Rabu, 3 Julai 2013

ANAK MUDA DAN GRADUAN TANAM ANGGUR







MARI KITA BINCANGKAN 

 KENAPA ADA YANG MENGANGGUR
dua minggu dahulu saya bertemu
dengan seorang anak muda 
ini sesudah forum di dewan china

anak muda ini berkesah 
dia telah lulus dan berijazah
dia telah mendapat lesen untuk menjadi juru terbang
dia telah membelanjakan RM170,000  untuk mempelajari ilmu ini
tapi diakhir pengajian anak muda ini TIDAK ada pekerjaan

memeranjatkan lagi
mengikut anak muda ini
ada 2,000 lagi - graduan lesen kapal terbang tanpa kereja


dua minggu dahulu juga
saya bertemu dengan seorang anak muda 
yang baru berjaya m endapat diploma ekonomi
dia pergi melamar kerja untuk menjadi pelayan bas mewah
yang membawa pelancung dari kuala lumpur ke singapura dan pulau pinang
dia berjaya aakan mula berkerja jumaat ini
tahniah!

tapi anak muda ini juga berkesah
bahawa ketika ditemuduga ada seorang
graduan berijazah IT yang juga melamar kerja pelayan bas

saya juga difahamkan dalam negara kita
pada ketika ini ada lebih 60-80 ribu graduan menganggur
mungkin angka ini kurang 
mungkin angka ini lebih

saya juga membaca  apa yang sedang berlaku dieropah
minggu ini pemimpin 28 negara eropah
akan membincangkan nasib 
6 juta anak anak muda dan graduan di eropah yang menganggur

justeru tukar tiub
meminta para pembaca
mengeluarkan pandangan terhadap masalah ini
anggaplah ini wacana kita sesama kita




yang bukan sahaja pandai nke jalan raya

kita juga wajib memiliki fikrah yang berupaya memberi cadangan membina

NOTA:
para pembaca sila  tulis pandangan
tukar tiub akan memaparkan pandangan itu
hendaknya biarkan tulisan dan pandangan itu
membantu kita bersama mendirikan negara  bangsa
bukan sumpah seranah

       ANAK MUDA KERJA 
MEMOTONG BUAH ANGGUR

Berita gembira 28 September

RASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Najib Razak.

Menteri Pengajian Tinggi,  Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 3,000 orang lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang lulusan IPG yang kini menganggur kerana tidak mendapat tawaran untuk menjadi guru.


Mahasiswa menganggur dibantu

KOTA BHARU 20 Dis. - Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) akan membantu lebih 8,000 orang mahasiswa yang menganggur di negeri ini mendapatkan pekerjaan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Datuk Makhtar Mustafa berkata, melalui skim tersebut mahasiswa yang berdaftar di negeri ini akan diberi latihan dan bimbingan oleh GLC terlibat.

CHANCELLOR GERMAN KATA 6 JUTA ANAK MUDA TANAM ANGGUR

Angela Merkel has said youth unemployment is the biggest crisis facingEurope and urged other governments to do more to copy the German system – concentrating on apprenticeships and not simply academic study – to prevent the emergence of a "lost generation".

In an interview before a summit to tackle joblessness among young Europeans, the German chancellor said her country's tried and tested dual system – a mix of classroom learning and on-the-shop-floor work experience – was the best way forward at a time when almost six million under-25s in Europe are out of work.


MEMBUKA WACANA ILMU

-----

18 ulasan:

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

sepatutnya anak2 muda harus belajar kemahiran secara profesional seperti negara maju di luar negara macam di jepun yg jadi nelayan pun ade ijazah,mengembara ke lautan jauh mencari hasil,buruh binaan di luar negara seperti mat salleh nampak macam buruh tapi profesional ...kita kena buat sesuatu sebb lambakan warga asing yg bekerja di sektor yg dikatakan gaji murah itu...sebenarnya gaji tu berpatutan tetapi yg tak patutnya bila kos sara hidup macam gampang...di jepun kos sara hidup berpatutan tapi hartanah kebanyakan mereka tak mampu miliki..ok lagi,di eropah kos sara hidup tinggi tapi masih boleh hidup...di indonesia pun masih boleh makan biarpun kos sara hidup tinggi tapi rumah murah mampu milik..di malaysia rumah mampu milik pun tak mampu beli,kos sara hidup tinggi..hidup hanya untuk bekerja dan bayar hutang je...sampai ketua tenaga kena perah tak macam sewaktu dulu dah pencen duk rilek je kat umah bertani ke,ibadah banyak2 ke..sekarang dah pencen umur 60 pun masih struggle nak cari duit makan sebab anak2 pun struggle nak cari duit bayar liabiliti..jangankan seratus rm 50 pun susah nak kirim kampung..jangankan nak kirim kat kampung nak menabung pun rm10 pun payah

Tanpa Nama berkata...

PART 1>

sebenarnya peluang kerja berlaku dimana2.. janji mahu atau tidak jer.. kalo nak gaji tebal, sapa nak bagi kat fresh grad beb? lain la anak syahrizat lembu tu.. 30k jadi CEO lembu jer..

bagi pemuda-pemudi yang lemah akal fikiran (termasuk gua awal2 dulu..dan hingga sekarang pun) dan hanya hidup bergantung pada kekuatan sijil, inilah masalahnya, skim pelajaran kita telah diasuh untuk menjadi kuli batak kompeni.. fikrah sebegini sudah bertahun2 ditanam dalam kepala anak2 muda sempena demokrasi kemajuan pembelajaran dan tidak kenal sistem kapitalis yang merosakkan masyarakat.. bila abes universiti jer, sumer kalut nak mintak kerja.. walhal, kajian keatas pasaran kerja, langsung tak amik pot pun.. hanya gembar gembur surat kaba, dan akhirnya selepas graduate, inilah terjadinya masalah bodoh ni berulang2.. nak keje kompeni cina, tak reti mandarin.. nak masuk gomen, tak dak kabel.. dapat keje pulak, lekeh2 sikik tak tahan lama nak sbb dia ada degree..

pasaran kerje gomen cuma 1.2 juta jer.. pasaran kerja private mungkin lebih kurang 3-5 juta.. rakyat ada 28 juta.. jadi pasaran kerja malaysia kita terlalu sedikit.. boleh dikatakan terhad..kalo tolak 28-6 juta, lebih kurang 22 juta warga kita yang masih blom bekerja, masih belajar, orang tua dan kanak2..

gua bagi contoh paling bodoh, kenapa budak kampung berbondong2 pondok yang tak ada sijil, tapi tak kalut pun menganggur? mereka diasuh semata2 ilmu akhirat jer.. akademik langsung tak dipedulikan pun..tak ada nilai dihati guru2 mereka.. malah tak ada nilai pun pada ibubapa mereka.. jika dilihat imam2 muda ni, mereka melahirkan generasi anak2 yang ramai.. nak gua bagi contoh? gua rasa imam baling selipar itu hari pun, apa sangat kelulusan akademiknya? tapi lu boleh tengok jiwanya dalam mencari rezeki membela anak bini yg ramai (sebelum masuk penjara la..).. rezeki dimana2.. nak mewah? gua rasa itu ukuran masing2.. ada yang pakai BMW masih blom terasa mewah lagik..

kalo datang layoq sijil, kepala hotak hampeh.. kompeni mana nak amik bang? bos2 yang kaya raya, mana pedulik lu terer ker..lu haper ker.. merit apa ker.. itu bukan penting.. gua tak salahkan belajar ataupun pelajaran.. tapi ini mental pemuda kita yang kene betulkan.. mereka diajar untuk mendapatkan penyakit.. penyakit makan gaji dan mencari kerja2 dalam pejabat..

bapa mak gua, menoreh getah jer.. boleh bela anak 9 orang di kampung.. 4 masuk universiti.. 2 ke timur tengah dan 2 ke australia jer..(ini pakai duit sendirik la.. lu mau tunggu gomen tolong, sampai mampos la lu tak dapat pegi..) 5 lagi takat abes sekolah menengah dan pondok. lalu akhirnya kerja kampung membanting tulang di tanah orang.. tanah sendiri tak banyak.. amik upah motong, amik upah amik kelapa.. cari tanah kosong tanam pisang.. jual ulam2 kampung kat pasar malam.. hidup anak2 taklah merempat dan kebuluran sangat pun.. yang balik timur tengah, sorang jadi doktor cum penceramah bebas .. sorang lagi kerja jakim.. yang 2 balik ostolia, sorang buat kerja sendiri sbb kecewa jadi kuli orang.. dulu jadi pensyarah MARA kejap..buat kompeni pun wang-weng-wang-weng.. tatau nak cakap apa la abang gua sorang ni....sorang lagi gua la.. masih sanggup makan gaji yang mungkin upahnya masih boleh tahan sesaknya 2013 ni..

Tanpa Nama berkata...

Part 2>

pemerhatian gua, ilmu agama dan kehidupan kampung lebih menjamin kehidupan dan mencekalkan hati menghadapi masa depan.. hati tarak susah.. hidup sudah Allah Taala jamin..

ilmu akademik, cuma untuk jadi hamba dunia.. hamba kepada sistem yang entahapahapa.. kemajuan diri dan keluarga pun.. tak kemana.. tinggal dikota, pun tak ada selesanya.. harta pun tak dapat kumpul hebat mana pun.. dapat duit, abes..dapat duit abes.. masa dibuang ditempat kerja.. nak berpatah balik kerja kampung? MUSTAHIL.. suruh motong, langsung tak reti.. suruh tanam sayur pun, rasa jijik pegang tanah.. awww.. pegang kubota atau trektar pun, jijik jugak.. inilah bahayanya sistem kapitalis..

kerja kampung, lebih rileks walaupun tak kaya.. 7 pagi> gi motong..9 pagi> dah bleh balik rehat rumah.. 10pagi> tanam sayur.. 12tgh hari> balik makan nasik.. 2pm> pegi surau dan berjimak 2 jam, 4pm> rehat.. 5-7pm> pegi surau dan main bola, sepakraga.. atau turun ke kebun sayur.. 7pm> pi surau sampai isyak 10pm> boleh berjimak lagi dan lagi.. 6pm> bangun subuh.. nak berjimak pun, tak kesah, takdak sapa pun pedulik..keje kampung, nak pakai kete pun boleh.. banyak kete dan moto PIANG bersepah2 lain (takde Allah Taala sergah pun pakai kete piang ni), banyak dok main jalan kampung dan kebun.. hidup cuma akan nampak lekeh dan tak ada sapa nak respek..kahkahkah..kambing ngan ayam pun tak respek kat kita..

apakah kerja dikota membawa kemewahan atau kekayaan? kambing dan ayam pun respek kat kita? tak jugak.. rutin macam haramjadah jer..berapa kerat dapat beli merc dan bmw dan terus hidup dalam kepura2an..? kerja di kota hanya banyak membuang masa untuk orang lain.. orang kampung mungkin respek sikik kot.. tapi bukan orang kampong nak sua singget masuk poket kita pun!! ok, kita kata hidup di kota banyak ilmu.. berapalah ilmu yang kita boleh dapat? berapa banyak roket yang dah malaysia buat? berapa banyak kapal terbang yang kita sudah boleh terbangkan? berapa banyak buku2 ilmiah yang sudah rakyat malaysia hasilkan? hidup dikota hanyalah PALSU belaka.. amal ibadat pun tak kemana.. masa kualiti dengan bini nak berjimak pun tak ada..silap2 sebulan sekali pun payah nak berjimak.. asyik tak larat kejar wang yang tak pernah cukup2.. silap haribulan, dapat sakit, 30k-50k terbang melayang begitu saja penat lelah kita bekerja kumpul wang.. adakah wang berlambak2 dapat membeli nyawa? bini francis YTL pun mampus jugak dengan duit yang banyak...

duduk kampung.. sikik2 boleh bina rumah.. lambat laun siap dan besar la.. duduk kota, beli rumah bersesak2, bayar hutang bank.. buat penat jer kerja, duit orang rain yang rembat.. beli kete pun, nak mengebat jugak.. tak dak bende yang tak mau dilihat lekeh..

Tanpa Nama berkata...

Hisham,

Ini point dari perspektif Kerja Bidang IT.

1. Banyak Syarikat Multinasional
mengambil pekerja dari negara
Berikut.

1.1. India
1.2. Philipines
1.3. Indonesia

2. Pergi Brickfeilds,penuh dengan pekerja IT dari India.


3. Ada syarikat di cyberjaya berani iklan jawatan kosong IT hanya untuk Filipino.jawatan tersebut di malaysia...

4. Ada Consultant IT dari India memperoleh 18k sebulan sebagai pendapatan.

5. Prestasi aka perfomance mereka biasa sahaja...


Jika tidak dikawal, semua tempat adalah hak mereka.

Tak percaya, turun cyberjaya. semak syarikat seperti

- H*
- DH*
- T-SYS**

Dekat KL

- Accen**
- Stone App**
- HCL-AXO***

Ini pandangan saya saja TT.

Last but not least. Graduan IT malaysia tak tahan tekanan dan sangat memilih keja. Salah satu sebab lambakan pekerja asing seperti diatas.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

ncDown 192Apabila sesebuah ekonomi itu tidak berkembang maka salah satu akibatnya ialah pengganguran walaupun terdapat beribu-ribu anak muda yang memiliki ijazah. Misalnya industri penerbangan tidak berkembang dan tak perlu ramai juru terbang maka lubuk pengganguran dibidang kejuruterbangan akan mengganga. Sama juga jika industri perubatan tidak berkembang ramai bakal doktor bertauliah akan menjadi penggangur jua.
2. Ekonomi mesti berkembang. Misalnya jika eksport menurun maka hasil negara sama juga turut menurun dan tiada revenue untuk mengembangkan ekonomi negara , lihat pengalaman Sepanyol, Portugal, Ireland, Greece dan banyak lagi.
3. Jadi ekonomi mesti didinamiskan agar ada pertumbuhan ekonomi dan pembuat dasar negara harus kompeten untuk merancakkan ekonomi dan membuat perancangan strategik untuk memanfaatkan perkembangan ekonomi itu untuk membuka lagi ruang/peluang pekerjaan secara lestari.
4. Pembuat dasar mesti bijak menentukan skil/ilmu pengetahuan yang secocok dengan keperluan industri diberikan kepada semua pelajar baik di peringkat sijil, diploma, ijazah dan pasca ijazah seperti skil komunikasi dan skil teknikal untu pelbagai bidang.

xxx berkata...

bro,aku pon x score sgt 8 thn lepas tapi aku keje dari bawah bergaji rm900 wpon ada degree in accountancy.time tu ekonomi sedang problem.aku buat semua keje yg disuruh kat ofis dan x memilih keje lgsg sbb ikut ckp mak aku. tapi alhamdulillah skrg gaji dah ok.bukan nak kondem kerajaan je tapi ramai anak muda memilih kerja tapi ilmu+pengalaman cetek.wpon skor belom tentu boleh buat kerja dan tahan lasak.sblm pointing fingers to kerajaan baik muhasabah diri.aku x backing kerajaan tp dalam hal ni aku rasa budak skrg terlalu manja.sorry guys klu terlalu open

Tanpa Nama berkata...

menganggur « sijil tak samo dgn kemahiran pasal blajar ngan pengajar kangkung kek kolej bangang « org nk kerja sampai gayut « utang banyak « barang mahal pasal kono sombolih « RASUAH + TAMAK + BALUN MANO YG SOMPEK « tunjuk baik + munafik « MADEY jadi Presiden UMNO « buek2 jadi hero Melayu « buek kumpulan « rancang ngan lew kuan yew « blaja perubatan kek singapore ....

kalau nk ubat penyakit....kono la tau apo yg sakit ...lopeh tu punco penyakit..tangkap siapo?

Tanpa Nama berkata...

boss,

ini pengalaman gua sendiri. diawal tahun 2000 dahulu, gua pernah bekerja few years dengan sebuah company pengiklanan (TV commercial - online editing) dari Australia. alhmdulilah, gua dapat rezeki di situ berbekalkan dip. graphic dan multimedia setelah few years gua kerja ngan few local companies. waktu tu,umur gua dah 28tahun.

apa yang gua nak kongsi disini, mengenai ketua jabatan gua.gua expect dia mesti berumur sekurang2nya late 30's or mid 40's tapi gua agak terkejut sebab mat saleh ni baru berumur 23 tahun! gua dapati dia memang amat mahir dan profesional even umur dia 5 tahun lg muda dari gua. dia nye knowledge of design memang terbaik! gua lg terkejut sebab dalam usia semuda tu, dia boleh handle/mahir sekurang2nya dalam 20-30 software sedangkan gua juga berkelulusan sama tapi gua cuma tau +-10 software. dan dia bergaji bulanan 12k tak termasuk lain2 benefit! fuh....

after few months kerja dan kitorang jadi kamceng (sebab gua ajar dia pasal local culture/music/life and local aweks! hahahaha) gua korek2 rahsia dan pengalaman dia, gua tanya dia, macamana dia boleh mahir begitu banyak software? jawapan dia yang gua nak kongsi disini. mengikut kata mat salleh ni, dia start belajar software graphic/multimedia sejak berumur 13 tahun dan di ajar formal disekolah2 di sana! so basically, lu nk jadi photographer / designer / musician etc, lu pilih siap2. sejak dari umur 13 tahun lagi, pelajar2 di sana sudah tau jenis pekerjaan yang akan dipilih dan mereka akan di ajar dari perkara asas sehingga yang advance sejak usia muda lagi! bayangkan dia ni, dah start belajar adobe photoshop sejak umur 13 tahun and 10 years after, imagine camane dia master ngan software tu... sedangkan pelajar disini, dah masuk college/U, baru nak kenal basic of design. 10, 20 tiang kita ketinggalan dah. banyak tul ilmu gua kutip dari dia.

kalau nak compare, pelajar2 kita disini puratanya, dah masuk U pun masih tercari2 arah. banyak yang mengambil jurusan bukan apa yang diminati tapi atas choice yang di bagi oleh pihak U sendiri. main asal boleh. bila dah habis belajar, baru sedar jurusan yang diambil tak sama dengan pilihan hati. tu yang bercelaru. lg 1, pelajar kita jenis yang makan disuap. spoon feed. tggu lecturer bagi nota, tak cuba usaha sendiri.

dan sekarang after few years gua dah ada company sendiri. tak besar tapi alhamdulilah, it's not bad either. dan ada benda lain yang gua boleh kongsi pulak. bila dah ada company sendiri, gua start hire people. panggil interview. apa yang gua discovered, mostly yang datang tak ready nk cope ngan realiti, dunia pekerjaan. bila disoal, bagi jawapan pun terhegeh2. itu baru basic questions. belum masuk soalan pasal politik, ehwal semasa.mostly dorang ni ignorant. banyak yang langsung tak ada idea apa dia isu semasa tapi bawak sijil berjela. ramai juga yang introvert. malu nk bercakap. malu nak buka mulut. tak yakin diri. yang paling tak tahan, apa pun tak boleh tapi mintak basic salary 3k above!! adusssss...... tu belum cerita pasal penguasaan bahasa English lagi. hancus boss.... takkan gua nak hire yang jenis macam ni? abis lingkup company gua nanti.dah la kecik. kahkahkah...

so, itu la a few of my personal view. system pendidikan kita banyak main peranan. bila acuan dah bengkok, begitu juga hasil/produknya. gua tak reti sangat nak komen pasal system pun. lagipun common perception kat Malaysia, pandangan artist ni tak sapa nak dengar. lu ingat gomen ni peduli ke? lu tgk camane dorang ni layan Pak Samad pun dah tau.biasa la, negara dunia ke 3, boss....kahkahkah....

p/s...eh boss, buatla demo kat dataran, mintak gomen sponsor kerja! mesti puluh2 ribu yg tanam anggur ni datang support! amacam? :)

Tanpa Nama berkata...

bro tt,sekadar berkongsi pengalaman aku dan wife.kmi 2 dh keja gomen hmpir 6 tahun pn tak diserap tetap,masih kontrak dan lg mengecewakan sblm pru duit gomen dh abih rosmah shoping,terpaksa lah wife ak diberentikan and dia bt partime job utk menampung blanja kmi family.2 anak,hutang rumah,hutang kereta,kredit kad bla bla..ak plak xtentu lg arah mana....mengemis di negara sendiri sdgkn bangla pn sng2 dpt ic...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

Kepada siswa siswi saya terpanggil utk berkongsi pendapat.

Sama2lah kita renungkan - pada tahun 80s dulu gaji permulaan graduan ialah RM1,500 sekarang setelah hampir 30 tahun pun baru RM1,800 sedangkan sepupu kita di Singapura (negara 'kafir' yg. tidak dianugerah Allah hasil bumi pun) gaji permulaan dah RM7,000 (SGD 3,000); dlm pada masa yg. sama anak2 dan kroni2 pemerintah kita & bekas pemerintah kaya raya berbillion2 tujuh keturunan sedangkan rakyat terhimpit dengan hutang rumah, kereta & barang2 keperluan yg semakin mahal. Cuba kita fikir & renungkan - apa sudah jadi & mana pergi hasil kekayaan negara (yg. patut dinikmati rakyat yg. kebanyaknya Melayu) kita selama ini?

Jgn sampai satu waktu kelak anak2 perempuan kita jadi pembantu rumah, manakala anak2 lelaki kita jaga stesen2 minyak & jamban2 di kompleks belibelah dinegara jiran. Tak mustahil bukan? Kalau gaji masih ditahap yang sama tetapi keperluan asas melambung tinggi!

Selepas lebih 56 tahun merdeka, kerajaan kita yang ada masih lagi bergelumang dengan politik perkauman, ugama & Raja2 sedangkan bangsa Melayu rata2 masih lagi ketinggalan manakala golongan pemerintah politik elit Melayu teramatlah kaya-raya.

Jangan buta atau lupa sejarah, bahawa Rasullulah selama 13 tahun di Madinah telah dapat memperkasakan umat Islam yang terdiri daripada Arab Mekah (Muhajirin) & Yahudi Yathrib (Ansar).

Janganlah nak harap & tunggu pemimpin2 yang perasuah dihukum dineraka kelak kerana neraka sebenarya adalah disini & sekarang apabila kehidupan melayu terhimpit dlm ketakutan & segala kekurangan (setelah ditakbir oleh melayu itu sendiri selama setengah abad) disebabkan menyokong dan menjulang pemimpin2 yg. tidak amanah.

Yg dimaksudkan Allah Maha Adil ialah segala kejadianNya berada dalam keadaan seimbang ("Equilibrium") seperti dacing BN; jadi segala tindakan akan memberi balasan ("Action & Reaction" gitu) demi mengimbangi setiap kejadianNya - hisab Allah itu TUNAI.

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Al Quran 13:11

Hakikatnya rata2 orang Melayu & Islam terdiri daripada lebih 70% rakyat negara ini tetapi, kenapa org2 melayu masih tak maju2 & hidup dlm ketakutan setelah diperintah selama setengah abad oleh kaumnya sendiri, dibawah naungan raja2 melayu sendiri, ditakbir oleh kakitangan kerajaan, askar & polis yg. terdiri drp kaumnya sendiri? Sedangkan segelintir pemimpinnya semuanya kaya-raya tujuh keturunan & bersekongkol dgn. kroni2 & taukeh2 bukan Melayu?

Org melayu masih tak sedar2 bahawa mereka telah diperguna & diperbodohkan oleh pemimpin & bekas pemimpin, anak2, & kroni2 mereka yg telah, sedang & masih menelan & membolot harta masyhul negara selama ini. Sudah sampai masanya kita sama2 humbankan politik perkauman & ugama. Kemunduran Melayu tidak akan berubah selagi mereka masih taksub dgn pemimpin2 yg tidak mengamalkan nilai2 mulia sejagat yg selari dgn nilai2 Islam iaitu - Keadilan, Kesaksamaan, Ketelusan & "Amanah" (maksud sebenar "Iman" dari akarhuruf "Alif", "Mim", "Nun").

Sekadar berkongsi pendapat demi memperkasakan ummah.

~ Songkok Hikmat.

Kuda Kepang is Back! berkata...

Tuan TT, tak tahulah pasal negara lain tapi bagi saya masalah di Malaysia ialah kualiti graduan yang keluar dari universiti adalah macam hampagas.

Graduan "copy & paste" yang dapat masuk uni ini kebanyakannya jenis tak layak pada asalnya kerana sistem pendidikan yang lemah sejak dari sekolah rendah & menengah lagi. Gred yg lemah pun dapat masuk uni! Apa punya turrrrrr da!

Para majikan yang nak ambil mereka pun takut tengok cara mereka bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa inggeris .... hancur!

Terimalah hakikat bahwasanya dunia perniagaan dan korporat yang ada sekarang ini memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Boleh ke graduan2 yang kita keluarkan dari kilang uni itu dapat bertutur dan mengarang/menulis dalam Bahasa Inggeris yang sempurna?

I rest my case a long time ago Lord!

Tanpa Nama berkata...

aku rasa "9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan" sedikit sebanyak boleh menyelesaikan masalah ini..Lihat seperti kaum cina kalau di Malaysia ni la..Contoh seantero dunia pulak,boleh lihat kaum Yahudi..Kaum dorang ni boleh dikatakan memang banyak cari rezeki dalam bidang perniagaan kan?,lagipun lazimnya,sikap graduan yang memilih kerja tu tidak boleh dinafikan juga menyumbang kepada masalah pengangguran ni,walaupun bukan semua mahasiswa/i mempunyai sikap dan mentaliti yang sedimikian..Aku rasa kerajaan patut praktikkan sungguh-sungguh dasar "Pertanian Adalah Perniagaan" yang dipelopori oleh mantan PM tersayang kita dahulu iaitu Abdullah Badawi,dasar ni kalau buat betul-betul,dana tak kena seleweng,orang atas betul bantu orang bawah jalankan projek pertanian ni,mesti mahasiswa/i amnya yang menetas dari kampung tu dapat berbudi kepada tanah dengan hasil income yang lumayan juga..tak perlu nak masuk MLM pun..Masalah tanah tu sebenarnya hal mudah je kalau Pejabat Tanah dan Galian Daerah tak kemaruk sangat dengan duit kopi..Lagi pun sekarang,ada je pertanian yang hanya memerlukan penggunaan tanah yang optimum tapi dapat menjana hasil yang memberangsangkan..sebab bila sebut pertanian ni,bukan sahaja mesti nak cerita berkaitan komoditi getah dan sawit semata kan?,banyak lagi produk pertanian lain..Dengan produk sayur-sayurannya,buah-buahan nya,kerajaan pun patut banyak lagi bantu FAMA tu..Tapi selagi teras kepada semua permasalahan ni tak dibanteras terlebih dahulu,iaitu gejala rasuah,memang makin rumit la kita nak selesaikan masalah glokal(aku pakai istilah Najib ni) ni iaitu masalah penanaman anggur di kalangan mahasiswa/i ni..dengan berleluasanya sistem cable,orang dalam,penggunaan pengaruh golongan tertentu lagi untuk segelintir warga muda bagi mendapatkan kerja tertentu amnya,lagi bertambah melarat la masalah pengangguran ni sebenarnya..istilah bersaing secara adil,siapa yang terbaik akan menang,kini nampaknya hanya khayalan,ilusi semata semuanya..sekarang ni kebanyakannya dengan kata mudah "asal kenal orang dalam",dapat lah jawatan/pekerjaan tertentu..hal kelayakan mula ditolak tepi..akhirnya orang yang lebih berhak diangkat untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan tersebut disisihkan..sudahnya,begini je lah kesimpulannya,selagi kita bertumpah kasih taat setia kepada negara Malaysia ni,tak payah la nak belajar tinggi-tinggi melangit sangat pun,mintak biasiswa,pinjam PTPTN apa bagai,,cukup setakat kelayakan akademik di peringkat SPM sahaja,akhirnya dapat juga jadi Pengerusi Tabung Hajeeeee ye dak?..hahahahahaha

-Iqkram Ismail-

DIDI KOTA BELUD berkata...

Stop...stop lah bawa perkerja asing . .masuk sini....pemain ekonomi terbesar...cina....stoplah buat perangai cina cina kau tu...asik mau untung saja....pemain kuasa...stop setopkanlah jadi peminta sedekah pada kaum cina.....pada penggangur...setop setoplah setupid proud tu nak hidup senang tanpa berusaha......realiti...orang malas mau malabur di malaysia ni sebab sistem malaysia...sini makan..sana makan...silap haribulan..mahu buat free hospital pun kena sogok sogok.....setop setoplah just grap grab asal buat duit punya perangai....tu...petaling jaya tu....kalau despetch baru....mati kutu dio masuk hantar surat kat p.j tu...itu satu contoh kegagalan blue print pembangunan bndar yang paling gagal di duniaa....dahlah sesyen tak tersusun...bikin habis petrol je lalu lalang kat p.j nuuuu....takkan nak gagal zelamanya......jom....pertama harus dibuat...ialah...BERHENTI MENGUMPAT....itu jer awalan....yang lain pandai pandai.......tapi yerlah...dapat kerajaan sial...rakyat terjangkit sialnya....kompargas.

DANE berkata...

Sy juga seorang lepasan ijazah yang masih menggangur kerana tidak dapat pekerjaan. Pada pendapat sy, keseluruhan sistem penilaian pelajar di universit perlu ditukar 100%.
Ajar student skill2 yg banyak guna kat tempat2 kerja. Lpas tu pergi ke sekolah2, terangkan betapa pentingnya pilih kursus/program yhg betul2 kena dgn minat&jiwa kita supaya kita xmerana di kemudian hari.

Satu saja ingatan sy pd yg masih study kat uni dan yg akan masuk uni pd masa akan dtg.
BELAJAR SAMPAI DAPAT FIRST CLASS. SEBAB2 NYA
-PTPTN X PERLU BAYAR
-TAWARAN KERJA AKAN DATANG PADA ANDA. NO TEPON ANDA AKAN DIBERI KEPADA COMPANY MNC (DIORANG AKAN CALL ANDA SURUH ANDA DTG INTERVIEW DAN BIASANYA 90% ANDA BOLEH DAPAT)
-HABIS BELAJAR JE TERUS MASUK KERJA. X PERLU TANAM ANGGUR KAT RUMAH
- BOLEH PILIH KITA NAK KEJE KAT COMPANY MANA YG BG GAJI MAHAL DGN BANYAK BENEFIT (TAWARAN KERJA LAGI BANYAK DARI YG X DAPAT KELAS PERTAMA)
- X SUKA DUDUK KAT MALAYSIA? GAJI RENDAH? BOLEH MINTAK KEJE KAT SINGAPURA/AUSTRALIA/NEW ZEALAND (KERJA MEMERLUKAN IJAZAH)- klau x first class jgn kata sg/aus/nz, malaysia pun x layan korang ni. setiap tahun berapa ribu yg gradute?

Tanpa Nama berkata...

Permudahkan bayaran utk graduan berniaga..bantu n didik,beri sokongan modal dgn mudah untuk graduan berniaga..kurangkan mega projek utk kemegahan,byakkan projek yg mane golongan biasa terutama graduan majoriti x mampu..kalo byak dah tentu x pyah berebut,tggu giliran dapatjee.buat jabatan yg akan audit prestasi segala bendeni..kerajaan wajib percaya graduanni maa,bepeluh tahun kawantu blajo smpai graduan..blom kire kos dari kecik maa..last2 keje nk ada anak 10 pon susah,blom kawin 2..lebey baik hbih darjah 6 trus keje..kalo kurang sambutan bile dh buat,g trun cri mane p graduanni..

aku tawkey getah berkata...

balik kampung, tanam jagung!!

hijaukan bumi malaysia dgn pertanian. tanam laa kat ceruk mana pun (tepi sungai parit, belakang rumah, kat kampung jiran, mana2 laa..janji bukan tanah milik orang).. insyaAllah ada hasil.. sekurang2nya untuk sementara waktu.

bercucuk tanam dibumi tuhan, insyaallah tuhan tak mungkir janji. yg penting ikhlas utk cari rezeki.

penganggur lulusan universiti, lebih kritikal pemikiran mrk, gunakan teknik tersebut dalam kerja2 pertanian. memiliki ijazah kejuruteraan aeronautik sekalipun tak semestinya takboleh bercucuk tanam. berbaktilah pada bumi.

underBear berkata...

Ramai menganggur menunggu jawatan yang setimpal dengan kelulusan. Ramai yang tak sanggup@berkira gaji dengan kelulusan yang ada. Gila hapa blajar tinggi-tingi nak mintak jawatan stating guna SPM.
dan kena ingat,yang paling utama kenapa banyak graduan menganggur kerana Tokey Cina tak mau amik melayu... kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

Graduan dulu mencipta kerja, graduan sekarang mengharapkan kerja..

Mungkin sebab kita telah mengkormersilkan pendidikan dengan menjual impian kepada orang ramai bahawa graduasi akan dapat kerja diploma dan ijazah akan menjamin masa depan..

Apa yang kita perlu adalah untuk mencipta peluang pekerjaan.. kita perlukan kumpulan pemikir yang kreatif yang dapat menghasilkan ruang dan peluang pekerjaan bagi menjana pendapatan bukan saja kepada gaduasi ini tetapi kepada negara..

jangan jadikan manusia seperti robot yang diprogram.. :)