Ahad, 7 Jun 2026
SATU DUNIA NAK TAHU - KENAPA MINIT MESYUARAT DKU TIDAK DI KELUARKAN ?
SOALAN YANG
SATU DUNIA NAK
TAHU : KENAPA
MINIT MESYUARAT
DKU ITU TIDAK
DI KELUARKAN
KHALAS
BAHAYA BESAR DARI CHINA MERAH !!!
AWAS !!!
TARING
CHINA MERAH
MULA MENONJOL
AMIN
BAHAYA BESAR
BAHAYA AKAN
SAMPAI
KHALAS
Hantaran media sosial dari China cuba gugat keharmonian kaum di Singapura
SINGAPURA: Pemerintah Singapura mengambil serius akan sebarang ancaman terhadap perpaduan sosial dan keharmonian kaum di Singapura yang dikesan dalam platform media sosial, terutama yang berpangkalan di luar negara.
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Edwin Tong, berkata platform berkenaan akan dipantau dengan teliti dan tindakan tegas akan diambil demi kepentingan Singapura.
Beliau membuat penegasan itu susulan hantaran kandungan dan video dikatakan dari China, yang menghina masyarakat India dan menggugat model masyarakat berbilang kaum Singapura.
"Video itu menyerang asas utama yang menjadikan Singapura sebagai rumah untuk kita semua. Ia melemahkan dasar masyarakat kita sendiri.
"Kandungan itu mencerminkan agenda pihak-pihak yang berniat untuk memecahbelahkan kita sebagai satu negara.
"Oleh itu, kita mesti bertindak tegas dan menolak sebarang percubaan daripada mereka yang ingin menyebabkan kemudaratan kepada kita, terutama apabila ia berasal daripada sumber asing," katanya.
Salah satu contoh kandungan sedemikian memaparkan perarakan keagamaan di Pagoda Street, Chinatown, yang secara tersirat menggambarkan bahawa masyarakat India tidak diterima atau tidak dialu-alukan di kawasan itu.
Sedangkan sesiapa yang biasa dengan kawasan Chinatown pasti tahu bahawa dalam jarak berjalan kaki yang sangat dekat, terdapat kuil Buddha, kuil Hindu, sebuah masjid, sebuah gereja Methodist.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) turut menyatakan bahawa Singapura dengan tegas menolak fahaman 'nativisme' dan xenofobia, iaitu perasaan sangat takut atau benci terhadap warga asing.
Sebarang cubaan untuk melaga-lagakan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain di negara ini mesti ditolak sama sekali.
Justeru, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengeluarkan Arahan Memansuhkan (DD) di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (Ocha) 2023 kepada Google, Meta dan X supaya mengambil semua langkah yang munasabah untuk menyekat akses kepada hantaran tersebut di Singapura.
Pada masa yang sama, tambah Tong, rakyat Singapura juga harus bijak dan berhati-hati dengan apa yang mereka tonton dan baca dalam talian.
"Kita harus mempersoalkan sumber atau niat video tertentu dan tidak menyebarkannya jika ia boleh menjejaskan fabrik sosial atau keharmonian sosial kita," tegas beliau.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 6 Jun, sebanyak 14 kandungan serta video yang tidak berasal dari Singapura dan bersifat menghina masyarakat India, diminta untuk diturunkan daripada platform media sosial seperti YouTube, Facebook dan X.
Kandungan itu dipercayai berasal daripada sebuah platform berpangkalan di China dan kemudiannya disebarkan semula melalui platform serta laman sesawang lain. - AGENSI
ISRAEL AKAN HANCUR
SILAKAN
JIKA BERANI
AMIN
SELURUH NEGARA
TIMUR TENGAH
AKAN HANCUR
TERMASUK ISRAEL
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
hanya perlukan 1 icbm nuklear untuk hapuskan iran secara total. nak koyak apa? kah kah kah!
PAKAI TANDA DIGITAL
SEBELUM
MASUK HUTAN
PAKAI IKAT TANDA
DIGITAL DI LENGAN
KHALAS
Unknown commented on
"JASLINDA SELAMAT DI TEMUI"
Teknologi kafir ada, jangan segan jangan silu untuk gunakan, pakai GPS, pakai locator apabila masuk hutan, senang sedikit kalau sesat, kalau hilang boleh dijumpai, jangan selalu menyusahkan ramai orang mencari pula kah kah kah kah apapun syukur alhamdulillah selamat sejahtera selagi orang kita terus menabung sejak kecil lagi amin
HIZBULLAH TERUS BERJAYA
HIZBULLAH
TERUS BERJAYA
AMIN
Doron Kadush – Tentera Israel:
Butiran pertempuran antara tentera Israel dari Briged Givati dan penentangan Hizbullah pagi ini di kampung Zawtar Sharqi, utara Sungai Litani:
Kira-kira jam 8:00 pagi, tentera Briged Givati bertempur dengan Hizbullah di kawasan Zawtar Sharqi di selatan Lubnan.
Akibatnya, seorang pegawai tentera Israel cedera parah dan diterbangkan melalui udara untuk rawatan perubatan.
Di samping itu, komander Briged Givati mengalami kecederaan ringan dan, disebabkan keadaannya, turut dipindahkan untuk rawatan perubatan beberapa jam kemudian.
Group 8.0
https://chat.whatsapp.com/LkbiKrfmwwi0b6UzGW8EaJ?mode=gi_t
Channel
https://t.me/breakingnewsbmbi
RUNDINGAN DAMAI AMERIKA - IRAN
RUNDINGAN DAMAI
AMERIKA- IRAN
Iran diserang oleh Amerika dan Israel pada 28 Februari 2026. Pertempuran berlaku selama 40 hari. Pada 8 April gencatan senjata di umumkan.
Pada 11 April rundingan berjalan di Islamabad Pakistan. Pakistan menjadi orang tengah - pengantara utama bagi meredakan ketegangan dan membincangkan usul gencatan senjata.
Rundingan damai di Islamabad berjalan selama lebih 21 jam. Rundingan ini berakhir tanpa mencapai sebarang persetujuan atau kata sepakat. Usaha untuk menyambung pusingan kedua selepas itu dilaporkan menemui jalan buntu.
Ketika tulisan ini di garap gencatan senjata di katakan masih berjalan.
Semenjak rundingan gagal di Islamabad saban hari Presiden Trump akan berlabun bahawa ‘damai ‘ akan sampai tidak lama lagi. Damai hanya di luar pintu menunggu untuk di tanda tangani.
Melalui Truth Social – syarikat media sosial milik Trump sendiri – Presiden Amerika ini tak sudah-sudah akan memberi maklumat bahawa perang akan tamat. Iran sudah kalah. Tentera laut dan tentera udara Iran sudah musnah.
Justeru mengikut Trump Iran merayu minta tamatkan perang ini. Ini labun popular Presiden Donald J Trump.
Apa sebenarnya sedang berlaku?
Kini semua pemerhati politik, penganalisa politik dari universiti dan pengkaji perjalanan geopolitik - hampir telah sepakat dan bersetuju bahawa dalam perang ini Amerika telah kalah.
Amerika bukan kalah di segi tentera. Amerika kalah di segi geopolitik.
Stesen TV PBS dalam tinjauan Mei 2026 menunjukkan bahawa kira-kira 56% hingga 60% rakyat Amerika menentang tindakan ketenteraan Amerika dan penglibatan dalam perang di Iran.
Kira-kira 6 dalam 10 orang Amerika tidak bersetuju dengan serangan tentera yang sedang dijalankan.
Kira-kira 86% daripada Demokrat menentang tindakan ketenteraan berbanding dengan hanya kira-kira 15% daripada Republikan.
Ekonomi menjadi sebab utama yang menjadikan warga Amerika anti perang. Sebelum perang dengan Iran bermula pada 28 Februari 2026, purata harga satu gelen petrol di Amerika Syarikat adalah kira-kira 3 dolar. Hari ini satu gelen minyak sudah mencecah 4 ke 5 dolar – mengikut kawasan.
Kini ramai rakyat Amerika semakin sedar bahawa Amerika telah di gunakan oleh Zionis Isreal untuk menyerang Iran.
Malah kumpulan MAGA – Make America Great Again - penyokong tegar Presiden Trump juga telah beralih kiblat. Tidak lagi memberi sokongan membuta tuli kepada Trump.
Kumpulan MAGA dan garis politik kanan di Amerika makin kritikal terhadap pengaruh Isreal dalam badan politik Amerika. Semakin ramai rakyat Amerika dari kumpulan dan garis politik kanan yang mula mempersoalkan mudarat pengaruh Zionis dalam badan politik Amerika.
Mereka telah sependapat bahawa Iran tidak membawa apa-apa malapetaka terhadap Amerika. Iran tidak di lihat mengancam keselamatan Amerika.
Heboh heboh tentang senjata nuklear Iran kini dilihat sebagai projek jahat Israel untuk mengkaburi mata politikus Amerika. Sama seperti berlaku terhadap Saddam Hussein dan Iraq dalam tahun 2003.
Senjata nuklear di guna sebagai umpan mengolah persetujuan untuk menyerang Iran. Sama seperti ‘ weapons of mass destruction’ milik Saddam Hussein - Iran juga tidak memiliki senjata nuklear. .
Di Timur Tengah hanya Israel yang kini di sahkan memiliki 90 butir bom nuklear.
Zionis Israel tahu dan sedar hanya dengan bantuan bala tentera Amerika Iran boleh di serang. Isreal negara kecil walau pun memiliki teknologi canggih tidak ada keupayaan untuk melawan Iran.
Tujuan Zionis Israel dalam perang ini cukup jelas. Wajib di beri tahu kepada generasi muda hari ini bahawa ketika zaman Shah Reza Pahlavi Iran dan Israel ada negara Abang Adik – cukup kamcing.
Polis rahsia Iran bernama Savak di latih oleh Mossad. Banyak persenjataan Iran di zaman Shah di bekal oleh Israel. Malah ketika Perang Iran-Iraq 1980-88 masih ada senjata di bekal oleh Israel kepada Iran.
Wajib juga di beritahu bahawa Amerika Syarikat membantu memulakan program nuklear Iran pada 1950-an di bawah inisiatif "Atoms for Peace" Presiden Dwight D. Eisenhower. Program ini menyediakan Iran dengan reaktor penyelidikan pertama dan teknologi nuklear yang aman.
Presiden Ford dan Presiden Carter merundingkan kawalan tanpa percambahan dengan Shah. Kerjasama ini berakhir secara tiba-tiba semasa Revolusi Iran 1979.
Revolusi Iran ini mengubah geopolitik di Timur Tengah. Perkara asas yang mengubah geopolitik ini ialah sokongan Iran terhadap Palestin.
Iran semenjak zaman Ayatollah Khomenei dengan jelas telah menyatakan sokongan padu terhadap perjuangan kemerdekaan Palestin.
Dasar Palestin Merdeka ini bukan sahaja mengancam Israel malah mengancam negara-negara boneka Amerika seperti Kuwait, Saudi, UAE, Qatar dan Bahrain.
Sebelum Revolusi Iran 1979 – kuasa hegemon mutlak di Timur Tengah ialah Israel. Semua Negara Arab Telok akur dan menerima hegemon Israel.
Hegemon ialah negara, kumpulan, atau individu yang dominan yang memegang kuasa dan pengaruh tertinggi ke atas orang lain. Istilah ini berasal daripada perkataan Greek hegemon (bermaksud "pemimpin" atau "pemerintah"). Digunakan dalam politik dan sejarah untuk menggambarkan negara yang menentukan istilah global atau serantau.
Niat dan cita-cita Israel ialah untuk menjadi hegemon - kuasa dominasi di Timur Tengah.
Masalah besar yang di hadapi oleh Israel ialah kewujudan Islamik Republik Iran. Negara yang bernama Iran ini bukan saja menyokong Palestin – yang buminya di jajah oleh Israel - Iran juga memiliki kekuatan bala tentera yang boleh berupaya menandingi Israel.
Justeru projek hegemon Israel ini tergendala.
Cara terbaik untuk Israel ialah memusnahkan dan memecah belahkan Iran. Zionis Israel merancang : di Utara jadikan wilayah Kurdistan. Di Selatan jadikan wilayah Baluchistan. Di Timur jadikan wilayah Arabistan. Inilah yang sedang berlaku sekarang.
Negara-negara Arab seperti Saudi, Kuwait, Bahrain, UAE, Iraq dan Qatar semuanya di bawah pengaruh Amerika. Hanya Oman di lihat berkecuali. Negara-negara ini sedang mendapat tekanan untuk menerima apa yang dipanggil Abraham Accord – Perjanjian Abraham.
Perjanjian Abraham ialah satu siri perjanjian bersejarah yang diuruskan oleh Trump yang mewujudkan normalisasi diplomatik, ekonomi dan keselamatan rasmi antara Israel dan beberapa negara Arab.
Perjanjian awal pada September 2020 telah ditandatangani antara Israel, UAE dan Bahrain. Tidak lama selepas itu, Moroko dan Sudan turut serta. Mesir telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 1979 dan dengan Jordan tahun 1994.
Bagaimana pula dengan Turki yang bukan negara Arab.
Ya, Turki secara rasmi telah lama mengiktiraf Israel. Pada Mac 1949, Turki secara rasmi mengiktiraf Negara Israel, menjadikannya negara majoriti Islam pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Zionis Israel.
Manakala Indonesia – negara terbesar majoriti Muslim tidak menyokong atau mengambil bahagian dalam Perjanjian Abraham. Indonesia tidak ada hubungan diplomatik sehingga Israel secara rasmi mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Justeru di mana kita sekarang ?
Jelas di buktikan bahawa perang yang berlaku di antara Amerika dan Iran ini ialah perang melawan Zionis Israel. Amerika di bawah Trump sedang menjadi budak suruhan Zionis Israel.
Apa yang berlaku di Yaman dengan Houthi, atau serangan Israel terhadap Hizbullah di Lebanon dan runtuhnya kerajaan Syria adalah sebahagian dari projek hegemon Israel.
Ketika tulisan ini digarap perang telah memasuki hari ke 97. Gencatan senjata masih berjalan. Terakhir ini Amerika telah membedil kapal Iran dan mengebom Pulau Qeshm.
Iran membalas serangan Amerika dengan menghantar drone dan peluru berpandu menyerang pangkalan tentera Amerika di Kuwait. Iran juga melancarkan serangan peluru berpandu ke ibu pejabat Armada Kelima Amerika di Bahrain.
Jelas awal bulan Jun 2026 ini keadaan di Telok Parsi dan Selat Hormuz semakin tegang.
Seperi biasa Presiden Trump di tepi pintu pejabatnya bila di tanya oleh wartawan telah menjawab : "Saya dengar rundingan itu sendiri berjalan dengan baik sebenarnya," kata Trump , sambil menambah mengenai potensi perjanjian: "Ia mungkin tidak berlaku... Ia boleh berlaku pada hujung minggu."
Ketika Trump klim rundingan sedang berjalan – harga bahan bakar minyak petroleum di pasaran dunia telah mencecah 97 dolar satu tong.
Harga minyak terkini di Malaysia bagi tempoh 4 hingga 10 Jun 2026 mencatatkan penurunan berbanding minggu sebelumnya. RON95: RM3.72 seliter (tanpa subsidi) RON97: RM4.35 seliterDiesel (Semenanjung): RM4.67 seliter.
Kita telah diberi tahu keadaan ini akan berubah selepas bulan Jun ini. Dari apa yang kita semua ikuti dan diberi tahu Iran siap siaga untuk menghadapi apa sahaja langkah Amerika.
Perang atau damai Iran tetap bersedia.
Apa yang jelas ialah punca perang ini masih dilihat buntu. Bukan Uranium milik Iran. Bukan Selat Hormuz yang kini dikawal oleh Iran. Bukan Hizbullah atau Houthi. Semua ini adalah pelakon pembantu. Watak utama ialah Palestin.
Palestin – bumi Palestin inilah yang masih di jajah oleh Zionis Israel ialah induk penyebab. Justeru selagi bumi Palestin masih di jajah selagi itu wilayah Timur Tengah ini akan bergolak. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI.COM
JASLINDA SELAMAT DI TEMUI
WAJIB BELAJAR
DARI JASLINDA
AMIN
ILMU SELAMAT
DIRI DALAM UTAN
KHALAS
Jaslinda bertahan minum air 'semula jadi' dalam hutan
KUALA LUMPUR: Pendaki yang ditemui selepas 14 hari hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mendedahkan beliau hanya bertahan dengan meminum air semula jadi yang ditemui di kawasan hutan.
Beliau berkata, sepanjang sesat dalam hutan, dia sudah kehabisan sumber makanan dan terpaksa mencari air di sekitar kawasan perjalanannya untuk memberinya sedikit kekuatan bagi bertahan.
Katanya, beliau turut menyifatkan keadaan itu sebagai 'hampir mati'.
"Saya tiada makanan. Saya dua minggu tak makan (hanya) tadi makan (bantuan penduduk Orang Asli).
"Saya minum air hitam, air coklat, air periuk kera (ketika hilang), jadi rasa 'mati-mati hiduplah'," kongsinya dalam video berkenaan," katanya dalam satu video yang dikongsi oleh individu dipercayai penduduk kampung tempatnya ditemui.
Jaslinda ditemui selamat di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh. Mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira jam 3 petang, dan memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor.
Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
Dia dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 24 Mei (jam 7.30 pagi).
Pada Khamis, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Mohd Basri Abdul Manaf mengumumkan kawasan pendakian Gunung Batu Putih di Tapah ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga suatu tarikh dimaklumkan kelak.
JANGAN BERHENTI BELAJAR
JANGAN BERHENTI
BELAJAR
AMIN
JANGAN BERHENTI
MEMBACA
KHALAS
Unknown commented on
"PROJEK GULING
ANWAR BIN IBRAHIM MAKIN MELEBAR"
Masa kita semua muda remaja kita belajar dengan orang-orang lebih pandai ketika itu, cikgu sekolah, guru sekolah, pensyarah kolej, pensyarah universiti, apabila pandai kita tidak belajar lagi , kita belajar ikut orang lain,
pemikiran silam lapuk paling popular mengikut emosional perjuangan kaum agama bangsa tetapi tidak menggunakan akal logik akal rasional lagi, kah kah kah kah selagi lembu masih lembap ianya akan menjadi bahan makanan kepada orang lain amin kah kah kah kah
TOLAK PARTI YANG TIDAK TAHU BERADAT
TOLAK PARTI
YANG TAK TAHU
BERADAT
KHALAS
Unknown commented on
"KELUARGA RAMANAN DAPAT TELO"
UMDAP sial jangan pandang parti kancil sebelah mata!!!!Itu Kancil badan kecil..tapi dia Turboo tau!!!hoo..hooo
Unknown commented on
"KELUARGA RAMANAN DAPAT TELO"
dapig bukan saja tak tau nak hormat adat
malah tah tahu apa itu demokrasi..
demokrasi hanya benar jika pilih dapig jadi kerajaan
selain dari dapig dah sekutu.. oa tak demokrasi
kah kah kah
ini bukan raja berkuasa mutlak
raja juga boleh kena tahan dengan pulis..
kah kah kah
ini kim jong loke lah..
kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 7 JUN 2026
PERANG HARI KE 99
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN
PIALA DUNIA
Kemarin visa di beri pada tim Iran untuk masuk main bola di padang Amerika – HARI INI berubah -ada beberapa orang DARI TIM IRAN tidak dapat visa – jeng jeng jeng.
Iran ada dua kali bermain dalam padang Amerika – yang lain di Mexico – jeng jeng jeng.
PERANG
Semua penganalisa dan pemerhati menanggap PERANG dan SERANGAN akan mula sekali lagi. Teram tak ada pilihan - Teram di lihat dah kalah untuk kembalikan imej HEBAT maka masuk serang Iran sekali lagi.
IRAN KATA SILA MENDARAT – kami dah lama tunggu.
Dunia dah lama tunggu - BILA AMERIKA NAK MENDARAT – semua nak tengok BEG HITAM – naik kapal terbang kah kah kah
PRN JOHOR & N9
Wow ini menarik bila gerombolan nak bertanding di semua kawasan – INI JELAS TIBAI ANWAR BIN IBRAHIM – klim kerajaan PERPADUAN tapi bila bertanding SOLO – bagus.
Yang ini gua SOKONG UMNO – garis gua mudah – sapa saja yang lawan dan tibai Anwar bin Ibrahim – gua akan sokong.
INI GARIS POLITIK UNITED FRONT – kenali musuh utama – musuh yang lain jadi musuh ke dua.
MUSUH KEPADA MUSUH KAMU IALAH KAWAN KAMU – THE ENEMY OF YOUR ENEMY IS YOUR FRIEND – garis ini tak pernah salah. Amin.
JASLINDA
Wanita ini SELAMAT – ham dua lil – gua senang hati kerana Jaslinda di temui sehat – Tabik hormat pada Jaslinda – Tabik hormat pada semua yang terlibat mencari Jaslinda. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini awalnya renyai – HUJAN SUBUH – basah sejuk – lopak air di sana sini. Matahari belum bersinar. Langit biru penuh dengan awan putih . KL & KL Sentral berkabus.
Gua belum masuk Hokkien – gua dengar suara Murai – wow – kuat sekali – Murai merayakan pagi yang basah.
Dari jauh gua nampak Siti berkejar – yang lain datang – Pagi ini ramai datang makan termasuk Puppy Hitam – tapi dia masih takut takut. Gua nak beri dia Friskies – dia lari - yang lain datang makan. Pagi ini ramai datang makan. Gua gumbira.
Dekat Pokok Ara Jantan Putih merapati gua – lalu gua beri hati ayam dan keropok – dia ikut gua berjalan.
Di Wakaf Pertama semua menunggu. Tiong Laki Bini datang berlabuh. Semua enjoi pagi yang sejuk ini.
Gua rasa jap lagi akan panas. Petang gua nak ke Pesta Buku – nak cari komik – gua tak sanggup lagi beli buku – ada berbelas BUKU BARU yang belum gua baca – HANYA PASANG NIAT NAK BACA – kah kah kah. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Perkara terbaik pertama ialah jatuh cinta. Perkara terbaik ke dua ialah jatuh cinta. Paling tidak baik ialah jatuh cinta. Tapi paling baik - lebih baik jatuh cinta dari tidak pernah jatuh cinta.
BRO
Jika lu malu buka zip lu tak akan jatuh cinta. Buka zip seluar adalah tanda salam untuk jatuh cinta.
BRO
Masa lu bercinta semua indah – kentut pun bau wangi. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)




















