Rabu, 10 Julai 2013

MEMAHAMI APA YANG BERLAKU DI MESIR







TAMAROD 
GARIS POLITIK ANAK MUDA
 KUTUK RAMPASAN KUASA - RAYAKAN TAMAROD

Revolusi masih lagi berjalan di Mesir. Anak muda masih lagi turun ke jalan raya. Dataran Tahrir masih lagi  dipenuhi oleh ribuan anak muda. Morsi telah disingkir oleh tentera. Penyokong Morsi telah keluar ke jalan raya. Lebih dari 30 warga Mesir telah gugur tewas. Revolusi belum mencapai tujuan.

Dalam suasana inilah saya  yang telah  menerima banyak pesanan ringkas, saya telah menerima e-mail – menerima desakan untuk menerangkan dan membuka wacana pencerahan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir pada ketika ini.

Untuk pencerahan bersama – pertamanya kita semua wajib menolak campur tangan tentera yang telah menyingkirkan Presiden Morsi.  Rakyat dunia dan warga demokratik tidak akan menerima tindakan tentera yang bercanggah dengan garis dan cita-cita demokrasi. Rampasan kuasa tentera  atas apa sahaja tujuan wajib ditolak dan dilawan.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang kita wajib memahami apa yang berlaku dua tahun dahulu. Amat jelas bahawa Revolusi Mesir  Pertama dua tahun dahulu telah dibajak.  Ada pembajakan yang dilakukan dengan jelas. Dan ada pembajakan yang kabur dan mungkin tidak terlihat dimata kasar.
Revolusi Pertama memperlihatkan gerakan spontan anak-anak muda yang bangun menentang 30 tahun rejim zalim Husni Mubarak. Revolusi Pertama ini memiliki sejarahnya sendiri. Revolusi ini adalah hasil rentetan dari babak babak sejarah penindasan  dan pengumpulan 30 tahun kemarahan rakyat.

 Revolusi Pertama ini muncul satelah 30 tahun warga Mesir diinjak-injak oleh rejim Mubarak yang disokong oleh imperialis Anglo-Amerika dan Zionis Israel. Rejim Mubarak naik tahtha pada tahun 1975 satelah Presiden Anwar Sadat mati dibunuh. Sadat dibunuh kerana belot. Sadat  membuat perjanjian damai – Camp David – dengan Zionis Israel.

Perjanjian Camp David ini dilihat sebagai pembelotan yang menusuk ke jantung hati  warga Mesir dan bangsa Arab. Mesir negara terbesar Arab telah dimandulkan melalui Camp David. Beberapa tahun sesudah Camp David satu demi satu gerakan Pembebasan Palestin membelot sama.  Pertama belot ialah Al-Fatah dibawah pimpinan Arafat yang meninggalkan ‘garis berjuang angkat senjata’ mereka. Sesudah Perjanjian Camp David kelihatan pembelotan  dan bekerjasama dengan Zionis Israel dilakukan secara terbuka tanpa segan silu.

Pada tahun 2005 Hosni Mubarak dengan licik telah menipu pilihan raya Presiden. Mubarak dengan licik telah menggunakan SPR Mesir untuk memastikan pilihan raya akan dimenangi oleh partinya – National Demokratik Party. Sama saperti SPR di Malaysia, SPR Mesir juga merancang dan menggunakan pelbgai taktik untuk memastikan National Demokratik Parti akan menang. Ancaman telah digunakan. Duit dan dinar telah membeli sokongan. Ramai  politikus yang dibeli. Paling menonjol ialah memasukan kertas undi ke dalam peti undi. Penipuan  pilihan raya ini telah mendapat bantahan tetapi tentera telah mematahkan segala bentuk bantahan.

Tetapi, pada 2011 semuanya berubah. Anak muda Mesir – malah anak muda seluruh dunia -   telah melihat kejayaan  anak-anak muda Tunisia menjatuhkan  Presiden Zainalabidin Ben Ali. Anak anak muda Tunisia telah menggunakan jalan raya sebagai wadah politik. Politik jalan raya telah berjaya menumbangkan rejim yang zalim. Politik jalan raya ini telah disambut dan diambil  oleh  anak-anak muda Mesir. Mereka juga meraih kejayaan melalui jalan raya.

Tetapi jelas Revolusi Pertama ini telah dibajak. Untuk memahami pembajakan mari kita melihat  apa yang telah berlaku.

Parti Ikhwan Muslimin dalah  parti politik yang besar di Mesir.  Ketika anak muda dijalan raya parti ini telah  mengambil garis untuk TIDAK bersama anak anak muda. Sebagai contoh, mari kita ingati kembali tarikh 18 Disember 2011 dimana dunia terperanjat melihat imej seorang anak gadis  yang sedang dibelash oleh tentera Mubarak. Anak gadis ini dipukul dan diheret diatas jalan raya  sehingga dunia melihat  melihat perut dan colinya berwarna biru.

Dunia gempar dan marah atas keganasan soldadu Mesir ini. Tetapi Ihkawan Muslimin TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tidak mengutuk dan tidak bersuara. Ikhwan buat deek.  Ini kerana parti ini tidak mahu dilihat ‘ bertelagah atau berkonfrontasi’ dengan  tentera. Ini  juga dilakukan  kerana parti ini tidak bagitu yakin akan gerakan jalan raya anak muda. Maka parti ini mengambil sikap -  tunggu dan lihat  - sebelum turun ke jalan raya.

Dua minggu sebelum Mubarak dijatuhkan anak-anak muda telah merancang gerakan jalan raya yang paling besar. Ketika ini Parti Ikhwan Muslimin juga tidak memberi arahan secara resmi  agar ahli-ahlinya turun. Walau pun dalam satu juta yang berhimpun di Dataran Tahrir pasti ada puluhan ribu ahli Parti Abang Muslim ini.
Sesudah Mubarak tumbang maka Parti Ikhwan telah masuk secara sedar ke dalam kancah politik Mesir. Parti ini telah mencalonkan Morsi walau pun pada awalnya ada beberapa nama yang telah muncul. Anak-anak muda ketika itu memberi sokongan yang penuh kepada pemilihan Presiden malah rakyat Mesir bergumbira dengan jatuhnya Mubarak.

Pilihanraya Presiden telah diadalakn pada 16/17 June 2012. Muhamad Morsi dari Freedom and Justice Party telah menang tipis mengalahkan Ahamed Shafik. Morsi hanya mendapat 51.7% dari jumlah undi manakala Shafik mendapat 48.3%. Seawal ini  telah jelas dapat dilihat  bahawa satengah dari warga  Mesir  TIDAK bersama  Morsi.

Walau apa pun peratusnya,  Morsi secara sah telah dipilih oleh warga Mesir untuk dinobatkan sebagai Presiden. Ini hakikat. Morsi adalah Presiden yang saheh.  Sesudah Morsi dinobatkan sebagai Presiden -  jelas  politik Mesir telah diletakan dilandasan demokratik. Pemilihan Morsi adalah pemilian yang demokratik. Ini satu kerjayaan Revolusi Pertama.

Harus diakui bahawa aparachik ,  elit politik dan elit ekonomi dari rejim lama masih berselirat.  Masih kukuh ditangga kuasa. Harus diakui bahawa selama 30 tahun Mubarak berkuasa tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan yang tersusun dan memiliki kepentingan ekonomi.  Tentera di Mesir telah dirasuah untuk mendapatkan  kesetiaan dan sokongan mereka. Tentera Mesir, bukan saperti tentera lain dalam dunia ini -  tentera Mesir  telah mencampuri dunia perniagaan.

Hampir 30% ekonomi Mesir dimiliki oleh Tentera.  Tentera Mesir memiliki  syarikat pemaju. Memiliiki 16 buah kilang yang besar. Kilang ini bukan hanya membuat senjata ianya membuat mesin basuh,  kain baju dan barangan rumah. Tentera juga menjadi  pemaju utama – contohnya  Bandar Nasr itu didirikan oleh syarikat tentera. Tentera juga membina lebuh raya, hotel, jambatan, sekolah dan dan dan.  

Justeru disini kita wajib memahami bahawa tentera Mesir ini bukan saperti tentera profesional lagi. Tentera Mesir telah menjadi satu kumpulan bersenjata  yang bukan hanya memiliki kepentingan ekonomi malah mereka sendiri menjalankan aktiviti ekonomi.

Bayangkan sebuah hotel yang dibangunkan oleh tentera ditepi Laut Tengah. Para buruhnya bukan diambil dari luar tetapi para soldadu itulah yang mengetuk dan dan menukul membina bangunan. Para soldadu ini dibayar dengan duit gaji tentera. Banyangkan mana mungkin syarikat pembinaan bersaing dengan syarikat tentera.

Apa yang saya ingin paparkan disini ialah elit tentera Mesir adalah juga elit politik dan elit ekonomi. Kita akan gagal memahami politik Mesir jika kita tidak mengambil  kira  dan memahami hakikat bahawa tentera Mesir itiu sendiri bergerak sebagai satu parti politik yang tersusun. Tentera di Mesir  bukan hanya jentera daullah tetapi telah menjadi daulah.  Ini hakikat.

Kedatangan Morsi sebagai Presiden Mesir pada awalnya melahirakan hu ha hu ha yang hebat. Tetapi Morsi tidak  dapat memecahkan tembok-tembok elit yang berkepentingan. Dalam masa yang sama elit politik, elit ekonomi, dan elit tentera terus bekerja rapat dengan  kuasa imperial  Anglo-Amerika. Morsi juga dilihat mengikut rentak yang sama untuk memastikan kuasanya berterusan.

Dalam strateji kuasa imperial,  Mesir adalah negara Arab terbesar dan terpenting. Jika Mesir berjaya  dimandulkan maka keseluruhan bumi  Arab akan mandul sama. Kuasa imperialis  sedar bagaimana mereka telah ditentang hebat – diseluruh bumi Arab -  oleh garis nasionalisma Presiden Nasser. Dalam negara Nasser telah membawa arus ekonomi progresif- hinggakan Nasser berjaya memilik negarakan Terusan Suez.

 Diluar pula  Naseer bersama Sukarno , Tito dan Chau En Lai telah melahirkan blok Negara Berkecuali.  Ini adalah gerakan anti-imperialis ini telah memberi dorongan kepada banyak negara  tanah jajahan untuk bangun melawan menuntut kemerdekaan termasuk Tanah Melayu.

Kesilapan awal yang dilakukan oleh Morsi ialah dirinya  gagal untuk menjadi Presiden Mesir. Morsi  menjadikan dirinya bukan Presiden Mesir tetapi Presiden Ikhwan Muslimin.  Morsi tidak menjalankan dasar keterbukaan untuk mengakui bahawa  bukan semua warga Mesir bersetuju denmgan dasar Ikhwan. Morsi gagal untuk memahami apa makna 48.3% yang tidak bersama.

Untuk memahami apa yang saya maksudkan ‘ bukan  Presiden Mesir ‘ samalah saperti apabila Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terangganu atau Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, atau Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang atau  Khalid menjadi MB  Selangor  – mereka  wajib TIDAK dilihat sebagai MB parti mereka sahaja.  Mereka seharusnya  dirayakan untuk menjadi MB  atau Ketua Menteri untuk seluruh warga – yang menyokong dan tidak menyokong.

Morsi tidak dilihat sebagai Presiden Mesir. Semakin dikritik semakin membebal. Sama saperti apa yang telah berlaku di Kedah di bawah Azizan. Ketidak puasan orang ramai makin terkumpul. Anak-anak muda dari Dataran Tahrir semakin tidak puas hati

Paling memeranjat dunia ialah pada 14 Jun yang lalu  Morsi memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria. Morsi meminta agar negara imperialis  dan Nato membuat sekatan udara keatas Syria.

Dalam masa yang sama Morsi tidak pula mengusik Perjanjian Camp David. Morsi tidak pula memutuskan hubungan diplomatik dengan Zionis Israel.  Dasar ini  bukan hanya memeranjat dunia malah  anak-anak muda    Mesir melihat bahawa Revolusi Pertama mereka telah dibajak. Lalu mereka menubuhkan gerakan anak muda yang dipanggil Tamarrod. (TT) - bersambung



 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
daalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon: 03-92-21-1045

-----------

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana abang bhai tu TT.. dia makin hilang respek la.. camana la nak respek, asyik melancap jer kerjenyer..

Unknown berkata...

Dear TT,

salam, selamat menyambut Ramadan.

boleh tolong betulkan sikit fact dalam artikel.

Hosni Mobarak naik lepas assasination Anwar Sadat on 1981, bukan 1975.

sbb Camp David disign pada 1978, zaman Jimmy Carter.

yg 1975 tu Husni baru naik jadi Vice President, Anwar Sadat masih hidup.

masa kecil, uncle saya ex-army, selalu beri saya baca buku tentang Ramadan War / Yom Kippur yang jadi pada 1973.(buku tu tulisan Anwar Sadat).

Tanpa Nama berkata...

Padu!!!

Tanpa Nama berkata...

Morsi ousted to stop plan for sending Egypt military to attack Syria’s Assad
http://www.presstv.ir/detail/2013/07/09/312975/morsi-ousted-to-stop-plan-for-syria/

PakNgahYob@AcikLee berkata...

PUNDEK LU PUNYA SPIN LA TT....TUKANG TELEK....

Tanpa Nama berkata...

Satu analisis yang membawa jalur pencerahan tapi pencerahan tetap tinggal hanya satu perkataan yang tiada makna kalau ianya dibaca dengan kepala lutut bukannya akal.

tengok kejap lg, berapa banyak maki hamun yang masuk dekat sini beralaskan ayat-ayat suci. muak tengok komen yang 'holier than thou'! Ada akal tapi tinggal kat rumah. yang tau hanya nista umpat caci maki.

Ironik.

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...

bro..bosan la asyik2 cerita pasal negara luar yg xde kena mengena ngan kita,patutnya ceritalah strateji camne nak bebaskan warga malaysia dari BN ni dol...sibuk hal negara orang tapi negara sendiri pun x semenggah lagi...apa planning terbaru nak hancurkan gerombolan?

Libang Libu berkata...

Tuan TT,

Ini ayat tuan - "Untuk pencerahan bersama – pertamanya kita semua wajib menolak campur tangan tentera yang telah menyingkirkan Presiden Morsi."

kih kih kih kih khi kih kih kih

pekat nampak air hari ni?

Unknown berkata...

TT..jgn buat pahala posa aku terkurang sebab mencarut kat hang..tengah2 siyok dok baca tiba2 bersambung...kahakhkah

bayuN9 berkata...

Sedikit pencerahan....

Wpun Morsi hanya mendapat 51.7% undi pd praya presiden, referendum pindaan perlembagaan beliau mendapat 64% undi sokongan.

Tanpa Nama berkata...

HIDUP HIDUP....HIDUP SOSIALIS. LEPAS SOSILIS BOLEH JADI DICKTATORIS...

ibnmustaffa berkata...

Apalah nko ni. Cuba buat cerita sekerat-sekerat. Nape tak buat cerita apa yg dah dilakukan oleh Ikhwan Muslimin semenjak80 tahun dahulu. Ianya bukan bermula dari 2011 bosss.....

Biasalah,.... tulis atas kepentingan sesuatu......

Tanpa Nama berkata...

Tamarrud yang hanya tahu melalak akhirnya dibajak...

Tanpa Nama berkata...

apa beza malaysia

askar bukak kilang sabun chap kapak,kilang minyak masak,buat rumah,beli kedai2 minyak,beli bank dibawah nama tabung tentera.

tak percaya?arab spring hanya membuka mata,belum berjaya.bersih hanya membuka mata.memang gagal pun.aristrokrat berkopiah berzakir bertasbeh hijau masih kuat berUG

DAULAT(daulah dieja dengan taa marbutah)adalah kuasa,KUASA adalah politik,politik adalah EKONOMI

tamarrud!

sheikhalfarisi berkata...

dia ni memang kominis, dasar komunis memang suka islam hancuq.puak ni nama je islam tp x suka islam.

Tanpa Nama berkata...

Aden ikuti program politik di Aljazeera, BBC dan CNN mengenai perkembangan politik Mesir tapi belum jumpa pencerahan seperti yang diturunkan oleh TT. Pencerahan yang dibawa oleh TT sulit untuk pengikutnya yang tidak faham politikal ekonomi dan perjuangan sejagat, bukan seperti perjuangan Islam yang walaupun dikatakan sejagat tapi pada hakikatnya lebih memihak kepada mereka yang sebulu dengan kepercayaan agama Islamnya, dan menjadi masealah jika populasi itu mempunyai pelbagai agama dan juga ada populasi yang tak percaya agama. Jadi memanag sosialisme itu yang tak pandang bulu agama kecuali untuk kepentingan semua/majoriti. Oarng banyak tak faham sosialis kerana istilah itu sudah banyak kena momokan atau propaganda kapitalis/korporat/media.

Tanpa Nama berkata...

selamat berbuka bro..

Tanpa Nama berkata...

Pendapat masing2..aku suka buat penilaian..mungkin ye mungkin juga tak..tp kisah ni hampir sama dgn polis malaysia..bila dibantainya pendemo bersih..jika tak diambil langkah harus PDRM=ASKAR MESIR..

Tanpa Nama berkata...

isham same je mcm madey..due2 nyanyok,nk spin cucuk angin tp terbau taik busuk berak dlm sluar..sudah2 la menulis pasal politik/imperialis bagai org tue,sb ko dh nyanyuk,realiti dunia ank mude skg laiiiiiinnn!!! tulis je pasal burung belatok ke burung pegar ke.kisah bdk2 kecik sblom tido,boleh jugak income msuk,xpyh la mengharap duet dr badan2 anti-Islam

Tanpa Nama berkata...

Gua caya lu Hisham,puak2 lebai selalunya oportunis ,Khomeini yg lebai syiah blh disisihkan oleh puak2 lebai di Iran ketika lawan Syah bila berjaya " Islamic Revolution 1979 " dan Syah tumbang , puak2 lebai berduyun2 pegang jubah Khomeini.Walaupun Syiah ada idola nya Imam Husyin,lebai tetap oportunis.

Puak lebai sunni lagi teruk, perjuangan tanpa idola, bila tak ada hujah alih alih aja sebut Muhammad s.a.w. Kan Muhammad s.a.w datuk kpd Husyin .Tak mungkin idola Husyin - Hassan Al Bana .

Tanpa Nama berkata...

Bro tt.. mcm la lpas revolusi iran anak muda dibela..
apa jadi apabila anak muda bangkit?? Lu x tngok tv3 malaysia.. tp lu rujuk utusan mesir..

Tanpa Nama berkata...

pencerahan apa ni,ini semua agenda syiah ni...memburukkan ikhwan...

Tanpa Nama berkata...

lagi satu TT gagal nk lihat ialah fahaman extremis/fundamentalis gila saudi dah bnyak meresap dalam ikhwan muslimin...sebab tu rakyat mesir tolak rejim ala saudi morsi wahabi sekoq ni...org melayu rata2 yang sokong mursi ni sebab kan terpengaruh dgn syeikh2 extreme wahabi gila yang gemar mengebom tempat2 awam....melayu la bangsa paling bebal dalam sejarah homo sapien.

Tanpa Nama berkata...

akhirnya syiah menjadi pilian anak2 muda kerana lebih mementingkan keadilan dan kesamarataan..hujah2 puak sunni bahawa syiah membunuh sunni terbongkar apabila berjuta warga sunni iran keluar menyokong ayatullah..hahaha..akhirnya wahabi/salafi gila tergolek dengan labu-labunya..biarkan biarkan..

Tanpa Nama berkata...

bro isham..padu!! walaupun gua tak setuju on certain points tapi this is the kind of stuff that i would read..tq bro..jgn lupa jugak karya2 hopeless romantic poet utk setiap hari ramadhan! gua mmg ternanti2 lu punya ramadhan entry! long live bro isham!! lets agree to disagree, inspire people and celebrate live!!

Tanpa Nama berkata...

Yo lah kan....ikhwan tu terbaik....al bana tu mungkin la...tu pun entah la...tapi dah lama meninggalkan kita...apa lu pikir yang menyambung tu baik jugak ke....kah kah kah...agenda syiah?...habih lu pikir ni agenda AMARIKA ka...

Eh apasal malam ni banyak yang buat lawak tahap gaban ha...dah senak perut aku....sial la korang ni...kah kah kah