Rabu, 5 Julai 2017

RUMAH ORANG MISKIN




KENYATAAN MEDIA
Mutakhir ini beberapa insiden kerosakan lif, termasuk di Kuala LumpurIpoh dan terkini di Alor Setar yang melibatkan kematian seorang anak muda berumur 16 tahun. Malah saya sendiri telah menyaksikan 5 orang penduduk terperangkap di dalam sebuah lif di Apartmen Putra Ria, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu.
Siri insiden kerosakan lif ini cukup merisaukan terutama bagi mereka yang tinggal di Projek-Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) seluruh negara di mana seringkali kedengaran rungutan dan rintihan penduduk bahawa kemudahan seperti lif tidak berfungsi dengan baik
Pihak kerajaan pula kelihatan hanya cuba menyelesai masalah secara kosmetik atau luaran. Sebagai contoh, Menteri Wilayah sebelum ini pernah dilapor berkata akan membelanjakan RM300 juta untuk "projek cat semula ba­ngunan, selenggara lif, baik pulih kerosakan dalam dan luar rumah serta pendawaian" bagi PPR dan PA di Kuala Lumpur. Berdasarkan laporan berita, projek cat semula sahaja akan memakan belanja RM100 juta; tetapi berapakah peruntukan untuk membaiki dan menukar lif-lif yang rosak di PPR dan PA? Bagaimana pula bagi PPR, PA di luar Kuala Lumpur serta lif di bangunan-bangunan lain?
Oleh itu, saya menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan satu jawatankuasa tindakan bersama untuk melakukan audit dan kajian mendalam mengenai keadaan, mutu perkhidmatan serta tahap penyelenggaraan lif-lif sedia ada di seluruh negara, terutama di bangunan-bangunan yang dibawah seliaan badan-badan kerajaan seperti PPR, PA, hospital awam, dan pejabat kerajaan.
Dapatan-dapatan jawatankuasa ini kemudiannya perlu diterbitkan, serta satu kertas putih kerajaan dibentang dan dibahas di Parlimen untuk mengenalpasti amalan terbaik (best practice), piawaian asas terkini, serta penambahbaikan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah Peraturan Kilang dan Jentera (Lif Elektrik untuk Penumpang-penumpang dan Barang-barang) 1970, yang perlu dikemaskini dengan memasukkan had umur lif serta penalti lebih tinggi bagi kegagalan penyelenggaraan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan, demi memastikan keselamatan pengguna lif-lif seluruh negara lebih terjamin.
Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

5 Julai 2017





----------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alasan:
-tarak fulus, MAO naik GST lagi!
-tarak spare part, okey!
-tarak enjin-neer !
-tarak ini,
-tarak itu,
-tarak banyak lagi,

paling penting
-tarak tidor....dah tiga kerja tarak masa tidor, ZzZzZzZz!!!!