

Bukankah itu mencabul hak asasi manusia namanya. Pekerja bukan mesin, mereka adalah manusia. Ada perasaan. Even dalam islam pun ada kata, bayar gaji pekerja sebelum peluh mereka kering. Secara simboliknya, menunjukkan bahawa hak dan kebajikan pekerja mesti dibela.

Kpd para tauke kaya, cuba bayangkan kalau korg jadi pekerja, korg akan tau betapa sakitnya jd macam tu. Korang kaya pun sebab pekerja bekerja macam nak mati, dan korang berjaya pun kdg2 bukan kerana usaha korang, kadang-kadang nasib baik. Ada ramai lagi orang yang lebih hebat dari korang, tapi sebab tak nasib baik, jadi miskin. Nak taknak terpaksa jadi pekerja.

Cuba bayangkan kalau korang jadi macam itu. Sebab itulah para pekerja mesti dibela haknya, kerana merekalah sebenarnya penggerak sesebuah syarikat. Bekerja kuat dengan kudrat mereka demi kemakmuran negara.

Kepada kaum pekerja, teruskan membela hak kalian. Hayatilah semangat Lagu Internasionale dalam perjuangan kalian.

Bangkitlah wahai yang ditindas,
Bangun wahai yang diperas,
Nyalakan api perjuangan,
Menjulang kebenaran!!!!!