Khamis, 13 Mac 2014

DAH DALAM KAPAL TERBANG






KENYATAAN AKHBAR – BILIK SULIT

Kumpulan Teater Bukan Teater akan membawa Bilik Sulit ke United Kingdom. Bilik Sulit  teater agit-prop adalah hasil tulisan dan arahan Hishamuddin Rais.
Teater ini ditulis  berdasarkan pengalaman bekas-bekas tahanan ISA. Dialog dan kata bual dalam Bilik Sulit adalah kata-kata dan ucapan asli yang dipungut dari pengalaman bekas-bekas tahanan ISA.
Bilik Sulit – edisi pertama bermula pada tahun 2005 atas tajaan Gerakan Mansuh ISA. Bilik Sulit telah dibawa ke Kuala Lumpur, Melaka, Permatang Pauh, Kota Bharu dan Kuantan
Bilik Sulit – edisi kedua bermula sebulan sebelum coup d’etat berlaku di Perak - 2008. Edisi kedua tajaan Majlis Peguam. Pementasan di Dewan Majlis Peguam, di Pulau Pinang dan gagal dipentaskan di Ipoh kerana rampasan kuasa berlaku.
Bilik Sulit - edisi ketiga bermula pada bulan November 2013. Kali ini Bilik Sulit ditaja oleh SUARAM. Pementasan bermula di Dewan China (KLSCAH) kemudian ke Ipoh, Kepala Batas, Bukit Mertajam, Batu Pahat, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh dan Kajang.
Bilik Sulit akan buka panggung di Manchester pada 22/23 Mac 2014. Kemudian akan ke Sheffield, Cardiff dan Nottingham.
Bilik Sulit buka panggung di United Kingdom untuk sama-sama merayakan 'Festival Uno Malaysie Cultural & Political Showcase'. Lawatan pasukan Bilik Sulit ke UK ditaja oleh Suaram International, Warga Malaysia UK, Radio Bangsar Utama, Persatuan Pelajar Malaysia UK dan rakyat Malaysia.

Bilik Sulit buka panggung di UK dengan tujuan untuk meluaskan lagi kempen menentang akta tahan tanpa bicara. Juga untuk memberi kesedaran  tentang hak asasi dan khususnya tentang penahanan tanpa bicara kepada warga Malaysia yang menetap di UK dan juga  kepada para pelajar dan mahasiswa Malaysia di UK.
Selain dari Bilik Sulit, Festival Uno Malaysie juga akan mengadakan bengkel, perbincangan dan pameran gambar di setiap pekan dan kampus yang dilawati.

Lakaran Kartunis Zunar akan dilelong di The Horse 124, Westminister Bridge Road, London pada malam 20 Mac 2014.
Pasukan Bilik Sulit juga akan mengadakan perbincangan dengan Amnesty International dan ahli-ahli Parlimen British tentang kedudukan hak asasi manusia di Malaysia.
Grand Finale Festival Uno Malaysie ialah pada hujung minggu 27/28/29 Mac apabila Bilik Sulit buka panggung di London.

Terdahulu pada sebelah siangnya di London School of Economics (LSE), Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, aktivis mahasiswa Adam Adli, penulis Mariam Mokhtar, aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Wakil Kelab UMNO akan berforum dalam tajuk : "Malaysia Hari Ini – Ke Mana?
Pasukan Bilik Sulit akan mengakhiri lawatan ke UK pada 7 April 2014.

nota:
jam 11:00 pagi
kami semua dah 
masuk dalam kapal terbang ke dubai
kemudian ke london

--------

Tiada ulasan: