Selasa, 16 Januari 2018

HARI INI DI MAHKAMAH







HARI INI

DI MAHKAMAH

GUA TAK ADA

KOMEN

KES MASIH

BERJALAN



PLO bukan kumpulan pengganas, kata Hisham Rais

 Hari ini, 4:59 pm      Hari ini, 6:39 pm
Aktivis Hishamuddin Rais hari ini menolak cadangan seorang peguam mewakili Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah kumpulan pengganas.
Hishamuddin, 67, memberi keterangan sebagai saksi dalam saman fitnah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah terhadap Jamal di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, mengakui beliau mengenali suaminya, Allahyarham Yunus Lebai Ali, yang menyertai PLO pada tahun 1977.
Saksi memberitahu mahkamah bahawa dirinya menyertai kumpulan itu dua kali - pada tahun 1975, dan tinggal selama beberapa bulan dan pulang serta kemudiannya pada tahun 1977 hingga 1978.
Hishamuddin dan Yunus adalah pelajar di Universiti Malaya dan ahli kelab sosialis universiti itu
Aktivis itu disoal balas oleh peguam, Mohd Nasser Yusof berhubung penglibatan mereka dengan PLO.

Nasser: Adakah kamu bersetuju bahawa Yunus dilatih sebagai komando?

Hishamuddin: Ya.

Nasser: Adakah Al Fattah sebahagian daripada PLO?

Hishamuddin: Ya.

Nasser: Bukankah PLO sebuah kumpulan pengganas?

Hishamuddin: Saya tidak bersetuju.

Nasser: Namun, PLO terlibat dalam serangan pada sukan Olimpik di Munich dan Black September serta yang lain?

Hishamuddin: Saya sangat tidak bersetuju bahawa PLO adalah kumpulan pengganas.

Nasser: Ini di sebalik label Amerika Syarikat sebegitu?

Hishamuddin: Ya.

Hishamuddin juga memberi keterangan bahawa beliau, bersama Yunus, telah bertemu dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di Beijing pada tahun 1980-an.

"Saya pergi ke sana kerana Chin Peng mahu pandangan kami sebagai generasi muda dalam rundingan damai dengan kerajaan Malaysia (Rundingan Damai Hatyai). Kami memberi pandangan dan mereka yang bersedia mendengar," kata bekas aktivis pelajar itu.

Hishamuddin yang pernah menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pemandu BERSIH menafikan bahawa beliau menyokong komunisme.

Hishamuddin juga mengakui bahawa dirinya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1995, dan sekali lagi pada tahun 2001 kerana menyertai pergerakan Reformasi.

Saksi itu berkata beliau menyokong demonstrasi jalanan tetapi menafikan bahawa niatnya adalah untuk menggulingkan kerajaan.

Hishamuddin, yang terbabit dalam semua perhimpunan BERSIH kecuali yang pertama, bersetuju bahawa himpunan BERSIH 3 agak "sedikit huru-hara" tetapi menolak bahawa para peserta bersikap kasar terhadap pihak polis.

Perbicaraan bersambung esok, dengan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab mendengar permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengketepikan sepina yang disampaikan oleh Jamal.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408880#W6duZzoxWCkSdfR4.99




---------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ISIS macham mana?
WAHABI macham mana?
las2 sekali........
iSLAM macham mana?



UMNOvorous apa crita!!!!!!

si JAMAL jamban apa pulak?

si JAKIM lagi teruk!!!!!!!!!!!!!!!!!!