Khamis, 21 Julai 2016

KATA DUA UNTUK NAJIB







KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
KATA DUA KEPADA PERDANA MENTERI

Rakyat Malaysia malah satu dunia digemparkan berita sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DoJ) malam tadi yang mengumumkan bahawa aset berjumlah RM4 bilion (USD1 bilion) yang didakwa diperolehi secara haram akan dirampas. Ini merupakan rampasan aset haram terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat. Sidang media tersebut secara jelas menyatakan bahawa antara 2009 dan 2015, hampir RM14 bilion (USD3.5 bilion) telah dikeluarkan secara haram dari 1Malaysia Development Berhad oleh beberapa individu termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low, dengan pengetahuan dan kelulusan seorang individu yang diberi nama "Malaysian Official 1".

Maka, memandangkan betapa beratnya dakwaan ini, dan implikasinya kepada nama dan imej negara, Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan ini menggesa perkara-perkara berikut dilaksana dengan segera:

1. Najib  perlu mengambil cuti dari jawatan Perdana Menteri pada kadar segera, oleh sebab wujudnya persepsi beliau mempunyai kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan oleh kerana isu ini berkait rapat dengan bidang kuasa malah juga jangkamasa beliau memegang jawatan tersebut;

2. Kabinet perlu menasihati DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menitahkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja - yang terdiri daripada individu-individu yang tiada kaitan dengan mereka yang didakwa terlibat di dalam isu ini - untuk menyiasat dakwaan-dakwaan berat ini; dan

3. Satu sidang Parlimen tergempar perlu dipanggil segera, supaya Najib boleh memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis Presiden Pakatan Harapan juga dengan ini memberikan kata dua (ultimatum) kepada Najib, bahawa sekiranya beliau dan Kabinet gagal melaksanakan ketiga-tiga perkara di atas sehingga Jumaat 29hb Julai, maka Pakatan Harapan akan bersama menggerakkan rakyat dalam satu tindakan politik pada Sabtu, 30hb Julai 2016 sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Dato' Sri Najib.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Tan Kok Wai
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP

Mohamad Sabu
Presiden Amanah

21 Julai 2016




------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya TT. Najib mana kena tuduh dan tidak terlibat. Bacalah yang DoJ AS keluarkan dengan sepenuhnya. Ini baca tajuk je lepas tu cerita macam pakar. Stupid.

Nazrio berkata...

Whooo jaLan raya Lagi...
Kita pakai pLus...
KL tak muat
Juta2 biLyun2 mahu joint
Aminnnn

Tanpa Nama berkata...

Suka hati aku bila tengok tandatangan mat sabu dlm kenyataan media majlis presiden PH tuu. Terbaik. Tapi mana nama hadi? Saja tanya, jgn marah.

Tanpa Nama berkata...

Budak Bahalol tak layan punya lah

Sudah buat TAIK MAGIK BILYON BILYON

Apa hal nak dengar cakap cakap miskin papa kedana kan

Standard lah LANUN

Kalau tak , bukan lah SAPUMAN !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

memang le najib x kna tuduh konon oi bangang.1mdb menyebabkan fbi / amerika celake masuk campur scr resmi hal kedaulatan ngra kita hang nmpk x ni?