INI TANDA
SATU AMARAN
SATU AMARAN
DARI AKHBAR
IMPERIAL AMERIKA
TERUS GEMPUR PENIPUAN
Lupakan untuk sementara
ucapan rasis Hakim Pencen. Lupakan dakyah
bebal Utusan tentang ‘tsunami China’. Lupakan berita palsu tentang Azmin Ali ingin meninggalkan PKR.
Lupakan siapa MB Selangor yang baru. Lupakan ada komen al-Jazeera. Lupakan karton
New Yortk Times yang menibai dan
memperlekehkan Najib Razak. Lupakan semua ini untuk apa?
Lupakan juga cadangan mewujudkan sekolah satu aliran. Lupakan juga ‘dendam kesumat
Melayu’. Lupakan juga trajedi yang menimpa Azizan bekas Menteri Besar Kedah.
Lupakan juga bagaimana Ghani Osman bekas
MB Johor kena ‘pancung’. Lupakan juga bagaimana bekas Ketua Menteri Melaka
katoi. Lupakan semua ini untuk apa?
Kenapa lupakan semua ini?
Kita lupakan sementara pekara-pekara ini agar kita dapat
berfikir dengan tenang. Dengan tenang kita wajib menerima hakikat bahawa pada malam
5 Mei 2013 yang lalu Pakatan Rakyat telah menang. Kemenangan Pakatan
Rakyat dalam PRU13 adalah kemenangan rakyat – kemenangan anak semua bangsa. Dengan
tenang kita menerima hakikat sepatutnya ketika
tuan-tuan membaca apa yang saya tulis ini ini satu pentabiran baru sedang
ditubuhkan di Putrajaya.
Justeru, dengan tenang kita menyedari bahawa dalam PRU13 ini –
kita semua - anak semua bangsa telah ditipu. Dengan tenang kita wajib berfikir
bagaimana untuk menyusun dan mengatur langkah untuk melawan penipuan ini. Dengan
tenang kita wajib berfikir untuk mengarahkan kemarahan untuk merampas kembali
kemenangan.
Hakikatnya kemenangan Pakatan Rakyat telah dicuri. Pakatan
Rakyat telah kena tipu. Tidak ada aaah tidak ada oooh dalam hal penipuan ini.
Rakyat Malaysia telah ditipu. United Malays National Organisation dengan
kerjasama SPR dan lembaga-lembaga kerajaan yang lain telah menipu rakyat Malaysia. Penipuan ini
bertujuan untuk meneruskan kuasa mereka.
Gerombolan Ketuanan Melayu ini ingin
terus berkuasa untuk terus merompak harta kekayaan negara.
Justeru, dengan tenang kita wajib bertafakur untuk mengumpul
tenaga. Dengan tenang kita wajib mengumpul segala fikrah melihat jauh ke
hadapan. Segala kekuatan wajib digembelingkan. Dengan tenang kita wajib menggengam
tangan membesarkan penumbuk bersedia untuk mendobrak United Malays National
Organisation.
Untuk mereka yang ada
kepentingan ekonomi. Untuk mereka yang ada kepentingan kedudukan dan pangkat.
Untuk mereka yang cari makan. Untuk mereka yang tak berilmu tapi ingin dapat
gaji ke tahap profesor. Untuk semua mereka jenis ini – yang terus bertanyakan mana
bukti penipuan - maka dinasehatkan agar mereka jangan buang masa dalam dunia ini. Tuan
tuan yang bertanya tentang bukti ini bukan sahaja bangang tetapi sedang menghabiskan oxygen. Malah mereka sengaja buat-buat buta tak nampak penipuan ini. Mereka bukan sahaja sedang menghabiskan oxygen tetapi
wujudiah mereka menyempitkan negara ini.
Kajian dan pengumpulan maklumat telah menemui 27 kawasan
parlimen dimana penipuan telah berlaku. Dikawasan ini telah dibuktikan bahawa United Malays
National Organisation telah menang dengan cara tipu. Ini adalah fakta.
Siasatan dari Tim Kaji Penipuan Pakatan Rakyat telah membuat
4 patukan untuk membuktikan penipuan. Pertama jurang kecil kemenangan - kurang dari 5%. Kedua, undi rosak lebih banyak dari garis nisbah
jumlah kemenangan. Ketiga – undi awal dan undi pos melintasi garis kemenangan pengundian biasa.
Keempat: penipuan undi yang terangan-terang. Mat Bangla, Mat Indon, Polis undi
dua kali. Dan paling cilaka – dakwat kekal yang TIDAK kekal.
Lalu persoalan hakiki timbul.
Jika telah diketahui penipuan berlaku maka apa yang wjiab dilakukan. Bagaimana kita wajib mengumpul tenaga untuk
merampas kembali kemenangan kita.
Ingin saya beri tahu disini – berita yang amat menakjubkan lagi
melucukan. Berita tentang Najib Razak mendapat ucapan tahniah atas kemenangan dari Kazakhtan, Turkmenistan, Uzbekistan,
Tajikistan. Satu persolan yang pelik - semenjak bila Malaysia memiliki hubungan intim dengan
negara Tan Tan ini. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.
Kita juga terbaca laporan dari media milik United Malays
National Organisation bahawa Barack Obama juga telah menghantar ucapan tahniah.
Tetapi akhbar Ketuanan Melayu ini tidak melaporkan sepenuhnya ucapan dari Rumah Puteh itu. Ucapan Obama telah ditapis dan disorokan dari Mak Cik dan Pak Cik Felda.
Maka adalah tugas dan tanggung jawan saya untuk meMelayukan ucapan Sang Obama
itu.
Bagini bunyinya ucapan Barack Obama: Kami merasa terganggu apabila menerima laporan
penipuan dalam pilihan raya. Kami percaya pihak berwajib Malaysia akan menyelesaikannya.
Kami menunggu keputusan siasatan
penipuan ini. Amerika Syarikat akan terus bekerjasama sama dengan kerajaan dan
rakyat rakyat Malaysia untuk
mengembangkan demokrasi, keamanan dan kemakmoran rantau ini – Rumah Puteh.
Dalam bahasa Kerajaan dengan Kerajaan – surat Obama untuk Najib berselindung dalam bahasa
diplomatik. Obama dengan jelas meminta Najib jangan menipu rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia
mahu demokrasi dan keamanan. Kenyataan ini berbunyi agak keras dari Rumah Puteh. Ini bukan bahasa diplomatik yang biasa. Amat jarang Amerika Syarikat berbuat sademikian,
terutama kepada negara saperti Malaysia yang bukan musuh Amerika.
Tidak cukup dengan ini -
3 hari sesudah kenyataan dari Rumah Puteh keluar , muncul pula satu karton dalam akhbar The New Yorks Times.
Karton ini memperlihatkan Najib Razak telah dibelasah oleh Anwar Ibrahim dalam gelangang
tinju. Najib luka bertampal-tampal. Najib jelas telah TKO tetapi Sang Refree
(SPR) telah mengangkat Najib sebagai pemenang.
Kenapa saya timbulkan pekara ini? Apa maknanya ucapan Obama?
Apa maknanya karton dalam New York Times? Untuk saya senang sahaja maknanya :
bahawa rakyat dunia, bahawa media dunia, bahawa kerajaan dunia termasuk Amerika
Syarikat telah tahu dan sedar bahawa Najib Razak menang pilihan
raya dengan cara menipu.
Pandangan masyarakat dunia tentang penipuan Najib ini cukup
jelas. Saya berani berkata demikian kerana dari The Age Melbourne, ke Sydney Morning
Herald , ke South China Morning Post Hong Kong, ke akhbar China Tiwan, ke
Bangkok Post, ke Jawa Post , ke Tempo Jakarta , ke Guardian London – semua media
antrabangsa ini telah melaporkan Najib telah menang dengan menipu.
Yang tak percaya adanya penipuan dalam PRU13 ini hanya Profesor Zinal China dari Universiti
Bangsar Utama dan para Profesor Emiritus
Biggus Dickkus Khoo Kang Kong yang hidup mereka bukan menulis, bukan mengkaji atau memberi kuliah tetapi membodek United
Malays National Organistion.
Justeru, berita-berita tentang ‘tsunami China ‘ dan berita-berita
rasis yang dilaporkan kebelakangan ini semuanya bertujuan untuk memadamkan
cerita dan kesah penipuan dalam PRU13.
Naratif penipuan ini ingin dipadamkan dari ingatan rakyat. Berita rasis
Ketuanan Melayu ini dipaparkan dengan harapan Bani Melayu akan marah dan Bani
China akan takut.
Tetapi suasana dan iklim politik tidak lagi saperti tahun 1969.
Semuanya telah berubah. Bani China tidak semudah itu untuk ditakut-takutkan. Pada
satu ketika dahulu semua Bani Melayu boleh dibodohkan. Ada ketikanya hanya satu
kumpulan Bani Melayu sahaja yang boleh
dibodohkan. Tapi tidak semua Bani Melayu boleh dibodohkan sepanjang masa. Hari
ini Bani Melayu tidak mudah untuk dibodohkan. Malah proses pembodohan Bani
Melayu ini semakin mahal harganya.
Contohnya untuk membodohkan warga Felda kosnya ialah 15,000- ringgit untuk satu
keluarga – ini belum termasuk kos kenduri kendara.
Jika kita yang lain tidak
bodoh maka apa yang wajib kita lakukan kerana kita telah ditipu?
Pertama: Kita jangan menerima keputusan PRU13. Ini keputusan
tipu.Hanya mereka yang bangang dan bebal sahaja yang akan menerima keputusan
tipu ini.
Kedua: Gerakan massa – berhimpun, berdemo, rapat dalam
stadium wajib diteruskan. Ini bertujuan untuk memastikan kemarahan orang ramai
ini akan berterusan. Jangan merasa malu
atau segan jika dituduh menggunakan rakyat untuk mencapai cita-cita berkuasa di
Putrajaya. Memang betul pemimpin dan ahli
politik Pakatan Rakyat menggunakan rakyat untuk mendobrak penipuan United
Malaya National Organisation. Yang beribu-ribu turun ke jalan raya itu ialah
rakyat – anak semua bangsa- Mereka turun ke jalan raya kerana mereka marah.
Mereka marah kerana mereka di tipu. Khalas.
‘Ketiga: Menuntut ditubuhkan satu SPR baru. Ini kerana
lembaga SPR yang wujudkan hari ini telah menjadi barua dan budak suruhan United
Malysa National Organisation. Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada
keyakinan terhadap ahali-ahli lembaga ini.
Keempat: Berasaskan fakta Tim Kaji Penipuan – orang ramai
wajib menuntut dijalankan semula pengundian
di 27 kawasan. Ini adalah tuntutan minima dari orang ramai.
Kelima: Satu Perhimpunan Raksaksa - Rakyat Tolak Penipuan wajib diatur. Ini adalah perhimpunan besar-besaran
untuk menghatar memo bantahan tentang penipuan kepada Mahkamah dan juga kepada
Yang DiPertuan Agong.
Lima pekara ini adalah pekara asas. Ini adalah tututan paling minima. Tututan untuk mengadakan
kembali pemilihan bertujuan untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap
proses demokrasi dan pilihan raya. Ini
amat penting – jika keyakinan ini hilang maka
Malaysia terjamin akan menuju ke status
:Negara Gagal – saperti Zimbabwe, Somalia atau Libya.
Kita telah melihat Himpunan di Kelana Jaya, kita telah lihat Himpunan di
Pulau Pinang. Kita telah saksikan Himpunan di Ipoh, di Basrah – semua ini adalah
bukti bahawa orang ramai – anak semua bangsa- sedang marah kerana kemenangan mereka
telah dicuri. Mereka marah kerana telah ditipu.
Di Kelana Jaya – ditepi stadium – saya menghitung satu
persatu – mereka yang telah memasuki stadium. Rata-rata mereka adalah anak
muda. Anak muda dari semua bangsa. Malah ada yang baru lepas SPM. Ada yang
belum cukup umur untuk mengundi. Kenapa mereka turun berdemo? Jawabnya senang
sahaja: Akhirnmya dunia ini adalah milik mereka. Akhirnya dunia ini adalah
milik anak muda. ( TT)
NOTA:
tulisan ini
telah disiaran
dalam akbar
SUARA KEADILAN
yang tekini
DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :
1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara
2 - menolak keputusan PRU13
3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi
dengan cara tipu
4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami
---------
9 ulasan:
... macamlah yang menyebabkan kerajaan malaysia kerugian kerana membeli Jentolak Jenama Komatsu (yang telah rosak digunakan oleh Tentera Amerika dalam perang vietnam dulu ) atas cadangan Eric Chia adalah kerana cina DAP, Bank Negara rugi RM 30 Bilion yang dilaksanakan dengan jayanya oleh Nor Mohd. Yaakop dulu tu adalah arahan cina DAP, kematian Jalil Ibrahim yang dibunuh semasa menyiasat Skandal BMF di Hong Kong dulu adalah atas arahan cina DAP..., sekarang ni apa saja punca dan permaslahan negara semua disebabkan oleh DAP, yang paling suci adalah orang-orang umnoBN. Orang umnoBN tak pernah menyeleweng, orang umno tak pernah membunuh model mongolia, orang umnoBN tak pernah bawa lari wang negara, orang umnoBN tak pernah ambil wang komisen beli kapal selam, orang umnoBN tak pernah men'jarjis' sana-sini, orang umnoBN tak pernah guna wang negara untuk sewa hotel melebihi RM 100 ribu semalam, orang umno BN tak pernah membunuh Mustakizah, orang umnoBN tak pernah membunuh ustaz Ibrahim Libya dan orang awam kg. Memali, orang umnoBN tak pernah memaksa pejabat pendaftaran menambah nama "tengku" pada nama diorang, orang umnoBN tak pernah berkata Melayu Haprak, orang umnoBN tak pernah menggunakan wang negara untuk majlis pertunangan atau perkahwinan anak-anak mereka...
bukan obama saja yang telipun najib Altantuya,Bala, pun ada telipon najib.Murihno ada telpone.Alex frugeson pun ada telpone najib
1.mana bukti-bukti yang sahih menyatakan wujudkan penipuan tesebut bhaii!!ko seriang laungkan penipuan oleh spr sebelum pru13 lagi!!ko mainkan isu penipuan ni berdasarkan persepsi semata-mata!!
2.persepsi pertama ko tentang 40k bangla turun mengundi!!mana buktinya bhaii!!
3.persepsi kedua ko!!bekalan elektrik terputus!!mana saksinya bhaii!!takkan dikawasan bentong Pahang cuma ada sorang penduduk jee!!dari berpuluh ribu penduduk takkan ko tak boleh cari saeorang yang ko boleh jadikan sebagai saksi!!sampai sekarang ko tak boleh bawak saksi !!ko cuma melalak dan mewroyan tentang bekalan elektrik terputus!!bila bab saksi!!ko kantoi!!
4.persepsi 3 ko!!tentang dakwat tak kekal lama!!dawat merupakan langkah keselamatan yang ketiga selepas senarai pengundi dan ic!!lagipun dakwat dah lama digunakan dinegara lain seperti yang terbaru di filipina!!yang kalah tak meroyan dan melalak macam puak ko punn!!
5.elokla ko adakan demo tiap hari bhaii!!60-70% ahli demo ko terdiri dari puak cina yang ingin jadikan tanah melayu ni bagai tanah cina dengan dibantu oleh dongoi-dongoi macam ko!!lagi kerap ko berdemo!!lagi cepat kearah penyatuan umat islam dimalaysia ni bhaii!!ini dah terbukti pada pru13 bhaii!!
6.lagi satu bhaii!!sepatutnya DEB ditiadakan semenjak merdeka lagi!!biar sama kaum masuk U berdasarkan kebolehan akademik!!tidak berdasarkan kuota bumiputera macam sekarang!!kalau dijalankan dari dulu!!puak dongoi macam ko seperti anuat,mat sabu tak merasa nak masuk u dahulu!!sebab sememangnya korang dongoi-dongoi belaka!!!!!!!!!!
let pm does what he does now but never let cheating bastard let go scot free.
ada bukti apa lagi. makamah pun mau tipu ka?
sampai bila lu sanggup kena tipu?
kita kurang bekerja macam mana nak menang banyak kerusi...
Bahasa samseng.....LU KENCING...WA SAILANG SAMA LU......bahasa romantik......KAU....KAU......!!!!....KAU TIPU TIPU TIPU AKU LAGI.....SAYANGGGG...KAU KATA KAU MENANG.....TAPI........KAU TIPU TIPU TIPU AKU LAGI.....bahasa aku......PUKIMAK BABI SIAL ANJING HARAMJADAH SPERMA NI....AKU SUMPAH KAU JADI KELENTIT......SIALLLLL.
Sila rujuk di sini untuk petikan ucapan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih berkaitan PRU13.
http://www.whitehouse.gov/the-press-office/2013/05/08/statement-press-secretary-malaysia-s-elections
Persoalan Politik adalah persoalan asas dalam sistem sosial era moden dan pasca moden bahkan ia adalah persoalan sejagat pra-moden sekalipun. Pada era ini, ianya persoalan dasar yang melibatkan seluruh individu yang membentuk komuniti atau masyarakat dan seterusnya membentuk sistem negara bangsa di dalam sistem kehidupan dunia. Tidak dapat tidak, sedar atau tidak, kenyataan Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong berkenaan itu sendiri merupakan suatu yang politikal, ia merupakan suatu kaedah berpolitik tetapi di dalam konteks yang lunyai dan lesu. Dia, Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu berada di dalam gemelut status dan imej yang dicengkam kebuntuan dalam pada dibasahi-hujan keringgitan. Dia, Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu dicengkam oleh zon keselesaannya yang cetek yang menjelmakan budaya menjulang pemimpin tanpa mengambilkira keutuhan asas pokok yang dibicarakan, tanpa mengambilkira kaedah dan fakta. Dia, Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu sesungguhnya telah sangat-sangat menjengkelkan acuan pemikiran yang matang dan rasional. Dia hanya mencetuskan pencerahan dirinya dalam politik ke-najis- an, dalam wadah yang sempit penuh kepalsuan. Memandang suatu perkara di dalam kegelapan nyata, yang kegelapan itu diam di dalam dunia yang terang benderang. Sungguh dia, Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu menjengkelkan anak bangsa. Lebih lagi dia menjatuhkan standard berpolitik era 2013 yang selayaknya dizahirkan sebelum Perang Dunia Pertama sahaja. Yang sesungguhnya, perkataan demi perkataan ku cari untuk menyimpulkan kenyataan Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu tetapi dek kerana terlalu emosi tiada lagi yang dapat disimpulkan melain caci maki caca merba berbau tong sampah dan loji penapisan kumbahan untuknya. Pulanglah ke pangkuan ilmu yang sebenar, ilmu menuntut mu menuntut ilmu dalam ertikata pengilmuan dan keilmuan yang jitu, yang melintasi garis atmosfera, garis horizon bahkan garis ghaib. Ilmu jikalau dituntutkan dan dipaksikan kepada keadilan dan kebenaran dan diterjemahkan ke fasa harian dan aspek kehidupan tepu dengan praktikaliti, tentunya Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu tidak lagi ke-kang-kongan. Tahap ke-kang-kongan Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu sangat telus dalam najis-najis pengkhianatan. Pengkhianatan kepada keadilan dan kebenaran. Obama itu kulitnya hitam, dimetaforakan sekali pun Obama itu putih, pasti jelek. Apatah lagi dihapus-nyahkan realiti-kebenaran bahawa Obama itu kulitnya hitam. Orang-orang yang mengaku berjuang di saluran suci-murni yang terpalit najis sudah terlalu lama dalam kenajisan; hatta tidak lagi ia jelek pada dirinya sendiri. Aku marah kerana beraninya Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu menzahirkan suatu kecetekan. Tetapi aku lebih marah apabila dikatakan Obama itu kulitnya putih. Kalau dicuci pemikiran Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong itu tatkala dia di dalam kenajisannya, tidak pasti dia menjelma menjadi Chandra atau Hasan Ali. Namun perjuangan kita adalah wajib, wajib kepada pencucian dan pencerahan supaya jelma ke-kang-kongan itu tidak lagi bertumbuhan. Paling maksima pun, jelma mereka itu jelma yang kad-ang kad-ang dalam jumlah yang jar-ang jar-ang. Ya, kita masing-masing punya kebodohan di sini sana dalam menginstitusi-tinggikan pemikiran kita, kita masing-masing punya keterbatasan dan kekangan yang berbeza-beza dalam pengisian minda kita tetapi jangan kita berani menghumbankan kenyataan atau ucapan yang menjulang disiplin ilmu politik ke tahap kang-kongan. Sungguh manusia itu adalah cuma sayuran apabila dia berani mengekploitasi dirinya sendiri menjadi kang-kongan. Tatkala saudaraku berumur 5 tahun bertanya kepada ibunya "Bu, yang mana lebih kuat - Kang Kong atau King Kong?" Ibunya tertawa tidak terjawab sepatah pun melainkan kah kah kah….
Itu Agong pun agong tipu.. Jadi Sultan pun dgn cara tok nenek dia menipu...Tok Wan raja perlis dibunuh dan dihalau ke kawasan tidak subur utk dijadikan raja... kemudian setisp sekor laki bini diberi mentekendarah free duit poket bulan2 oleh perlembagaan RM100, 000.00 setiap bulan.. menipu adalah budaya serantau dunia... bila nak selamat, amik ayat2 agama utk kekang kemarahan org ramai yg kena tipu.. yg syoknya org ramai boleh berubah menjadi setan dan serta merta takut sama ayat2 mantra suci bila dibacakan membuta tuli...kahkahkah..
Catat Ulasan