Selasa, 1 Mei 2012

BURUH SEDUNIA BERSATU LAH !





SATU JAWAPAN BANGUN DAN LAWAN






HARI BURUH - SATU MEI

Tahun ini, Hari Mei Satu disambut dalam satu suasana politik yang amat menarik di Malaysia. Kita berada di persimpangan jalan di mana kebangkitan kuasa rakyat telah menggegarkan pemerintahan UMNO-BN yang penuh dengan kepincangan dan korupsi.

3 hari sebelum Hari Mei Satu, himpunan raksasa Bersih 3.0 pada 28 April 2012 telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan rekod kehadiran 200,000 rakyat turun ke jalanraya menuntut demokrasi dan menentang penyelewangan pemerintah. Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan kebangkitan anak muda dalam perjuangan menuntut pendidikan percuma dan juga gerakan Occupy Dataran yang cuba menuntut kembali ruang demokrasi rakyat.

Kebangkitan mahasiswa dan rakyat di negara kita sebenarnya adalah juga satu protes kepada sistem kapitalis yang hanya melindungi kepentingan 1% dan mengabaikan hak 99%. Kepincangan pilihanraya BN adalah semata-mata untuk berkuasa untuk mengondol kekayaan negara demi kesejahteraan kroni-kroni kapitalis mereka.

Sementara itu, di peringkat dunia pula, sistem kapitalis global sedang mengalami krisis yang amat mendalam dengan menyaksikan kegawatan ekonomi yang berterusan di Amerika Syarikat dan krisis hutang di negara-negara Eropah. Serangan bertubi-tubi golongan kapitalis antarabangsa ke atas golongan pekerja dan rakyat biasa telah mencetuskan penentangan yang hebat. Gerakan Indignados di Sepanyol, perjuangan menentang pengurangan perbelanjaan awam di Greece dan juga gerakan Occupy Wall Street yang merebak menjadi satu fenomena global, adalah manifestasi terbaru perjuangan rakyat dalam mencabar sistem kapitalis dan mencari alternatif baru.

Perjuangan hebat pekerja lebih satu abad yang lalu, yang melibatkan pengorbanan pejuang-pejuang pekerja telah menjadikan kerja 8 jam sehari suatu hak asasi untuk pekerja sedunia. Namun, hak pekerja yang dimenangi dalam satu abad yang lalu, sedang digugat dan semakin dihakis oleh golongan kapitalis yang tamakkan keuntungan yang tidak terhabis-habis. Golongan pemodal, korporat gergasi dan tauke besar sanggup mengorbankan kepentingan pekerja demi menyelamatkan keuntungan mereka dalam krisis ekonomi yang berterusan.

Di Malaysia, Kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Najib telah mewarisi dasar-dasar pro-kapitalis yang diamalkan sejak zaman Mahathir dengan meneruskan serangan ke atas rakyat melalui penswastaan, pemotongan sabsidi untuk rakyat, penindasan ke atas kesatuan sekerja dan sebagainya. Dasar ekonomi yang pro-kapitalis dan anti-pekerja telah membantu golongan kroni dan korporat besar mengaut keuntungan besar. Ini telah memburukkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Rakyat biasa akan terus dimangsakan dan kualiti kehidupan terus terjejas sekirannya dasar sebegini diteruskan.

Serangan yang terbaru dalam beberapa tahun sejak kebelakangan ini, termasuklah pindaan undang-undang buruh yang menghakis hak pekerja, termasuk pindaan Akta Pekerjaan yang menghalalkan buruh kontrak yang menindas pekerja. Jaminan kerja untuk para pekerja telah dijejas dengan teruknya dalam serangan terbaru ini.

Dengan segala serangan dan hakisan ke atas hak pekerja, pengumuman gaji minima oleh Najib semalam hanyalah satu sandiwara untuk memancing undi menjelang pilihanraya. Selain paras gaji minima yang diumumkan jauh kurang daripada apa yang dituntut oleh gerakan masyarakat, pelaksanaan gaji minima hanya akan berlaku selepas 6 bulan dan kemunginan besar akan ditunda lagi seperti yang berlaku pada gaji minima untuk pegawai keselamatan. Kalau kerajaan UMNO-BN benar-benar ingin melaksanakan gaji minima, sepatutnya ia dilakukan sekarang. Apabila hak pekerja dituntut, maka taktik lambat melambatkan menjadi lumrah pemerintah .

Kerajaan UMNO-BN langsung tiada niat untuk melindungi hak pekerja, malah ia sanggup menggadaikan segala hak pekerja demi menjaga keuntungan kroni dan juga pemodal besar.

Tuntutan pekerja di Malaysia yang perlu ditunaikan segera demi menjamin kesejahteraan hidup adalah gaji minima RM 1500, jaminan kerja, kawalan harga barang, kebebasan menubuhkan Kesatuan Sekerja, bebas daripada beban cukai GST, perumahan selesa dan penghentian penswastaan perkhidmatan asas Semua tuntutan tersebut tidak mungkin jadi realiti dengan kerajaan UMNO-BN sekrang yang hanya tahu merompak rakyat biasa untuk kapitalis.

Hak pekerja tidak akan jatuh seperti durian, tetapi hanya jadi kenyataan melalui perjuangan yang berterusan.

Hari Mei Satu adalah hari untuk memperingati perjuangan pekerja dan juga inspirasi untuk kita terus memperjuangkan hak pekerja. Kita telah menunjukkan kehebatan kebangkitan kuasa rakyat dalam Himpunan Raksasa Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu, dan kita akan bawa semangat ini untuk terus maju ke hadapan.

Hidup Rakyat ! Hidup Kaum Pekerja !

Dikeluarkan Oleh
Choo Chon Kai
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM



KIBARKAN BENDERA MERAH



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

what we are seeing now is not democracy. democracy was what happened before, in 1946, when the people rose and took the power from the rulers and gave it to the selected few. now we are seeing hyper-democracy, where the masses once again rise to take over power from those selected few, and place themselves in their places.

Tanpa Nama berkata...

asyik-asyik kapitalis vs sosialis, majikan vs pekerja, nak tanya masa empayar rom dan parsi dulu ada ke perkara ini berlaku, masa zaman nabi Muhammad saw adakah juga perkara ini berlaku

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Rujuk : http://www.mobtv.my/current_affairs-1301.html

Pada minit 23:54, nak sebut salam penutup pun bercelaru.

Kalau sudah menyusahkan RAKYAT MALAYSIA, nampak sangat PM kita gugup masa ceramah tentang gaji minima.

Hati tidak tenang kerana lari dari prinsip Quran.

Tanpa Nama berkata...

Ha .. ha ... dasar UMNO penipu dan buat kerja samseng. Ini semua ajaran APCO.

http://penarikbeca.blogspot.com/2012/04/seronoknya-tengok-umno-jadi-gila.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28%7Epenarik+beca%29

Tanpa Nama berkata...

apa yang nak diharapkan dari kapitalis ni????

bawah taik masing2....balingkan jer kat mereka yg 1% ni...

ada berani????

dia org pakai gas pedih, lu org pakai taik sendiri jer...hahahahah

menghina tuuuu....apa tuduhan???? tarak!!!!

Sudin berkata...

Sebagaimana berjayanya British begitu juga anak didiknya gerombolan Umno(B)/Bn dalam melaksanakan dasar pecah perintah dalam masyarakat Malaysia maka dasar yang serupa juga digunapakai dalam kesatuan buruh.
Maknanya dalam kesatuan buruh wujud kasta.

Dasar pengswastaan yang dilaksanakan oleh Mahathir Mahafiraun mamak haram jadah mengenyangkan kroni.
Didalam GLC sendiri sudah menampakkan kepincangan,rasuah,perompakan dan salah guna kuasa.
Contoh terbaik ialah tiada mana auditor dalam dunia boleh mengaudit lembaga pengarah GLC.
Akhirnya wujud di mana suasana moyang,datuk,opah,bini,mertua,anak,menantu,cucu-cicit bekerja di tempat yang sama dalam GLC. Merompak,memunggah dan melarikan hasil keuntungan sesebuah GLC.
Ada juga kes dimana selepas pencen, GLC terpaksa mengujudkan unit-unit baru(anak syarikat),consultant sana-sini dan sebagainya.Kalau tidak dipenuhi permintaan orang-orang pencen ini seakan mereka akan pecah lobang.
Hasil daripada suasana ini kaum buruh tertekan.Mengharapakan kesatuan mengambil tindakan seumpama kata Isham Rais-"Nama serupa tapi pemikiran masing-masing".

Selagi tidak dirobah,selagi Umno(B)/Bn memerintah mengikut telunjuk cukong-cukong dan tuan kepada mereka iaitu orang putih(British,Amerika)jangan harap ada perubahan pada nasib kaum buruh.
Mamak Madey wajib dihukum kerana membawa kerosakan yang dasyat dalam sistem pemerintahan di Malaysia.
Hanya barua-barua melayu(menteri-menter)sahaja yang menyokong mamak haram jadah ini kerana berkepentingan mengisi tembolok sendiri.

Tiada jalan lain melainkan ke jalanraya....!!!!

Ayuh bangun kaum buruh....!






Pencen GLC.

Tanpa Nama berkata...

Hidup kaum Buruh!!!!! Gaji minima RM1500!!! Jaminan pekerjaan!!!! hak Pekerja dan rakyat banyak dijamin dan dijaga!!!!!
Ranap kapitalis, cukong, dan kroni yang jahat!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 9.01 PG:

Masa zaman Nabi, walaupun tidak secara langsung dinyatakan akan perkara antara majikan vs pekerja, tapi konsepnya tetap ada!

Zaman Nabi dulu, turun wahyu yang mengharamkan riba dan judi (yang menjadi alat untuk org2 kaya memeras harta orang kebanyakan).

Kemudian disyariatkan zakat untuk membantu golongan miskin.

Kemudiannya, menyuruh para majikan membayar gaji kepada para pekerja sebelum peluh pekerja kering (simbolik perlindungan hak pekerja).

Kemudian zaman Khulafa al-Rasyidin, tentera Islam berjaya membebaskan rakyat2 yang ditindas oleh tuan2 tanah, org2 kaya, dan pemerintah feudal yg jahat di Rom dan Parsi dalam Perang Qadisiyyah dan Perang Yarmuk!!!

Empayar kaya raya feudal kapitalis mcm Parsi dan Rom tu pun ranaplah seranap ranapnya!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama 11:43 pg.

Hang tak baik nak biadap kepada para pekerja. Buat apa nak menghina orang.

Kalau kapitalis dok baling gas pemedih mata, para pekerja dengan kekuatan semangat dan perpaduan akan bertahan menentang kaum kapitalis....

hang tak tau ke kisah kejayaan mogok Ladang Asahan d Melaka tahun 1967 dulu. Walaupun berhadapan tear gas, namun akhirnya kapitalis bangang tersebut terpaksa tunduk dengan tuntutan para pekerja yg gigih semangatnya.

Kepada 11:43 PG, hang nak kena jurus membangkrapkan ekonomi dari aku tak? karang kalau aku bagi jurus membangkrapkan bisnes dan ekonomi kat hang, tergolek hang jadi gelandangan. masa tu barulah Hang tau betapa pentingnya perlindungan hak pekerja dan kebajikan orang kebanyakan!!!!!!

kah,kahkahakaha kah kah kah!!!!!!