Isnin, 29 Julai 2013

POLIS TERLIBAT JUAL DADAH?




KOMENTAR TUKAR TIUB
dimana samseng berhenti
disitu polis masuk

29 JULAI 2013

CUBAAN BUNUH PENGERUSI MYWATCH: KEADILAN DESAK POLIS SIASAT SECARA TERPERINCI TERMASUK DAKWAAN PENGLIBATAN ANGGOTA PDRM DALAM SINDIKET JENAYAH DAN KEGIATAN HARAM

KEADILAN memandang serius insiden keganasan dan jenayah dalam negara, dan mutakhir ini adalah cubaan bunuh ke atas pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan dua hari lalu.

Kekerapan kes-kes bunuh secara tembakan ala mafia kebelakangan ini yang antara lain menjadikan penjawat awam sebagai mangsa; sebelum ini turut mengorbankan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, yang mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya tiga bulan lalu.

Merujuk kepada kes Sanjeevan, kami difahamkan bahawa beliau sebelum ini turut menerima ancaman pada 11 April 2013 apabila diserang oleh empat lelaki bersenjatakan parang di basemen aras bawah di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan beberapa minggu lalu diekori oleh beberapa lelaki yang mencurigakan di Terminal LCC, Sepang. Insiden tembakan yang melibatkan beliau dua hari lalu turut berlaku beberapa jam selepas beliau memuatnaik tulisan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau menerima ugutan tembak dipercayai dari anggota polis.

KEADILAN tidak menolak bahawa insiden yang menimpa Sanjeevan seperti yang telah dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mungkin memiliki kaitan langsung dengan hasrat beliau untuk  mendedahkan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.

Sehubungan dengan itu, KEADILAN menyambut baik tindakan pantas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berjanji untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini. KEADILAN juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Sementara itu, KEADILAN juga memohon supaya kawalan keselamatan ke atas Sanjeevan di hospital juga ditingkatkan.

ANWAR IBRAHIM


-------------

5 ulasan:

houdini berkata...

Malaysia Today revealed the corporatisation plan to place all the illegal loan sharking or Along syndicates under BK Tan’s national scheme to legalise them as licensed money lending companies. Musa Hassan and AG Gani Patail used the MACC to release that criminal Goh Cheng Poh @ Tengku Goh by making the MACC arrest six rank and file policemen and charge them for fabricating evidence against Musa Hassan.

They were afraid that Tengku Goh would spill the beans on them, which in fact Goh was already doing when he mentioned his relationship with Musa Hassan in affidavits that he filed.

Malaysia Today also ran the series of Statutory Declarations (SDs) by numerous policemen including Musa Hassan’s own ADC, ASP Azizul, who accused his boss and BK Tan of fixing the PDRM s hierarchy very much in the same fashion that VK Linggam fixed the appointments in the Judiciary.

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/36701-time-for-igp-ismail-omar-to-act-against-a-g-gani-patail-and-former-igp-musa-hassan

Tanpa Nama berkata...

whoa bro! sejak bila pulak malaysia ni dah nak jadi macam mexico???!
mana datang pistol2 nih?
mana datang pembunuh/penembak2 upahan nih?
siapa pengimpot pistol2?
siapa kepala besar gengster?
polis raja di malaysia tak teruja ke dah ada geng mula bikin polis nampak bodoh tak efisyen dan takde kemampuan?

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi bangang la bro... sekarang musim syiah dengan musim ratu cantik mari... mana ada port nak cerita polis2 jahat ni... selalu je kena bohong ni apasal... Anwar, lu jgn kluar statement... ini semua salah lu... kalau lu takde, polis pun jadi baik... takde kes tembak2 ni... semua lu punya pasal Anwar...

Kalau tak suka ada tembak2 sila keluar dari malaysia...

Syukur malaysia aman... Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

msian insider:
Arab-Malaysian Bank founder Hussain Ahmad Najadi was shot dead in a car park at Lorong Ceylon in Kuala Lumpur today, several hundred metres away from the bank headquarters.
The 75-year-old was walking towards his vehicle with his wife when a gunman approached him and fired several shots at his back, killing him on the spot in the 1.30pm incident.
Hussain was shot in the chest and ribs while his wife Cheong Mei Kuen, 49, was injured after being hit on the hand, police said.
Closed-circuit television cameras showed the assailant was a man wearing a long sleeve checked shirt and khaki pants.

sungguh aman negaraku!
amat selamat 1malaysia!
kadar jenayah menurun!
polis malaysia terbaik di dunia!
1malaysia boleh!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

aduuuhhhhh....
ini bukan dugaaan,
ini betul-betul!!!!