Khamis, 25 Oktober 2012

HENTIKAN PEMBUNUHAN BERLESEN






INI DARI ARKIB SEJARAH


ARKIB : 11/08/2011

Polis Malaysia lebih berhemah -utusan meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.


NOTA
cuba bayangkan kalau
di malaysia ini polisnya
tidak berhemah

kalau berhemah
hanta bunuh 298

agaknya kalau tak berhemah
berapa ramai akan dibunuh?

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

SUARAM : SIASAT 298 KES  TEMBAK MATI OLEH POLIS – mkini

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis menyiasat setiap satu kes daripada 298 kes pembunuhan extra-judiciary oleh pihak polis sejak 2007 atau lebih banyak insiden sebegitu akan berlaku.

Memetik jawapan Parlimen mengenai perkara itu, Penyelaras Suaram R Thevarajan berkata, dalam kes yang dikendalikan mereka, kebanyakan ahli keluarga terpaksa "ke hulur ke hilir untuk mencari keadilan".

"Kenapa ahli keluarga mangsa perlu ke hulu ke hilir untuk mendesak kerajaan bagi ambil tindakan?

"Berapa banyak memorandum perlu dikemukakan sebelum tindakan yang bermakna akan diambil?" kata Thevarajan.

Selain itu, beliau berkata lagi, bukan menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk mencari jawapan kerana setiap kematian secara automatik perlu disiasat.

"Satu siasatan menyeluruh dan terbuka diperlukan untuk membuktikan ketelusan dan kredibiliti pihak polis dalam mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang berdegil," katanya lagi.

Dalam jawapan di Parlimen pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis menembak mati 298 "penjenayah" antara Januari 2007 hingga Ogos 2012, termasuk 134 warga Indonesia.




3 ulasan:

didi kota belud berkata...

RADUAN DENGAN AMIR NI TAK PERNAH MASUK DALAM LAGI NI....CUBA MASUK DALAM...SEKALI JE...SEKALI JE..TOLONGLER...LEPAS TU INTERVIEW DIA BALIK....SAMA TAK SAMA TUNE DIA....

Tanpa Nama berkata...

Kena tanya menteri dlm negeri Hishammuddin Hussein-"adakah adik Amirul yg di tembak mati di kategorikan dalam 298 kes tembak mati polis terhadap penjenayah"..tarzan batu

Tanpa Nama berkata...

profesor kangkong pilihanraya dah mula menjalar dan hidup subur

selepas ini banyak lagi profesor kangkong akan turut serta dengan harapan dapat naik taraf menjadi TNC