Isnin, 12 Oktober 2015

DARI FB MUHYIDDIN YASSIN








 FACE BOOK







Muhyiddin Yassin added 3 new photos — withKhuzairi Abdul Latiff.
Politician617,680 Likes
1 hr

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. 
Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.
Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.
Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.
Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.
Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.
SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau
(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.
Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.
Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.
Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.
Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015





-----------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buatlah apa pun wahai tun2. Wahai tan sri2 dan tengku, kami rakyat nak satu sahaja. Buat semula pilihan raya seadil2nya di bawah selian spr yang bebas dan pemerhatian dari wakil negara2 pbb.

Kami tidak mahu huru hara, tangkap sana sini, bergaduh sesama rakyat berbilang kaum dan pm najib masih bercokol di situ.

Pm najib and the gang nak pindah duduk luar negara pun silakanlah. Bawalah harta rakyat yang kamu inginkan sangat tu. Kami rela susah2 dulu senang2 kemudian asalkan jangan ada seekor pun manusia yang tamakkan dunia jadi pemimpin kami lagi.

Pergilah bawa diri kau dan kawan2 kau wahai pm najib. Bina hidup baru dalam syorga dunia yang kau nak sangat2. Biarlah kami tadbir urus negara ini sehabis baik dengan kepandaian yang ada. Biar pun opis kecik di bawah pokok tapi pengurusan serta pemimpinnya dicintai seluruh rakyat jelata.

Selamat jalan pm najib. Maafkan semua kesalahan kami dengan kau.

Tanpa Nama berkata...

No sorse from mah.nasib baik makan org umno dulu.kalau mkn pembangkang mcm mana.ia terang terangan mungkir janji.mengunakan undang undang yg direka utk politik.keganasan adalah spt is.menyatakan kebenaran bkn satu keganasan.ia utk keselamatan org ramai.ia bkn kesalahan utk mencari kebenaran.sudahlah bebaskan org tak bersalah.sampai bila nak buat kerja tak malu ni.he aku membebel kat bloq TT yg dah tahu tu ada makna ke.

Tanpa Nama berkata...

lps ni buat jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa dalam jawatankuasa..

tak sedar2 lagi kene bodo berulang2 kali dah lebih 50 tahun... melayu memang spesis bodoh dan dayus.. nasib la badan..

Unknown berkata...

bri.....6,24 ptg........melayu yg bangsat jer dayus...gwa melayu x bangsat tau...hehehehe..gwa dah sengsara dgn sifaf munafik melayu bangsat dari tahun 1999 ..n x pernah lupa..maseh bertahan ni ..muga Allah saja yang dapat menolong mereka mereka yang bangsat....naseb x di laknar macam firaun karun......korang ingat dorang faham ke agama islam ni...pakaian jer macam pak imam...hati munafik bro....

Tanpa Nama berkata...

Dah BUDAK BAHALOL macam Mat Bahalol aka Mat Mongol mana ada akal sehat

Orang orang Melayunpon sudah Bahalol mana ada akal sehat pon

Kalau Melayu ada akal pon cukup dah tak akan nak bela BEWAK HIDUP LAKI BINI

Melayu ada Otak ke?????

Kontol SEHAT tu mungkin Melayu ada ; Akal Sehat tu ada kat SEPILOK saja kot

Tu sebab Mat Bahalol banyak kawanan SEPILOK kan??????

Kepala Otak !!!!!!