Sabtu, 26 Julai 2014

KHALID IBRAHIM NAK TIPU LAGI





PENJELASAN ISU PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Kebimbangan yang saya lahirkan dalam bulan Februari 2014 telah menjadi kenyataan iaitu:
1.       Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula
2.       Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum
3.       Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya
4.       Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail
5.       Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor
6.       Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat
Selepas hampir 6 bulan, sehingga kini penstrukturan air tidak nampak ada kemajuan di Selangor. Pelbagai kontroversi dan pertanyaan terus timbul seperti yang saya akan terangkan selepas ini.

Perbezaan pendapat saya yang paling besar dengan Kerajaan Selangor mengenai penstrukturan air ialah keputusan untuk membayar pampasan keuntungan (disebut “equity portion”) kepada Tan Sri Rozalli Ismail (melalui Syabas dan Puncak Niaga) sebanyak RM1.6 bilion sedangkan nilai kedua-dua syarikat itu adalah hampir muflis. Setelah bertahun-tahun rakyat Selangor sengsara dengan masalah air yang sebahagian besarnya berpunca dari kelemahan Syabas dan Puncak Niaga, Tan Sri Rozalli Ismail menerima ganjaran yang cukup besar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor.

Bagi saya, keputusan itu tidak ada bezanya dengan keputusan Barisan Nasional menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli sebanyak RM600 juta atau campur tangan Tun Mahathir dulu agar syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan Mahathir diberi pampasan lebih tinggi oleh PETRONAS sedangkan nilaian semasanya jauh lebih rendah.

Nota yang saya sertakan ditulis selepas mesyuarat di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk beliau menjelaskan keputusan dan tindakan Kerajaan Selangor dalam isu air ini.

Saya berlapang dada di dalam bulan Ramadhan ini dengan fitnah sebegini dan beranggapan ia adalah asam garam kehidupan seorang penjawat awam. Saya tidak akan mengambil tindakan saman ke atas mereka yang galak menyebarkan fitnah ini kerana saya yakin dosa yang mereka tanggung melebihi apa-apa tekanan tindakan undang-undang yang boleh saya ambil. Saya maafkan semua yang menyebarkan fitnah ini dan menasihati mereka bertaubat dan berhenti menyebarkannya setelah saya menjelaskan dengan fakta seperti di dalam nota.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Strategi KEADILAN

25 Julai 2014






-----------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jawapan tak lengkap. Team Khalid tolong bagi penjelasan kt rafizi macamana nak value company. SPLASH punya margin untung sebelum cukai lebih 90 percent .dividends pun dh dpt byk berkali ganda lebih Dari modal.itupun nk jual 2.5 billion.selangor offer 256 juta lebih Dari fair.please rafizi jangan backup dengan shareholder SPLASH unless ko dpt sedikit komisen pertahankan kapitalis SPLASH Dari terus menjarah harta rakyat.demi rakyat la konon padahal nk pedajal harta rakyat mentang2 la tan sri azmi tu seorang director dalam badan pemikir PKR.phuih

Tanpa Nama berkata...

selagi ke pimpinan Keldai mendengar si Dongkey sebagai penasihat nya , Pakatan Rakyat akan runtuh hancur luluh...

parti Keldai akan tetap seperti Keldai , apa lah Parti Keldai dengan Parti PKR dan DAP

ada kah sama perangai dan tahap otak Keldai dengan perangai otak bukan Keldai ???

apa kah pendapat Tok Guru (Nik Aziz) ????

bukan semua Tok Guru ber kualiti setahap Tok Guru Nik Aziz ; rata rata tahap bebudak Bangla aja bila dalam hal hal dunia dan duit !

eh !!! Tok Guru tak nak bini muda no Sepuluh ke ????

Tanpa Nama berkata...

janji masyuuuuuuuuuk!!!!

Tanpa Nama berkata...

Rafizi, you bloody spinning idjut!

Today, Rafizi questioned the need for the administration to compensate concessionaires Syabas and Puncak Niaga with RM1.63 billion to acquire them although both companies are almost bankrupt

Almost bankrupt your head. Where you learn your accounting and finance from?

Puncak Niaga had profits of RM206 million last year and has a NET Asset of RM1.13 billion. It also has a multi-billion lawsuit pending against the Selangor State govt because Selangor refuse to allow the tariff increase as per the concession agreement. Puncak also have RM671 million in cash.

Bankrupt kepala hotak kau, Rafizi.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi also says that building the Langat 2 water treatment plant and Pahang Water Transfer project would mean consumers will eventually pay higher price for water.

Let me ask you this Rafizi, you want higher tariffs for water but a secured water supply or you want free water but no water?

And by the way, Federal govt is funding the majority of these two projects - not the State Govt.

Also, what is wrong with higher tariffs for water if it helps conserve and promote a more efficient use of water?

Didn't Tokong raise water tariffs three times in the past 4 years in order to promote better use of water?

So, are you wrong or is Tokong wrong? One of you two must be wrong since both of you are saying completely different things but apparently both are so-called "protecting the interest of the Rakyat".

And Rafizi is probably asking for the price to be paid for "kroni UMNO" SYABAS and Puncak Niaga to be reduced to say Selangor State some money but is more than happy to increase price of "kroni PKR" SPLASH so that Selangor state would spend more money?

Do you dare say that 30% owner of SPLASH, Wan Azmi is not a long-time associate and loyalist of Anwar?

Do you dare say that Wan Azmi did not ask Anwar to help talk to MB Khalid to increase the price for SPLASH. Answer me.

What madness is this? If you do not intend to pay more for SPLASH then Rafizi, make your stand and promise now that you will NOT increase the price for SPLASH.

Enough with your zombie-politicking Rafizi. Our dam today is only at 35% level now and we will for sure have water rationing and possibly water emergency after Raya - much of this is your fault as over the years you keep saying our dams are full and Selangor is not experiencing water shortage.

Now your zombie-followers who stupidly believed in you are drinking air lombong and will soon carry water from the trucks from you.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi mengatakan bahawa membina kilang rawatan air Langat 2 dan projek Pemindahan Air Pahang bermakna pengguna akhirnya akan membayar harga yang lebih tinggi untuk air. Biar saya tanya anda Rafizi ini, anda mahu tarif yang lebih tinggi untuk air tetapi bekalan air yang selamat dan tidak terganggu atau anda mahu air percuma tapi tidak ada air dan perlu diangkut? Dan dengan cara itu, k'jaan Persekutuan membiayai majoriti kedua2 projek - bukan Kerajaan Negeri. Juga, apa yg salah dngn tarif yg lebih tinggi utk air jika ia membantu memulihara dan menggalakkan penggunaan yg lebih cekap daripada air? Tokong Lim Guang Eng telah menaikkan tarif air 3 kali dlm 4 tahun yg lalu dngn tujuan utk menggalakkan penggunaan air yg lebih baik dan cekap?

Jadi, adakah Rafizi salah atau Tokong LGE salah? Dan Rafizi mungkin meminta harga yg perlu dibayar utk "kroni UMNO" SYABAS dan Puncak Niaga akan dikurangkan kpd Selangor mengatakan wang tetapi adalah lebih drpd gembira utk meningkatkan harga "kroni PKR" SPLASH supaya negeri Selangor akan membelanjakan lebih wang? Adakah anda berani mengatakan bahawa pemilik 30% daripada SPLASH, Wan Azmi bukan sekutu/kroni lama yg setia dgn Anwar? Adakah anda berani mengatakan bahawa Wan Azmi tidak meminta Anwar untuk membantu bercakap dgn MB Khalid utk menaikkan harga utk SPLASH. Apa kegilaan ini? Jika anda tidak berniat utk membayar lebih utk SPLASH kemudian Rafizi, membuat pendirian anda dan berjanji sekarang bahawa anda TIDAK akan meningkatkan harga utk SPLASH.

Tanpa Nama berkata...

Bapok!. Bila kena diri sendiri baru cakap dosa ka.