Khamis, 18 Oktober 2012

SAMAN ADALAH CARA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ROMPAK DUIT RAKYAT




Kenyataan Umum
18 Oktober 2012

Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau Rakyat Bertindak Sendiri

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan Sistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu.

Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni. Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.

AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.

Butir perjanjian di antara syarikat pengendali AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk mencuri wang poket rakyat?

Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan di setiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang, tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yang sama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapa kerajaan BN tidak memastikan frasarana yang baik terlebih dahulu?

Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitan hidup akan sampai ketikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukar tayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak denda berganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis dan baiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti ini membarah.

SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa pecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggang motorsikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorong alternatif untuk keselamatan penunggang motorsikal berbanding memilih sistem AES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motorsikal.

Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AES ditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat 24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutup kamera-kamera AES yang dipasang di seluruh negara.

SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir di setiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kamera AES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutup kamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebut dengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi, cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempen selamatkan duit rakyat dan negara.

Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demi rakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demi rakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyat dengan dacing sengetnya.

"Perubahan itu harus didesak"

 Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


SEMUA MASALAH AKAN DAPAT DISELESAIKAN
APABILA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION  DIKUBURKAN
JUSTERU MARI KITA TURUN BERDEMO
SEKALI LAGI
8 TUNTUTAN MASIH BELUM DI TUNAIKAN

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bred in captivity

Successive generations of Umno Malays have been bred in captivity and have become dependent on the food from their keeper. If released into their natural settings, Umno Malays will die. Like most caged animals, they have become lazy and obese. Their mental processes deteriorate because they lack the stimuli necessary for survival. Umno Malays could be weaned off their bad habits, but Umno will never allow that to happen.

If the zookeepers (Umno leaders) have no animals (Umno Malays) to take care of, then they are out of a job.

In today’s Malaysia, the fund for maintaining the Umno zoo is running low. The keepers have siphoned off most of the takings from the zoo. With food stocks running low, portions are small and feeding is erratic. The animals are distressed. They have been used to large meals, at any time of day, not just at feeding times.

These are dangerous times. The animals are waiting to pounce. One wrong move and the keeper becomes their next meal. Those of us watching from outside the cage would then be happiest. If Umno Malays refuse to be mentally liberated now, they run the risk of extinction.- mariam mochtar, kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Satu tindakan yg wajar kita lakukan

Tanpa Nama berkata...

Aku pulak nk cabut tiang gambar kamera n jahanamkn trus kamera tu...biar rugi setan2 tu.
SAMM xde cadangan ajak rakyat rampas harta2 NFC mcm cerita 3abdul....jgn marah k.jat. Ank2 k.jat jer sy nk jual,salleh dgn k.jat buang dlm tong sampah jer

Tanpa Nama berkata...

Mmg xpatut industri saman ni....lepas tu yg jaga tempat bayar saman pun menakut nakut kan org...pernah no plat belakang aku satu no tercabut..polis tetap saman...aku yg naif ni pun tanya la agak agak berapa kena...polis tu ckp rm40...sekali aku pergi balai polis nak bayar saman. ..Yg jaga kaunter tu ckp rm200 xboleh kurang xnk bayar encik lg susah g makhamah...satu novpun kena dua ratus!!!!!!! Ni lg lak AES kalau org mcm aku ni yg tiap hari lalu kat hway plus are bangi. .memang sebulan tah berapa kali mesti kena saman punya..tak la xlama lagi tgk rakyat bersuara....kami pernah humban pak tidorr sb selalu naekkan harga minyak dan barang... Dan kami takkan teragak agak tunjukkan jalan keluar dr putrajaya buat kamu insyAllah......

Tanpa Nama berkata...

saman adalah satu industri
modal kecik untung besar

gampang styleee berkata...

aku rasa orang biasa je la yg kena saman ni...org kaya depa leh boh gps...papago la, garmin la...semua tu leh detact speedtrap...aku yg x mampu ni...aduyaiii...