Sabtu, 26 Julai 2014

YURAN NAIK LAGI





 msiswakeadilan's profile photo
Mahasiswa Keadilan

Mahasiswa Keadilan Melaka menyokong perhimpunan aman yang diadakan semalam di Multimedia University Melaka. kami juga bersama dengan mahasiswa MMU dalam membantah kenaikan yuran oleh pihak pentadbiran dan pengurusan MMU.


Kenaikan yuran “resource fees’ secara mendadak ini sememangnya membebankan para pelajar. Tidak ada penjelasan yang kukuh diberikan olehh pihak pengurusan MMU untuk menjustifikasikan kenaikan yuran tersebut. Pihak pengurusan hanya menyatakan menaikkan yuran adalah satu keperluan demi meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan universiti.
Penguatkuasaan kenaikan ini akan dibuat serta merta menjelang semester hadapan. Ini jelas mengejutkan dan menimbulkan kemarahan para pelajar yang masih menuntut di MMU. 

msiswakeadilan's profile photo
Selain itu, pihak pengurusan MMU tidak berunding dengan para pelajar untuk memaklumkan kenaikan yuran ini. Sepatutnya pengurusan perlu tampil berunding dengan para pelajar dengan mengadakan satu sesi dialog bercirikan townhall session. Jika dibuat , pasti para pelajar boleh membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan tersebut. 
Kenaikan yuran ini juga tidak sensitif dengan mahasiswa yang rata-ratanya terdiri daripada golongan sederhana. Mereka inilah yang paling terkesan dengan kenaikan ini. Dihimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan yuran sememangnya membebankan bukan sahaja mereka malah para pelajar secara amnya.

msiswakeadilan's profile photo
Pihak Mahasiswa Keadilan Melaka mencadangkan pihak pengurusan MMU untuk mengkaji semula kenaikan ini. Walaupun pihak pengurusan akan memberikan penjelasan, tetapi pihak pengurusan harus sensitif dan mendapatkan pandangan mahasiswa sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Pihak Mahasiswa Keadilan Melaka juga menggesa Kementerian Pendidikan menggunakan budi bicaranya sekiranya MMU masih berdegil dan berkeras melaksanakan kenaikan yuran ini. Memang benar MMU merupakan universiti swasta dan terikat dengan konsep perniagaan tetapi harus juga bertanggungjawab memastikan yuran tidak membebankan mahasiswa MMU.

msiswakeadilan's profile photo
Mahasiswa Keadilan Melaka akan menyokong segala tindakan yang diambil oleh mahasiswa MMU dalam membantah kenaikan ini. Pihak pengurusan MMU harus mengambil pertimbangan mendengar suara mahasiswa MMU.

Naqiuddin Nazrin
Pengerusi Mahasiswa Keadilan Melaka

SABTU, 26 JULAI 2014



-------------

2 ulasan:

Amuraria berkata...

ali baba & 40 penyamun ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

Padan muka.. melawan tak mahu.. yuran dah naik baru menggelabah..

Patut la Palestine kena jajah..