KERAJAAN BERADA DALAM KEADAAN SUKAR UNTUK MENGUTIP RM250 JUTA DARI NFC
Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC. Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC.
Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.
Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini. Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya telah dirampas setakat ini. Beliau juga menerangkan bahawa operasi NFC telah dihentikan sepenuhnya sejak akhir tahun lepas.
Pada anggaran saya, nilai harta yang telah disita dari NFC setakat ini adalah sekitar RM18 juta (RM14 juta dari kondominium, RM2 juta setiap plot tanah yang dirampas). Setakat Mac 2012, sejumlah RM181 juta telah pun diserahkan kepada NFC seperti jawapan Menteri Kewangan di dalam Dewan pada sidang yang lepas, bermakna dari RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC, hanya RM69 juta yang masih lagi boleh ditarik balik oleh kerajaan.
Saya tidak menimbulkan isu ini sebelum ini untuk memberi peluang kepada kerajaan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyita dan mengambil balik setiap aset kekal dan tunai dari NFC dan pengarah-pengarahnya.
Jawapan menteri bahawa hanya sekitar RM18 juta aset yang telah dirampas setakat ini dan keputusan untuk menganugerahkan projek ini kepada satu operator baru tanpa pertanggungjawaban terhadap hutang RM250 juta mengesahkan bahawa kerajaan bakal menghadapi kesukaran untuk mengutip baki dana yang dianggarkan sebanyak RM163 juta[1].
Ini adalah kerana sebab-sebab berikut:
1. NFC sudah tidak lagi beroperasi dan bukan lagi sebuah perniagaan going concern. Oleh itu, ia boleh dikira sudah tidak berupaya menanggung hutangnya dan bakal melalui proses muflis
2. Sebahagian dari dana itu telah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset, termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset
3. Kerajaan tidak mengenakan jaminan peribadi (personal guarantee) ke atas pengarah-pengarah NFC yang menyebabkan tanggungjawab mereka terbatas kepada pegangan saham mereka di dalam syarikat itu
Saya kesal kerana walaupun kesemua perkara ini telah dibawa ke pengetahuan umum lebih awal, tiada tindakan susulan diambil mengikut desakan yang telah dibuat.
Dalam keadaan sekarang, saya beranggapan bahawa dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
9 JULAI 2013
-------
8 ulasan:
Tunggu mahkamah menentukan keputusan terhadap penyelewengan.Habis cerita.Walau bagaimanapun,ianya akan bersambung dimahkamah Allah di Akhirat nanti.wasalam.
Mampus hutang tak bayar
Mau lupus kaaa?
Aiyoyo umno barang kempen 2008
Pon tarak bayar masuk court!
Ini hutang rakyat kasi cukai
Mau kasi cukong free kaaa!
Gaji anak beranak lembu kasi ambik
Bayar hutang laaa!
Tarak bayar cuci bontot lembu laa wooii!
Oooooooooo.....patutler puak puak ni berusoho soho nak gubal akta bangkrupcy.......hahahahah......nak co er orang muda kononnnnnnn.......pui
Sebenornya nak bagi free aje duit tu. Sebab tu tak boleh kutip balik. Kahkahkahkahkahkahkahkahakahakahakah
kalau kutip semua duit yang dihanguskan oleh para menteri dan pak kroni selama ini, negara ini akan 10 kali lebih kaya dari singapura, negara yang tiada apa apa hasil bumi walaupun secara relatif mempunyai penduduk yang sedikit masih teguh kerana urus tadbir dan kepimpinan negara, sebaliknya malaysia walaupun ada segala hasil bumi dan penduduk yang lebuh ramai masih ketinggalan kerana urus tadbir yang masih ingin merompak segalanya dari rakyat. i rest my case your honour... kah kah kah kena baling kasut lagi nie...
cuba fikir, selama ini rasuah, salah guna wang negara, kerugian manipulasi kewangan, ketirisan yang sengaja dan tidak sengaja, majlis majlis yang luar biasa, perbelanjaan yang luar biasa, masih ramai tiada kerja, pekerja warga asing merata tidak ditangani, keadilan sosial penduduk negara tidak dibela.. apa turrr
selagi kita menjadi bodoh selagi itu kita akan diperbodohkan...
Duit aku tu sebab aku bayar cukai, x pe nanti aku tuntut nanti kat akhirat
1.22pm.. lu nak tuntut apa kat akhirat? butir pelir dapat la.. silap2 salleh ngan syahrizat lakibinianakbranak tu masuk syurga lebih awal 5 juta tahun dari nabi muhammad sendiri..
lu punyer nasib entahaper2ntah.. nak masuk syurga, pikir bender lain la brader.. usaha sendiri nak masuk bersungguh2..jangan harapkan pahala dari orang lain!!! baru cool..
Catat Ulasan