Jumaat, 25 Oktober 2013

HARI AKHIR TELAH SAMPAI



RAKYAT DUNIA 
BANGUN MELAWAN 

KOMENTAR TUKAR TIUB
bunyi berita ini ganjil
berita ini pelik

tapi inilah hakikat yang sedang berlaku
ini berita benar

inilah tanda tanda 
bahawa kuasa imperial amerika
sedang menuju runtuh

satelah lebih dari 200 tahuan
maka empire of  america merundum jatuh

bayangkan raja saudi telah berani menentang amerika
raja saudi ini di bantu
di sokong
di persenjatai
di jaga oleh kuasa imperial amerika
kini telah berani bersuara
ini ertinya amerika telah lemah

tapi waspada
amerika masih lagi
memiliki bala tentera  yang terkuat dalam sejarah alam
waspada!
tidak semudah itu sebuah empire
akan melupuskan kuasa

BACA SEKALI LAGI


Riyadh beri amaran kepada AS

Riyadh beri amaran kepada AS

(2) Komen
Doha: Hubungan Amerika Syarikat dan Arab Saudi berisiko menjadi tegang berikutan kekecewaan Riyadh dengan dasar luar Presiden Barack Obama terhadap Iran dan Syria....

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... MAT LANGAU DAH BERANI LAWAN TOWKAY... kah kah kah

----------

5 ulasan:

Awanama berkata...

Mahkamah bebaskan Liong Sik dari tuduhan tipu k'jaan
10:33AM Okt 25 2013
Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskan Dr Ling selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Awanama berkata...

Court acquits Ling of PKFZ cheating
Hafiz Yatim | 9:31AM Oct 25, 2013
Former Transport Minister Dr Ling Liong Sik has been acquitted and discharged by the Kuala Lumpur High Court today of cheating the government over the multi-billion Port Klang Free Zone (PKFZ) project.

Awanama berkata...

KOTA KINABALU: Sehingga kini, tiada perkembangan maklum balas mengenai laporan Polis yang dilakukan oleh seorang penduduk Sabah terhadap Presiden Perkasa, Datuk brahim Ali.

Laporan polis yang dibuat itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tinjauan melalui media sosial rata-rata orang Sabah menganggap bekas ahli parlimen Pasir Mas itu kebal dari undang-undang dan mereka menganggap segala perbuatan beliau terhadap Sabah dan Sarawak terutama sekali menyentuh sensiviti kaum dan agama tidak dipandang berat kerajaan.

“Kena faham undang-undang di Malaysia ini terdapat ‘double standard,” kata Noventhan Langkan dalam Facebook.

Jimmy Tan pula berkata, “Ibrahim Ali itu bukan kebal undang-undang, tetapi tidak faham perundangan. Undang-undang Malaya, Sabah dan Sarawak tidak sama, itu bukan buta undang-undang tetapi gila undang-undang,”

Sementara itu, Ronaldson Miqhael pula menambah, “Beliau ini dah melampau, cara pemikirannya sangat berbahaya. Orang macam ni yang harus ditangkap kerana dia boleh menggugat keamanan dengan ideologinya.”

Dalam satu kenyataan beliau yang terbaru, Ibrahim Ali telah menyelar ulama Arab yang mengkritik Mahkamah Rayuan larangan ke atas penggunaan kalimah “Allah” oleh Kristian sebagai jahil.

Beliau juga mengatakan bahawa tidak semua orang di Timur Tengah, tempat kelahiran Islam, memahami agama dengan baik.

Awanama berkata...

Bahrain telah pesan gas pemedih mata dan flash bang grenade utk dihadiahkan kpd setiap rakyat negara itu. pdrm mesti jeles punya...

http://en.alalam.ir/news/1527641

Awanama berkata...

Hanya melayu islam jer yg masih hidup berkiblatkan amerika..