Rabu, 23 Oktober 2013

RUNTUHNYA SEBUAH EMPIRE






 PERJUANGAN 
DITERUSKAN LAGI
                                   TANDA KERUNTUHAN SAMPAI
Kalau kita hanya ada pendapatan 100 ringgit sebulan maka secara lojik kita akan berbelanja 70 atau 80 ringgit. Kalau boros sekali pun  kita berbelanja 90 hingga ke 99 ringgit sebulan. Masih ada niat menyimpan sekurang-kurang seringgit untuk masa depan.

Dalam rumah tangga  jika   anak isteri  sedang kurang makanan , kurang pakaian atau  kurang dana perubatan dari segi lojiknya Sang Ayah akan cuba sedaya upaya menyelesaikan ajenda rumah tangga  dahulu.  Bukan pergi ke hulu ke hilir membantu jiran tetangga. Ini lojik manusia saantero alam.

Lojik manusia bermakna pekara yang kita lakukan itu masuk akal. Perbuatan atau hujah yang diberikan masuk akal dan di yakini. Ini berlainan  dari lojik Mat Pet. Mat Pet , Mat Gian, Mat Candu atau Sang Pemadat  mempunyi lojik yang tidak masuk akal. Lojik Mat Pet  tidak dapat kita  terima pakai kerana kita   manusia rasional yang memiliki fikrah.

Mat Pet lagi berdengong lagi di cucuk badan dengan dadah. Lagi kurang sedar lagi ditelan pill atau disedut asap candu. Akhirnya badan tidak sanggup lagi menerima. Darah dalam badan Sang Pemadat enggan bergerak akhirnya Mat Pet ini mati tegak dalam khayalan.

Sabar. Lojik Mat Pet ini  adalah juga lojik Empire. Lojik ini telah diguna pakai oleh Kublai Khan  dari Mongolia ketika menjajah satengah dari bumi dunia ini. Lojik Mat Pet ini juga di gunakan oleh Empire Sepanyol, Empire Belanda dan British Empire. Kesemua sejarah Empire ini berakhir dengan Empire mati tegak.

Kalau Mat Pet giankan dadah untuk berkhayal. Empire ada juga dadahnya. Empire giankan dadah yang lebih spesial. Dadah untuk Empire ialah kuasa. Kuasa untuk berkhayal dan berkhayal untuk berkuasa. Berkhayal untuk berkuasa mendominasi dunia ini adalah dadah kepada semua Empire dari dulu hingga ke Empire Amerika hari ini.

United States of Amerika memiliki sejarah anti-feufdal dan anti-kolonial. Warga imigran  dari Eropah telah memanggil diri mereka Amerikan. Mereka  telah bangun angkat senjata, 200 tahun dahulu  melawan kuasa kolonial Baginda Queen. Awalnya orang kulit putih ini telah menjarah tanah Orang Asal. Kemudian  ekonomi  Amerika berkembang dengan kemasukan hamba abdi yang tangkap dari Afrika.

Dari sini bermulalah sejarah perkembangan Empire Amerika. Mexico mula dijajah pada tahun 1846. Kemudian menjalar ke benua Amerika Latin  menggantikan kuasa Sepanyol, ke Amerika Utara menggantikan kuasa Baginda Queen, kemudian ke Eropah,  kemudian menjarah ke Afrika dan ke Asia sesudah kejatuhan Hitler  i.e sesudah Perang Dunia Kedua.

Dari 1776 hingga ke 2013 Empire Amerika telah menaklok dunia. Tidak ada siapa  dalam dunia ini yang tidak kenal Mek Dogal. Tidak ada siapa yang  tidak tahu apa itu apa itu Hollywood. Siapa yang menduduki Rumah Puteh dilihat sebagai sosok  yang paling berkuasa dalam dunia ini – melebih kuasa Firaun. Melintasi kuasa  Shah Reza Pahlavi.

Tapi dunia ini ada hukum alam. Yang naik akan turun. Yang diatas tidak akan selama-lamanya diatas. Ini hukum alam yang tidak ada siapa dapat mengubahnya. Apa yang bermula pasti akan berakhir. Selagi ada penindasan selagi itu akan ada perlawananan. Sekuat mana pun sesebuah Empire itu ianya akan berakhir. Dari zaman kuno kita telah mendengar Empire Inca, Empire Firaun,  Empire Iskandar Zulkarnain atau Empire China . Empire Ottoman – semuanya terkubur.

Bilakah agaknya Empire Amerika atau kuasa imperialis Amerika ini akan punah musnah. Persoalan bila tarikhnya  bukan mudah untuk dijawab kerana perjalanan tamadun manusia bukan saperti pertunjukkan wayang ada traikh dan waktu. Empire bukan sesuatau yang dapat dipegang. Justeru apa yang dapat kita baca hanyalah tanda-tanda bahawa kuasa imperialis Amerika ini sedang menjunam jatuh.

Lojik Empire ialah lojik Mat Pet. Hari ini sistem kapitalis ekonomi Amerika sedang dalam keadaan nazak. Dolar Amerika nilainya semakin susut. Keyakinan dunia semakin merosot terhadap nilai dolar. Lihat dan perhatikan apa yang dilakukan  oleh  Mat Pet a.k.a Empire Amerika ini?

Ketika duit tidak cukup – ketika ekonomi kelam kabut - ketika inilah Amerika membuka medan perang di Afghanistan, di Iraq , di Syria dan di Libya.

Data 2013 dari Dewan Kongress Amerika menyatakan 43 juta  warga Amerika ditakrif hidup dibawah tahap kemiskinan. Jumlah 43 juta  ini adalah warga Amerika yang menerima bantuan ‘food stamp’ atau  menerima  bahan makanan  dari kerajaan untuk hidup.  Dalam keadaan ini Mat Pet ingin  ke hulu ke hilir menyebarkan ‘ ‘demokrasi’. Bunyinya lawak tetapi inilah lojik Mat Pet.

Bulan September 2013  telah berlalu. Pasti ramai yang tidak ambil pot tentang apa yang telah berlaku dalam bulan itu. Sebenarnya ada dua pekara yang amat penting telah berlaku. Kedua-dua pekara ini adalah tanda bahawa kuasa imperial Amerika sedang menuju keruntuhan.

Babak pertama mengambil tempat di Damsheik. Tim PBB sedang menyelidik letupan bom kimia dalam pentas perang Syria. Tetiba diwilayah  dimana tim PBB sedang menjalankan siasatan satu lagi bom kimia dikatakan meledak.  Dunia menjadi heboh.

Kuasa imperial Amerika telah berulang kali berkata – senjata kimia adalah garis merah – yang tidak boleh dilintasi. Jika dilintasi maka Syria akan diserang. Justeru pada minggu ledakan itu berlaku dunia menjadi tegang. Kuasa imperialiks Amerika akan menyerang Syria – hanya menunggu arahan dari Obama.

Laporan dan selidikan dari Russia dan Ngo antarabangsa telah membuktikan bahawa ledakan bom kimia ini telah dilakukan oleh gerila-gerila upahan Saudi. Gerila upahan Saudi datang dari pelbagai negara. Mereka  sedang berkeliaran  melakukan keganasan atas nama Islam. Untuk gerila upahan ini ledakan bom kimia ini diharapkan akan menjemput Amerika  dan kuasa bala tentera NATO untuk menyerang Syria - sama saperti yang telah dilakukan di Libya.

Saperti biasa juru heboh kuasa imperial dari Obama ke Hillary ke John Kerry  telah memberi amaran keras. Syria akan diserang kerana garis merah telah dilintasi. Bukti siapakah sebenarnya yang meledakkan bom kimia ini tidak penting. Dalam falsafah Mat Pet salah benar tidak mustahak.

Armada  Amerika mula belayar ke Laut Teduh. Kapal terbang penyerang  Amerika mula memanaskan injin disana sini. Dunia menunggu bilakah Tomahawk dan Cruise Missile akan meledak di Damsheik. Tup tup semuanya kecut – semua jadi lembik apabila Russia memberi kata dua bahawa tindakan Amerikan ini adalah salah. Malah Rusia memperbaharui niat untuk menghantar senjata ke Syria.

Tetiba kuasa imperial Amerika  tidak lagi gah. Tetiba kuasa Empire ini mengundur dari  menyerang Syria.  Sah bahawa kuasa imperialis ini hanyalah ‘harimau kertas’.  Gagalnya menyerang Syria ini menjadi tanda pertama bahawa kuasa imperialis Amerika tidak lagi memiliki kekuatan.

Tanda kedua juga amat jelas. Tetapi mungkin ramai yang tidak melihat. Pada satu ketika dahulu Amerika Latin dijadikan kawasan belakang rumah oleh kaum pemodal Amerika. Jeneral dan Kolonel diturun dinaikkan  untuk menjadi Presiden.  Kesemua  Presiden dan kepala negara Amerika Latin  menjadi  budak suruhan Amerika.

Tetapi pada bulan September lalu di PBB untuk pertamna kali setiap Presiden dan Ketua Negara dari Amerika Latin yang berucap di podium PBB telah mengutuk Amerika. Kutukan ini berpunca kerana Amerika telah melakukan risikan melalui teknoloji yang telah dibocorlkan oleh Edward Snowden. Alat risikan CIA ini telah ‘dibogelkan’ untuk dunia oleh  Snowden yang bekerja di Jabatan Pertahan Amerika sendiri. Pemimpin negara Latin Amerika telah berani menunjukkan kemarahan mereka terhadap Rumah Puteh. Ini cukup bersejarah. Dalam istilah anak muda – ini rare.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah Amerika Latin, Presiden  Brazil Dilma Rousseff telah menolak jemputan Barack Obama untuk bertemu di Rumah Puteh. Bayangkan  Mahathir Muhamad dan Najib Razak sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk melobi agar dapat bergambar dalam Rumah Puteh. Tetapi Presiden wanita pertama Brazil  yang juga bekas gerila Marxis ini secara  terbuka  telah  menolak jemputan Obama. Ini satu tamparan untuk Presiden Amerika.

Babak kedua - dalam bulan September lalu  bukan sahaja Obama telah dimalukan oleh seorang bekas gerila malah  lidah resmi media China  - Xinhua – telah berkata bahawa telah sampai masanya  ekonomi dunia ini dibebaskan dari kuasa  imperil Amerika. Perkataan yang digunakan ialah – de-Americanized – ekonomi dunia. Ini bermakna jual beli dalam dunia TIDAK lagi bersandarkan dolar. Malah dalam tulisan Xinhua ini China mahukan satu tata cara ekonomi dunia yang baru.

Semua ini adalah tanda tanda bahawa  hari hari akhir untuk kuasa Pax Americana telah sampai. Bala tentera Amerika yang berselirat di seluruh dunia kini  hakikatnya sedang menjadi beban yang amat sangat  untuk ekonomi Amerika. Perbelanjaan perang di Iraq, Afghanistan dan Libya sedang menjerut leher Uncle Sam.

Obama  telah gagal datang ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 yang lalu. Ini kerana seluruh pentabiran kerajaan Amerika ditutup kerana hutang terlalu tinggi. Ini wajib dibaca sebagai satu lagi  tanda keruntuhan kuasa imperial. Jika hutang kerajaan berterusan dan pentabiran ditutup lagi – mustahil 43 juta warga Amerika  yang hidup dengan  ‘food stamps’ akan menjadi wira Amerika untuk menjaja ‘demokrasi’.

Kalau  Mat Pet ini  makan pun susah  mustahil akan bertenaga untuk  menyerang  dan menundukkan  negara Dunia Ketiga yang bebas dan merdeka.  Kuasa imperial Amerika akan terus gian untuk berkuasa. Mat Pet ini akan terus – berkhayal untuk terus mendominasi dunia. Tetapi hukum dunia telah berubah. Amerika bukan  lagi tidak boleh dilawan.  Kuasa imperialis ini hanyalah Harimau Kertas.(TT)



 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-1045

-----

9 ulasan:

motro berkata...

Pax americana akan berkubur. Sepertimana runtuhnye pax brittanica yang colonialist pada abad lalu, Pax americana yang imperialis ini akan diganti oleh kuasa baru. Keruntuhan matawang, ekonomi dan politik amerika mmg telah diatur untuk memberi laluan kepada peralihan kuasa iaitu kepada pax judaica. Apa kata TT ??. Pengumpulan emas yang banyak oleh israel, kudungnya kuasa militer islam di negara arab adalah , kuasa perbankan dunia telah dikuasai oleh Rothschild adalah tangga pendakian pax judaica. Minta pencerahan TT.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Amerika itu Mat Pet, Israel itu adalah tokannya!

Mat Pet ini hanya bahaya apabila gian dadah, bila dah high, semua jadi lembik. Yang bahaya itu tokan, yg menjual2 angan2 dan illusi pada semua org dan dalam masa yg sama, menghancurkan mangsa dari dalam tanpa disedari. Bila Mat Pet Amerika ini esok mati over dose, tokan akan berkeliaran mencari mangsa baru.....

Kudos to TT for great article, as usual.

Evil Empire- Capital 'E' for Emerica.

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah..

Kalu mat pet gian dadah, bagaimana pula dengan empire yang suka main pet-pet.kah..kah..kah.. Adakah mat main pet-pet ni akan mati tegak atau kepala bana dia yang tegak.kah..kah..kah..

Kalu Kublai Khan yang Tuan TT maksudkan sudah kontrol dunia, adakah mat main pet-pet macam mat monggol juga cuba nak kontrol dunia atau sekadar jaguh kampung untuk kontrol mat pet dalam parti gerombolan lembu yang gian RM tu?kah..kah..kah..

Yang penting siapa yang suruh dan bunuh Altantuya? kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

jihadist blog wahabi/salafi sume dah senyapkan diri boss syaitan mereka tak jd serang damsyik..ahahaha!padan muka nk buat jahat kt org lagi!

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

Tahniah Bro, saya cukup teruja dengan tulisan ini. banyak perkataan baru yang segar malar didendangkan. Tq Bro

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

Tahniah Bro, tulisan yang membuka mata dan bebas. Ide segar bugar dihdangkan yang jarang sekali kolomnis tersohor melontarkannya...

MONGGOL SABAH berkata...

Sama juga paeelnya mat pet dengan penjual agama yang jadi hamba puki....kalau tak dapat tenyeh kelintit sehari...dunia bagaikan berhenti berputar...mau tak mau terpaksalah kita dihidang kan dengan gelagat sang hamba puki ini apabila tidur saja....tombol tempurung kelapa yang isi keluar sejemput di tenyeh se setim setimnya...wei...mana boleh titun...lebih lebih lagi kalau jadi jaga.....kakakkakakakkka....dan jangan nak bergurau pandai pandai nak sembunyi tempurung tu....nanti dia jadi harimau kertas.....kakakakkaakak

Tanpa Nama berkata...

Bro TT, mari kita sorot sejarah sedikit.. Bendera Malaysia sebenarnya mengikut bendera penjajah kita iaitu, Syarikat India timur Bukannya Amerika. Syarikat inilah yang telah menjajah kita bagi pihak british.. Berkemungnan sebagai tanda terima kasih golongan bangsawan terhadap british dari Syarikat India Timur dulu yang memperkenalkan kepada cara dan gaya hidup british.. Yang kita tahu gaya dan cara hidup golongan bangsawan british dilihat sebagai kelas bangsawan.. sepertimana yang ditonjolkan dalam youtube dulu tentang sambutan harijadi golongan bangsawan melayu yang diadakan di london..

Syarikat India timur yang asalnya berdagang dibawah empayar british ini tidak dikuasai oleh Kerajaan British tetapi golongan kaya dan pegadang yang kita kenali sekarang sebagai kapitalist.. dan kerana mempunyai modal yang besar syarikat ini mempunyai tenteranya sendiri.. Mereka sebenarnya hanya berminat untuk berdagang dan mengaut keuntungan.. mengunakan dan meluaskan empayar british hanya sebagai tiket mendapat sumber bahan mentah..

Apabila Syarikat ini dibubarkan pada 1874.. Mereka sedar yang mereka tidak boleh gunakan kerajaan british untuk mengaut keuntungan lagi.. Maka dengan modal dan pengaruh golongan kapitalist ini menghasut gagasan bumi amerika untuk menderhaka dari pemerintah permaisuri British dan keluar sebagai negara merdeka.. Dengan modal mereka perolah semasa berdagang dan menakluk negara orang dulu mereka gunakan sebagai dana kepada pejuang kemerdekaan Amerika..

Kerana itu bendera Amerika juga mengambil thema bendera syarikat ini.. yang kebetulan juga ditiru oleh Tanah Melayu.

Kerana jasa itu juga amerika dikawal oleh golongan kapitalist sehinga kini.. Amerika pada dasarnya memang dibina oleh kapitalist.. dan terus menjadi kapitalist.. betul demokrasi adalah modal dan alasan yang mereka gunakan dalam menjajah negara lain..

Presiden dan cabinet Amerika hanyalah boneka mereka yang dasarnya dikawal oleh kabinet bayangan yang menentukan dasar-dasar Amerika bagi mengaut keuntungan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Mohon pencerahan...

Amerika ni bukan ke negara kapir makan babi?