Selasa, 12 Jun 2018

SARAWAK UNTUK SARAWAKIAN






@TT

TAHNIAH

SARAWAK

UNTUK

SARAWAKIAN

Keluar BN demi 

perjuang hak Sarawak,

 kata Abang Johari

PENGUNDURAN empat parti dari Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk menubuhkan sebuah pakatan sendiri adalah berdasarkan platform hak asasi Sarawak yang disokong pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016, kata Ketua Menteri Abang Openg Johari hari ini.

Beliau berkata, pakatan baharu yang diberi nama Gabungan Parti Sarawak (GPS), dibentuk bagi memenuhi landskap politik di negeri itu yang menyaksikan permulaan bagi perubahan dan desakan untuk hak Sarawak yang lebih besar dalam PRN pada tahun itu.


SABAH 

UNTUK

SABAHAN

------------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera saudara saudari warga PDRM...

Kita semua sedia maklum perubahan yang berlaku di tampuk kuasa negara sebaik Pakatan Harapan menerajui kepimpinan negara.

Sebagai warga PDRM yang majoritinya terpalit dengan persepsi negatif masyarakat kita seharusnya takwal dan berazam mengubah persepsi sedemikian.

Semua kita tahu, siapa yang menyebabkan pasukan kita begitu nilai kalau bukan pucuk pimpinan PDRM itu sendiri. Mereka menyebabkan kita semua sebagai hamba kepada kerakusan kuasa, pangkat dan pingat mereka. Saudara saudari harus sedar tak payah mempertahankan sejumlah pegawai atasan yang korup dan mewah malah langsung tidak memikirkan nasib anak buah di bawah.

Pangkat, jawatan diberikan kepada konco konco yang berupaya mengutip wang bagi pihak mereka. Kita semua tahu juga STAGG, STAFOC dan STINGG hanya wayang semata-mata demi mengutip wang perlindungan dari anasir haram di negara ini.

Adakah mereka menjadi suci putih murni sebaik bertukar menjadi Dato', Tan Sri dan Dato' Seri. Mereka ini merupakan parasit yang merosakkan pasukan PDRM, tiada rasa malu secubit pun, sehingga sanggup melaburkan diri, pangkat dan jawatan demi kemewahan duniawi.

Berapa ramai antara kita sudah menghadiri temuduga kenaikan pangkat ? Setiap warga PDRM yang pernah akan merasai proses temuduga itu sendiri satu cara bagi pihak atas mengumpul wang dan harta benda.

Pegawai Jenayah D7 dan Narkotik sanggup berbelanja sehingga beratus ribu.... ratus ribu demi mengejar pangkat idaman dan ianya diikuti dengan jawatan untuk kutipan lebih banyak. Siapa boleh nafikan perkara ini ?

Para pegawai atasan dalam Lembaga Temuduga juga dibayar bayaran hotel, duit belanja, wanita, hadiah seperti kasut golf, golf set, jam tangan, pakaian, makanan di tempat mewah bertaraf lima enam bintang.

Golongan ini juga akan berjaya dinaikkan pangkat dan diberi penempatan yang masuknya kuat dan berterusan. Pastinya semua ini telah merosakkan pasukan PDRM dari pucuk sehingga ke akar umbi.

Wang terus menjadi moto hidup majoriti pemimpin atasan PDRM sehinggakan pegawai-pegawai STAGG diarahkan mengadakan kutipan bagi upacara perkahwinan anak Ketua Polis Negara pada 29 Jun 2018. Dari rungutan para pegawai STAGG sendiri, jumlah belanja kos makan saja sebanyak setengah juta. Jamuan di One World juga akan menelan berjuta juta dan akan ditanggung oleh para tauke tauke judi mesin kuda dan simulator.

Apa akan terjadi kepada PDRM sekiranya ketua sendiri tidak bermoral, rasuah, korupsi, tidak etika dan paling tidak menyumbang kepada kebaikan PDRM ?

Cuba saudara saudari memikirkan masa depan kita semua dengan melindunginya puak puak korup ini selama lamanya. Sebarkan kepada semua lapisan warga PDRM sebagai renungan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin...

Tanpa Nama berkata...

yoyo o jo...
cakap la, bos busat ko kena cekop tolo ea dek madey... tah apo koba aey cito taib mamut tah...
pah ni kompom sonyap jo...
kahakahkahkjahhhahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Sabah untuk orang Sabah...Sarawak untuk orang Sarawak....Malaya mana?

Tanpa Nama berkata...

Jgn jd bodoh la. Sarawak milik pek moh. Org sarawak boleh tengok sj

Tanpa Nama berkata...

sekian lama Rajah Taib Mahmood mengatakan diri, sekian lama orang Malaya menjadikan sarawak ketinggalan zaman, walaupun hal Sarawak lebih kaya, lebih luas, lebih baik, lebih toleransi, lebih pandai cuma diundurkan dari arus pembangunan, kawasan luar bandar tiada api air minuman tandas sekolah pejabat pos bank pengangkut awam, semua tiada, ini satu kesalahan jenayah,memang geografi Sarawak sukar, tapi pembangunan terpilih, kawasan dayak ditinggalkan, masalah sosialnya tidak ditangani, anak muda dibiarkan,.pendatang asing, tanah termuda buat ladang sawit, balak disapu syarikat besar, kongsi Ngan Taib andak Co, buat ladang sawit, bagi Indon kerja, anak dayak sumpit cari makanan di hutan, kah kah kah, semua ini perlu perubahan....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

GPS...gabungan penyangak sarawak...hanya tukar kulit tp isinya tetap sama