Selasa, 1 Mei 2012
SELAMAT LANKAU TUAK DAN TAPAI
UCAPAN DARI TUKAR TIUB
selamat bertuak
selamat bertapai
selamat berlangkau
selamat beryamseeeg!
KOPIVOSIAN TADAU KA'AMATAN
Kumaa montok tompinai ngawi, tulun momogun hinombo nopo, momason oku doh 'Kotobian Tadau Kokotuan'. Iti noh tadau doh rumamai-ramai tokou ngawi, sampaganakan om sangkawalaian. Nga kada lihuai, momusorou doh menubak om momogirot doh pisompuruan. Gisom doh sogigisom.
Untuk Pesta Ka'amatan ini (30 Mei-31 Mei), saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari Ka'amatan kepada semua saudara dan adik-adik saya di Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.
Walaupun, sebilangan besar orang-orang Kadazan, Dusun dan Murut kekal dalam bidang pertanian, ramai telah meneroka industri perkapalan, seperti minyak dan gas dan perkhidmatan awam, namun, nilai dan simbol Pesta Ka'amatan tetap sama. Membawa rakyat bersama-sama untuk menunjukkan penghargaan "penuaian" melimpah-ruah dalam hidup dan kesinambungan budaya.
Pesta Ka'amatan perlu diiktiraf dan diraikan bukan sahaja sebagai acara setempat di Sabah, tapi acara Malaysia. adalah pusat kepada misi yang lebih besar bukan sahaja melindungi kepelbagaian tetapi untuk meraikannya. Sabah, menjadi negeri kedua terbesar di Malaysia, merupakan ahli penting kepada Persekutuan Malaysia.
Kuat dan penuh dengan potensi, kekayaan yang melimpah ruah adalah sumber utama Sabah, namun terus dinafikan hak tersebut kepada rakyatnya. Yang perlu diubah harus di realisasikan. Perubahan adalah apa yang Pakatan Rakyat juangkan demi Sabah. Kami bersuara dan berjuang untuk dasar-dasar ini: Menyelesaikan pertikaian tanah yang sekian lama; memberi Sabah 20% daripada pendapatan semua minyak dan gas; menginstitusikan kembali hak wilayah di Blok L dan M yang mempunyai minyak dan gas deposit; menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pendatang tanpa izin dan Borneonisasi perkhidmatan awam.
Kami berhasrat untuk menyelesaikan permasalahan ini apabila diberikan kuasa kelak.
Pakatan Rakyat tidak melihat Sabah sebagai deposit tetap bagi sesiapa; Sabah adalah lebih penting daripada sekadar undi. Ia haruslah ditentukan sendiri oleh rakyatnya.
Perubahan adalah apa yang Pakatan Rakyat juarai, dan yang pasti, demi pembebasan Sabah.
Sabah, bagi kami, merupakan rakan kongsi yang sama tarafnya dalam Persekutuan Malaysia.
Di masa hadapan, kami ingin melihat rakyat Sabah akan membentuk negeri mereka disamping membantu persekutuan yang lebih luas untuk menjadi lebih bersatu dan gagah.
Inilah semangat sebenar federalisme di Malaysia apabila ia dibentuk pada tahun 1963.
Hak negeri haruslah dilindungi dan dijamin, seperti termaktub dalam Perlembagaan kita.
Sabah tidak perlu lagi untuk menjadi orang kedua dalam politik Malaysia, terutama dalam perkara yang menjejaskan hak mereka.
Kita sedang menuju perubahan, dan ini adalah apa yang kita ikrarkan.
Saya ingin menyimpulkan dengan menyeru bahawa semua Pesta Ka'amatan di seluruh Sabah diadakan dalam semangat yang besar dan meraikan kepelbagaian. Diharapkan kepada mereka yang masih dalam perjalanan, selamat sampai ke halaman rumah masing-masing. Marilah bersama-sama menyertai kami dalam Pakatan Rakyat dalam merealisasikan sebuah negara Malaysia yang adil dan saksama.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan