Sabtu, 19 Mei 2012

ORANG RAMAI MASIH MEMBURU POLIS GANAS



KENALI MUKA MUKA PENGGANAS INI







BERSIH 2.0: KEADILAN UNTUK MANGSA KERGANASAN POLIS


Duduk Bantah Bersih 3.0 telah berlangsung tiga minggu dahulu. Lebih dari 250,000 warga Malaysia – anak semua bangsa - telah berhimpun untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih. Perhimpunan BERSIH 3.0 ini telah memperlihatkan keganasan pihak polis yang belum pernah dilihat sebelum ini. Keganasan telah dilakukan terhadap penunjuk perasaan atas alasan yang boleh dipersoalkan. Alasan dimana satu kumpulan kecil individu yang dikatakan telah merempoh masuk ke kawasan Dataran Merdeka yang menjadi kawasan larangan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Setiap hari semenjak perhimpunan BERSIH 3.0 tamat akan muncul bukti dan tuduhan keganasan polis yang baru. Amat mengecewakan, hingga ke hari ini, pihak kerajaan tidak mengambil tindakan untuk mendakwa pegawai penguat kuasa yang telah melakukan keganasan. Ini adalah gambaran budaya kebal dan tidak bertanggung jawab pihak polis. Budaya yang sama juga dipakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Lembaga SPR inilah yang sedang dituntut oleh BERSIH 2.0 untuk mengendalikan pilihan raya yang adil dan bersih

Diatas kesedran ini, kami akan berhati-hati untuk menerima kenyataan Hishammuddin Hussein – Menteri Dalam Negeri – yang mengatakan bahawa sesiapa melanggar undang-undang akan didakwa. Pihak yang melanggar undang-undang ini termasuklah penunjuk perasaan, penganjur, pengacau dan pegawai polis. Hingga ke tarikh ini penekanan hanya ditujukan kepada penunjuk perasaan. Hanya dua orang pegawai polis yang telah ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

BERSIH 2.0 merasa amat terganggu apabila tidak ada ketelusan dan maklumat tentang status penyiasatan terhadap anggota polis. Orang ramai juga tidak diberi maklumat tentang lebih dari 100 orang warga yang sedang diburu kerana mereka tidak menyerah diri. Keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap lembaga kepolisian akan hanya bertambah jika siasatan keatas keganasan polis juga dijalankan dengan segera. Mangsa juga wajib turut serta dalam satu siasatan bebas untuk memastikan hak kepentingan mereka terjaga.

Justeru, BERSIH 2.0 sekali lagi menyarankan betapa pentingnya satu badan bebas untuk mengendalikan siasatan terhadap apa yang telah berlaku pada 28 April lalu. Ini untuk mengenal pasti apa dan siapa yang memulakan huru hara dan keganasan. Ini termasuklah menyiasat dengan rapi tentang bagaimana tembok halangan kawat berduri telah ditembusi. Keganasan polis juga perlu disiasat secara teperinci. Siasatan juga perlu dijalankan terhadap peranan pengacau. Tanpa mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku akan menimbulkan risiko dimana Kerajaan Malaysia akan mendakwa orang yang tidak bersalah.

KEGANASAN POLIS KETIKA DAN SESUDAH BERSIH 3.0

BERSIH 2.0 bersama SUARAM, Jawatankuasa Hak Asasi Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor dan Peguam Untuk Kebebasan ( Lawyers For Liberty) telah mengumpulkan pengakuan sah dari mangsa keganasan polis ketika Duduk Bantah BERSIH 3.0. Hingga ke tahap ini 75 individu telah dihubungi. Mereka ini telah menjadi mangsa keganasan polis ketika berhimpunan. Ramai mangsa keganasan ini telah cedera. Ramai akan menghadapi masalah kerosakan kesehatan yang berjangka panjang.

Kebanyakan mangsa membuat aduan:

a. Peluru gas pemedih mata telah ditembak mengarah kepada orang ramai
b. Pengunaan kekerasaan yang melampau terhadap penunjuk perasaan. Termasuk dipukul berkali-kali apabila telah ditahan
c. Penangkapan rambang tanpa apa-apa bukti yang si penunjuk perasaan telah salah laku. Juga diserang oleh gerombolan polis terhadap individu yang telah ditahan
d. Kegagalan yang cukup terang dimana pihak polis telah tidak menggunakan nama dan angka pengenalan diri

Keganasan polis tidak berakhir setakat 28 April. Semenjak dari tarikh ini pihak polis telah mengeluarkan gambar muka 141 individu yang dikhendaki pihak berwajib kerana dikatakan telah melanggar undang-undang ketika berhimpun. Pihak polis kelihatan saperti pelesit ke hulu ke hilir mencari individu-individu ini. Tetapai pihak polis telah gagal untuk mencari pegawai polis yang telah melakukan keganasan. Ada individu yang telah menyerah kepada polis untuk memberi keterangan tetapi mereka telah diganasi, dimaki hamun dan didera. Antara mereka yang telah memberi keterangan ialah pemimpin pelajar bernama Khalid Ismath. Paling terbaru ialah Mohd Safuan yang telah dipaksa mangakui yang dia telah melanggar kereta polis.

Minggu-minggu kebelakangan ini telah membuktikan hak asasi rakyat Malaysia dicabul. Rekod hak asasi Malaysia mengalami kerosakkan yang amat besar. Kali ini keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap perhimpunan aman adalah yang paling buruk. Justeru, pencabulan hak asasi sedemikian buruk tidak boleh dibenarkan berlalu tanpa kebenaran dibongkar. Ini wajib dilakukan demi untuk menjamin keadilan semua mangsa.


TUBUHKAN BADAN PENYIASAT BEBAS UNTUK SIASAT KEGANASAN POLIS

Sesudah 28 April Kerajaan Malaysia telah mengumumkan penubuhan satu panel untuk menyiasat keganasan yang berlaku semasa BERSIH 3.0. Walau apa pun, kami telah menunjukan bahawa penubuhan panel ini adalah satu kesilapan besar. Bukan sahaja individu ahli panel ini disyaki malah panel ini juga tidak berlandaskan perundangan yang sah.

BERSIH 2.0 sekali lagi merakamkan permintaan agar SUHAKAM akan menjalankan siasatan terbuka keatas pencabulan hak asasi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu. SUHAKAM bergerak dilandasan hukum dan undang-undang. SUHAKAM memiliki struktur yang sah untuk menjalankan penyiasatan. SUHAKAM berpandukan piagam hak asasi. Ini amat berbeza dari panel yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Sekali lagi kami menyeru agar Kerajaan Malaysia menjemput Frank La Rue - Rapporteur Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab untuk Mengaju dan Mempertahan Hak Kebebasan Bersuara dan Maina Kiai juga Rapporteur Khas PBB yang bertanggungjawab keatas Hak Berhimpun dan Berpersatuan. Mereka berdua ini wajib dibenarkan menjalankan sisatan bebas. Kemudian mereka boleh memberi laporan kepada Kerajaan Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa.

Bersama dengan ini BERSIH 2.0 juga mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Aduan Salah Laku Polis ( Independent Police Complaints Comission) . Kumpulan masyarakat madani tanpa henti-henti telah menuntut agar ditubuhkan badan bebas ini untuk menyelidik semua tuduhan salah laku, terutama dalam lembaga kepolisian. Kelakuan ganas pihak polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 dan keganasan polis keatas penunjuk perasaan yang disyaki melanggar undang-undang membuktikan betapa perlunya Suruhanjaya Salah Laku Polis ditubuhkan.

Kerajaan Malaysia telah mengambil sikap tidak peduli terhadap pelbagai tuduhan walau pun jelas terbukti polis telah mengganas. Sikap tidak peduli ini memberikan takrifan bahawa Kerajaan Malaysia menghalalkan keganasan. BERSIH 2.0 berharap gerombolan polis yang melakukan keganasan ini akan dikenal pasti untuk didakwa. Hanya dengan ini barulah mangsa mereka mendapat pembelaan.

Salam BERSIH!

JAWATAN KUASA PEMANDU
Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih 2.0 (BERSIH 2.0)


KENALI MUKA PENGGANAS INI




POLIS MASIH BURU 113 INDIVIDU DIPERCAYAI TERBABIT DALAM BERSIH 3.0
-meloya

KUALA LUMPUR: Polis masih memburu 113 lagi individu yang dipercayai terbabit dalam kekecohan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata daripada 141 individu

yang gambarnya disiarkan media, seramai 28 orang sudah ditahan dan menyerah diri.
Katanya, sejak polis melancar operasi menahan secara besar-besaran pada Rabu
lalu, dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kekecohan pada perhimpunan itu
ditahan, masing-masing di Kulai, Johor dan di Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sukan rakyat
Polis Bersama Masyarakat sempena sambutan Hari Polis ke-205, di Kerinchi, di
sini, hari ini.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan parti
politik," kata Mohmad.

Setakat ini, katanya, dua anggota polis dan tiga orang awam didakwa di
mahkamah di sini berhubung perhimpunan itu.


radio bangsar utama melawan polis yang ganas:






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah pergi menyerah diri,polis bukan kenal pun gambar2 yg ditayangkan.Tengok contoh kes budak uitm tu,apa ke nama dia Khalid rasenyer.gambar orang lain,dia pulak kena tuduh