Khamis, 18 Februari 2016

I REST MY CASE





JENG JENG JENG



Raja-Raja Melayu titah perhalusi Rang Undang-Undang MKN

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diperhalusi.
Majlis Raja-Raja menzahirkan pandangan itu selepas Peguam Negara  Apandi  menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-240 di Istana Negara di sini, hari ini.
“Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB Perdana Menteri,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan di sini.
Rang Undang-Undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Dis lalu dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Dis.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini dihadiri kesemua Raja-raja kecuali Sultan Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, selaku Pemangku Raja Pahang.
Perkara-perkara mengenai agama Islam, pelantikan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ahli Dilantik Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, pelantikan Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan turut dibincangkan dalam mesyuarat itu
– BERNAMA
KAH KAH KAH
i have nothing
to add mi lord
i rest my case
KAH KAH KAH



-------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oi...Puak FreeLoader pon takut

Tanpa Nama berkata...

Mamak , bawak PAU DURIAN satu dulang mari sini

Mana PAU ??????

Tanpa Nama berkata...

Ini pura-pura. Majlis Raja-Raja tidak bertindak segera dalam kes rasuah dan pencurian wang rakyat dalam kes 1MDB dan 2.6 billion ringgit dalam akaun PM. Raja-raja ada pakar perundangan, akauntan, consultant kewangan..mengapa mereka semua bisu tak buat kerja? Raja=raja tidak memanggil mereka untuk merunding?

panglimo potaseh berkata...

Mesyuarat raja kali ni .. Sultan Melaka, Raja Kinta, Tengku Wong dan Bonda Ratu ada joint tak ..

Kalau negri Perlis yang ada 100 ribu penduduk ada Raja .. nanti kaum Bangla yang bilangannya juta-juta ekor, pun akan minta dua-tiga ekor raja jugak.

Zahid dah buleh cari keturunan Majubur Rahman di Bangladesh bawa kesini dan lantik sebagai Sultan Bangla.

Tanpa Nama berkata...

Raja mana????? RAJA KAPURRRRRR

Tanpa Nama berkata...

Ahahahahah
Hahahahahahaha. Tuan tt pun xberani nk kutuk2 raja takot kedalam
Wakakakakaka