Khamis, 24 November 2011

KITA TAK DARURAT - YANG DARURAT BRITISH




GEROMBOLAN YANG DARURAT








PEMANSUHAN TIGA PROKLAMASI DARURAT


Pakatan Rakyat menyokong pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi
perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah
dilaksanakan lama dulu. Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk:

(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi
Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14
September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan
Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;

(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi
Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15
Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan

(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi
Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8
November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan
pertikaian politik di negeri Kelantan;

2. Kita gembira kerana YAB Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan
Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan
Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada
April 2011. Tambahan lagi, pendirian PM diwakili oleh Menteri Datuk
Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan
parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai
tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat:

"Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih
wajar dikekalkan atas sebab yang berikut:

(a) adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat
pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat
semasa Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa akan terhenti berkuat
kuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini
akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah
untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan

(b) kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat
dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani
masalah berhubung dengan keselamatan Negara antaranya yang melibatkan
ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak
diliputi di dalam undang-undang sedia ada.

Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara
rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi. Pemansuhan ini
seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di
Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka
dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang
menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan.

3. Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi
darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah
membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk
dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan
pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta
peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila
diperkenalkan Proklamasi Darurat ini.

4. Pengenalan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan
tindakan untuk menghadkan pergerakan ahl-ahli Parlimen Pakatan Rakyat
dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang
berkaitan dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh
pihak pemerintah.

5. Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana
menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan
kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke muka
pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang
merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi
penjelasan kepada rakyat.

6. Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk
menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat
secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan
untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi
dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan
itu diadakan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak percaya cer tanya prof. jomo, penasihat ekonomi PBB skrg ni:
darurat british di malaya sbb nak klaim insurans

Tanpa Nama berkata...

Rakyat mesti sedar yang pemerintah kini adalah kesinambungan rejim pemerintahan British dulu, kali ini rakyat Malaysia ang menerajunya. Sistem kapitalis yang dibawa/pakai/amal masih seperti British dulu, yakni ada segelintir elit, bangsawan dan bapak kapitalis ( orang asing, Cina, India dan Melayu, kini ada 40 orang bilioner ) yang kaya raya sementara 70% daripada isi rumah Melayu berada dalam keadaan miskin seperti yang selalu diakui oleh pihak pemerintah.Struktur menindas ini mahu dipelihara dan mana-mana pihak yang mahu membantah seperti di jalanan akan dimusnahkan kerana cara itu mungkin lebih berkesan. Jadi jika ada sekatan ini maka kaum kapitalis akan seronok lagi kerana mereka tidak digugat/digusar/ditraumakan. Biasa le pemerintah dan semua para kolaborasinya akan mengguna ayat lazim yang semua sekatan itu adalah untuk perpaduan, keamanan dan stabiliti politik negara. Ingat dulu apabila Rejimen ke-10 selama beberapa tahun gasak penjajah British maka cepat Malaya dapat merdeka.
Rakyat Malaysia kena pakai perspektif yang struktur penindasan Malaysia tidak menguntung rakyat majoriti dan harus dikecaikan.Sentimen perkauaman, agama menjadi sedikit halangan untu melihat bobroknya sistem penindasan itu.Ingat juga pemerintah akan sentiasa guna sentimen itu untuk melecehkan gerakan anti kapitalisme itu.

Muslim Sejati berkata...

Kecaikan Kapitalisme yg bobrok dan ganti dgn yg lebih baik. Siapa yg halang kecaikan sama. Kapitalisme adalah Dajjal yg pernah diungkapkan Nabi satu masa dulu dlm Hadis yg Masyhur. Pendokong Kapitalisme adalah pendokong Dajjal tak kira Ulama Ampu atau Pegawai Ampu atau Cukong atau Pariah Bongok.