Khamis, 24 November 2011
SATU LAGI PROGRAM MELAWAN MALAM SABTU INI
DARI MUKA BUKU PYANHABIB RAHMAN
Solidariti seniman dan sup lembu:
PROGRAM Solidariti Seniman kali kedua di Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Gombak akan berlangsung pada Sabtu, 26 November ini. Acara bermula pukul 4.45 petang dengan bicara buku puisi Kampung Warisan KL.
Manakala pada pukul 9 malam akan berlangsung acara puisi, lagu-lagu puisi, teater pendek dan komidi berdiri atau apa sahaja daripada anda yang ingin turut serta.
Seekor lembu turut diqorbankan pada Solidariti Seniman kali ini.
Dan, anda dijemput hadir dan sama-sama berkenduri sup lembu!
NOTA:
satu lagi kampong akan tergadai
ini kampong banda dalam
kampong yang telah didiami
oleh penduduk sebelum kuala lumpur
sebelum yap ah loy
sebelum yap kwang seng
kampong ini menjadi impian
para cukong dan kroni gerombolan
malam ini ini solidariti
anak anak muda dan para seniman
dan para penyokong yang ingin bersetia kawan
dengan penduduk kampong banda dalam
semua dijemput datang
ini program melawan
shaer adalah shaer melawan
sajak adalah sajak melawan
lagu dan puisi adalah lagu dan puisi melawan
yang bodek
yang membodek sila jangan datang!
JANGAN LUPA DAN BERSEDIA
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
kampung padang balang... tanah tumpah darahku... jgn cuba2 nak amik tanah ni gerombolan atau cukong kapir lakhnat..!
ada sup lembu, yg pasti bukan lembu kak ijat yer..n bukan susu ank kak ijat...
~ptrjya~
program melawan yg 'cool'..harus dibanyakkan program2 melawan di seluruh negara..penduduk kampong ni wajib melawan gerembolan..
Lembu punya susu, kak ijat dpt nama huhahaha
Catat Ulasan