.

Isnin, 18 April 2016

TIM FBI SEDANG CARI






TIM FBI

SEDANG CARI


LAPORAN POLIS TERHADAP JHO LOW BERDASARKAN BUKTI DALAM LAPORAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA AWAM (PAC)

Pada hari ini, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Jho Low berdasarkan bukti-bukti di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Laporan saya pada hari ini adalah seperti berikut:

Pada 14 April 2016 di pejabat saya di Ibupejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya saya telah membaca Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Mengenai 1MDB yang diperolehi dari laman web Parlimen Malaysia di http://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

Saya merujuk kepada mukasurat 8 hingga 14 laporan tersebut yang menghuraikan latar belakang penubuhan 1MDB dan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN) iaitu bon hutang berjumlah RM5 bilion. Bon hutang RM5 bilion ini adalah hutang pertama yang diambil oleh 1MDB dan dari pengetahuan saya melalui pembacaan di media mengenai 1MDB, bon hutang RM5 bilion ini dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari Laporan PAC mukasurat 8 hingga 14 itu, saya memahami bahawa intipati siasatan PAC merumuskan perkara-perkara tersebut:

                i.        Pengurusan 1MDB pada ketika itu telah menandatangani perjanjian program dan pengeluaran jaminan kerajaan bagi bon hutang RM5 bilion ini tanpa mengikut terma dan perancangan yang telah ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Terengganu) iaitu pemegang saham pada ketika itu

               ii.        Akibat pelanggaran seperti di dalam (i) di atas, Lembaga Pengarah pada ketika itu pada 22 Mei 2009 telah meluluskan tiga resolusi yang mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion ini sehingga beberapa langkah untuk menguatkan tatakelola dan urustadbir (“good governance”) dilaksanakan terlebih dahulu

              iii.        Walau bagaimana pun, pada 25 Mei 2009 iaitu tiga hari selepas resolusi mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion dibuat, pengurusan 1MDB melanggar arahan itu dengan menandatangani Perjanjian Langganan dengan Ambank

              iv.        PAC telah mendapati Dato’ Shahrol Azral sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada ketika itu telah melakukan kesalahan kerana menandatangani Perjanjian Langganan Bon Hutang RM5 Bilion tanpa apa-apa kuasa yang diberikan oleh Lembaga Pengarah


               v.        Siasatan PAC mendapati bahawa penerbitan bon hutang RM5 bilion itu disegerakan (walaupun bertentangan dengan arahan Lembaga Pengarah) atas permintaan Penasihat Khas

              vi.        Salah seorang dari Penasihat Khas yang dinamakan di dalam laporan ialah seorang yang bernama Low Taek Jho (atau lebih dikenali Jho Low)

Penemuan PAC yang dimuatkan di dalam laporannya dari mukasurat 8 hingga 14 itu menunjukkan beberapa tindakan atau keputusan yang melanggar undang-undang dan boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Syarikat, Akta SPRM, akta-akta berkaitan penerbitan sekuriti dan akta-akta lain.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat tindakan Jho Low sebagai Penasihat Khas TIA (kemudiannya 1MDB) memberikan arahan kepada pengurusan 1MDB untuk melanggar arahan Lembaga Pengarah dengan terus menerbitkan bon hutang RM5 bilion itu telah melanggar pelbagai undang-undang seperti di atas dan wajar disiasat segera.

Saya juga memohon supaya siasatan dibuat untuk menentukan bagaimana Jho Low boleh menjadi begitu berkuasa di dalam urusan TIA (kemudiannya 1MDB) kerana pengaruhnya itu sering dikaitkan dengan hubungan rapat dengan keluarga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya membuat laporan ini untuk membantu siasatan polis yang kini sedang berjalan ke atas 1MDB.

Bersama-sama ini saya sertakan sampel laporan polis yang sama yang boleh digunakan untuk membuat laporan polis terhadap Jho Low di seluruh negara.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen #1MDBWanted dengan sama-sama membuat laporan polis terhadap Jho Low bermula minggu ini. Sampel laporan boleh didapati di blog saya rafiziramli.com dan selepas membuat laporan polis, sila isi borang di bit.ly/1MDBWanteduntuk mengemukakan butir-butir laporan yang dibuat bagi membolehkan saya memantau berapa banyak laporan yang dibuat oleh rakyat biasa.

Saya percaya rakyat perlu mengambil tindakan dengan turut serta dalam usaha-usaha membawa mereka yang terlibat dengan 1MDB ke muka pengadilan. Setiap minggu saya akan membuat laporan polis terhadap individu-individu yang dinamakan di dalam Laporan PAC supaya satu hari nanti mereka terpaksa memikul beban tanggungjawab akibat penglibatan mereka di dalam 1MDB.

Jika mereka tidak mahu menjadi sasaran laporan polis rakyat seperti Jho Low, lebih baik mereka tampil ke depan memberi keterangan mengenai penglibatan Dato’ Seri Najib Tun Razak secepat mungkin.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





------------

1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Wooooit!


Bliimberg.com kata 1mdb default

Bankrap woiii...

Arul kuda bin panda tak buat kerja Keling Arab nih..

Tangkap arul !!!!